Sekumpulan geng-geng piranha kat lautan Aquaria tengah beratur nak pi sekolah...tak caya ni piranha?....try le celup lima jari...pastu tengok berapa yg tinggal ekekekeke....
Ini ler rupa anak jerung jinak. Boleh disentuh diusap usap tapi kerana kita ni jenis penakut, kita ajak je anak jerung ni bergambar kui kui kui..ehhh..anak jerung ker anak ikan yu ni...lupo la
pulak...
Adik kita bergambar dengan putera katak kodok yang tengah kontrol ensem...hehehe...Selain haiwan laut, haiwan yang tak hidup dalam laut pun boleh hidup dalam Aquaria ni...
Lepas jalan-jalan kat kawasan haiwan daratan, pi la pulak kat area ikan-ikan...jom menyelammm...blup blup...blup blup. Kita paling suka tengok aquarium bentuk silinder kat belakang adik kita tu...unik gitu!
Ha ni plak menyelam di dasar Aquaria bersama adik kita yg no 4 tu...nasuha namanye....bukan main susah nak snap gambar ikan beso kat belakang kita tu...agaknya ikan ni dah bosan jadi glamer kot. Ikan apa ntah,tapi amat la besar saiznya...
Bergambar bersama cik tuntung...cik tuntung ni kiranya sepupu kepada cik kura-kura la lebih kurang.
Cik hubby di dasar lautan Aquaria. Sedang menunggu sahabat karibnya yang dah bertahun tinggal kat sini...nak tengok gambar best friend cik hubby kita?...Ni dia gambar cik hubby kita yang tengah mengumpat sok sek sok sek dengan best friend dia....
*
*
*
*
*
*
*
*
Uikkss...bisik apa dengan Mr. Jerung tu...ngumpat lerrr tuuu....ish ish ish...bila dok perati-perati macam nak laung azan pun ye jugak...hehehe...
Suka bebenor cik hubby kita curi dengar ikan ikan kat sini bergosip...
Moh kita pi tengok kawasan paya dalam Aquaria ni plak. Tapi kena la lalu kat jambatan kayu ni...ish tiles hitam ni kacau laaa...kalau tak mesti orang dah caya kita n adik pijak jambatan kayu tu...ekceli tu gambar kat dinding...hihihi
Ni sekor lagi ikan yang besar kat dalam Aquaria ni...tapi tak la sebesar ikan yg memula tadi. ikan tadi tu walau pun besar tapi aktif..ikan ni plak jenis yg malas nak bergerak...agaknya tengah buat senaman lari setempat kot...tak pun tengah semput...hmmm
Jeng jeng jengggg....ikan peberet kita....nemo...comel kan kan kan kan....ikan ni pun jenis yg tak reti dok diam...minat