Followers

Thursday, June 25, 2009

Sindrom Tourette

" Tourette syndrome (also called Tourette's syndrome, Tourette's disorder, Gilles de la Tourette syndrome, GTS or, more commonly, simply Tourette's or TS) is an inherited neuropsychiatric disorder with onset in childhood, characterized by the presence of multiple physical (motor) tics and at least one vocal (phonic) tic; these tics characteristically wax and wane. Tourette's is defined as part of a spectrum of tic disorders, which includes transient and chronic tics."

http://en.wikipedia.org/wiki/Tourette%27s_syndrome

Sindrom ape tu?Buang tebiat lagi ke cikgu anis ni dah pukul 1.22 pagi pun tak reti reti nak tido. mata memang dah rasa mengantuk tapi kalau tak tulis sekarang takut terlupa plak ..actually kita pun baru dengar tentang penyakit ni. Tadi tengok satu cerita kat HBO tajuknye Front of the Class...may be sesapa yg bukan cikgu or tak der anak2 istimewa menganggap cerita ni cerita biasa. Tapi bagi kita, cerita ni memberi satu dorongan dan semangat buat guru pendidikan khas, murid istimewa dan ahli keluarganya untuk mengharungi situasi yang sering dianggap pelik oleh kebanyakkan manusia normal terhadap sesuatu kekurangan.

kisah Front of the Class ni berkisarkan kepada seorang anak yang sering mengeluarkan bunyi2 yang menjengkelkan(seakan2 bunyi anjing) sewaktu bercakap atau pun sebaliknya. keadaan anak tersebut bertambah buruk sekiranya dalam keadaan nervous. Dia sering dihukum dan dimarahi bukan sahaja oleh guru2nya bahkan oleh bapanya yang menganggap Brend sengaja mengeluarkan bunyi2 tersebut. Brend sentiasa menafikan tuduhan2 tersebut tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya. Sebagai murid yang masih dibangku sekolah rendah, dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada orang lain tentang masalah yang dihadapinya. Keadaan bertambah buruk apabila pihak sekolah tidak lagi mengizinkan Brend untuk meneruskan pengajiannya kerana dianggap mengganggu proses pembelajaran di kelas. Ini kerana bunyi2an yang dihasilkan dianggap telah menyebabkan rakan2 Brend tidak dapat belajar.ke mana saja Brend pergi,dirinya tidak dapat diterima oleh orang ramai termasuk GURUnye!!! kesiankan.

Risau akan masalah yang dihadapi oleh Brend, si ibu berusaha mengubati Brend dengan membawanya berjumpa doktor. malangnya doktor tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Brend. Bahkan doktor mengesahkan tindakan Brend itu sebenarnya adalah tekanan ke atas penceraian kedua ibu bapa Brend. Walau bagaimana pun si ibu merasakan Brend sebenarnya memang mempunyai masalah kesihatan. Dia bertungkus lumus mencari jawapan terhadap masalah Brend dengan membuat penyelidikan di perpustakaan. Hasilnya si ibu telah mengetahui bahawa Brend sebenarnya menghidap sindrom tourette yang sememangnya jarang ditemui. Bermula dari situ si ibu membawa anaknya ke satu pusat pemulihan penghidap sindrom tourette. walau bagaimana pun beliau tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh pusat berkenaan iaitu mengasingkan penghidap sindrom tourette daripada masyarakat kerana mereka dianggap manusia pelik.

Sejak itu juga Brend telah memupuk semangat baru bahawa dia tidak akan membenarkan sindrom tourette melunturkan semangatnya untuk terus hidup dan berjaya seperti orang lain. Brend seterusnya memasuki sekolah menengah. Di sini juga dia menghadapi masalah yang sama sehingga akhirnya dia dibawa berjumpa dengan pengetua. Pengetua berkenaan meminta Brend untuk menghadiri ke satu konsert muzik (lupa majlis apa) tapi Brend enggan kerana dia khuatir bunyi2an itu akan mengganggu majlis berkenaan. Namun pengetua tetap berkeras mahu Brend mengikuti majlis tersebut. keadaan dewan konsert menjadi gawat kerana orang ramai rasa terganggu dengan bunyi2an Brend. Selepas itu pengetua memanggil Brend ke pentas. tindakan pengetua tersebut sebenarnya mahu membantu Brend agar masalahnya dapat difahami oleh rakan2 dan guru2 Brend. Setelah berkongsi masalah yang Brend hadapi barulah orang ramai mengerti bahawa Brend bukanlah budak kurang ajar kerana suka membuat bunyi yg menjengkelkan. Itu kali pertama Brend merasakan kekurangan dirinya mula diterima oleh orang di sekelilingnya. Tindakan pengetua itu juga sebenarnya telah membuka hati Brend untuk menjadi seorang guru kelak. Namun bolehkah Brend menjadi seorang guru dengan kecacatan yang dimilikinya?

Apabila Brend dewasa, Brend berjaya dalam pelajarannya dan ingin merealisasikan impiannya untuk menjadi guru. Namun malang masih menyebelahinya. Berpuluh2 temuduga dihadirinya namun semuanya gagal. Brend hampir putus asa. Walau bagaimana pun akhirnya dia diterima oleh sebuah sekolah yg pada awalnya hampir menolak permohonan Brend. Berpegang pada prinsip " memberi peluang kepada semua murid untuk mengecapi segala impian yang dicita" , sekolah berkenaan bersetuju untuk menjadikan impian Brend sebagai satu kenyataan. Brend diberi kontrak selama setahun. Dia perlu membuktikan kecacatannya benar-bnar tidak akan menggganggu proses pengajaran dan pembelajaran sapanjang tempoh percubaan tersebut. Dengan penuh semangat Brend berusaha menceriakan kelas nya dan mula memikirkan strategi pengajaran yang akan menarik minat pelajarnya (cikgu2 patut tengok kelas dan teknik pengajaran Brend Cohen ni...sangat menarik!)...pada peringkat awal murid2 Brend berasa ralat dengan kecacatan Brend. Berkat kesungguhan dan keikhlasan Brend mendidik anak muridnya, Brend akhirnya menjadi guru favourite. Dalam kegembiraan itu, Brend tetap berdepan dengan segelintir ibu bapa kepada muridnya yang kurang menyenangi anak2 mereka belajar dengan Brend.
Brend tidak melatah, dia terus berusaha membimbing dan membentuk peribadi anak muridnya menjadi kanak-kanak yang berdisiplin. Atas hasil usahanya Brend akhirnya terpilih sebagai guru baru terbaik di tempatnya.

Cerita ni adalah kisah benar. bila tengok cerita ni...rasanya keputusan yg kita ambil untuk bergelar seorang guru adalah tepat. kita benar2 jatuh cinta dengan bidang pendidikan khas. Semoga keikhlasan mendidik anak anak istimewa ini tidak akan pernah luntur di dalam diri kita. kita juga berdoa semoga kita terpilih sebagai orang2 yang akan memperjuangkan nasib anak anak istimewa. kepada ibu bapa dan guru guru, jgn la mudah mencari kesalahan anak2, selidik betul2 sebelum kita mahu menghukumnya. Anak kecil,apalah yang mereka tahu...mahu mengadu belum tentu ada yg sudi mengerti dan ambil tahu...

4 comments:

Unknown said...

salam...baguslah dapat jadikan ia satu pengajaran..hari ahad ke mana?

CeqGu said...

wsalam, alhamdulillah la sekarang ni dah makin banyak cerita berkaitan dengan anak anak istimewa ni...memang boleh diambil pengajaran untuk semua lapisan. ari ahad anis pi pangkor hehehe..nape akak? akak pi pangkor jugak ke?

Anonymous said...

pertama skali mendgr sindrom ni adalah dalam cerita 'wedding singer' (adam sandler + drew barrimore), tp dlm konteks lawak la huhu. slalu je movie2 buat lawak ttg sindrom2 ni, tp at least ada la jg exposure. bagus la k anis wat entry2 mcm ni, utk create awareness. x byk blog2 yg cerita psl ni. keep up the good work *thumbs up!*

CeqGu said...

hohoho tenkiu tenkiu kazenku yg jauh diperantauan atas semangat yg diberikan. memang salah satu niat buat blog ni nak share tentang cerita cerita yg cam ni.sebabnya sekarang bilangan anak2 istimewa meningkat secara mendadak.rasanya perlu diwar warkan kerana tak ramai yg amik tahu dan sedar masalah yg berlaku di sekeliling kita.Apa pun tujuan sebenar blog ni dibuat adalah untuk mendedahkan anak istimewa juga tidak ada kurangnya berbanding anak normal...mereka juga berhak dilayan seperti manusia biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...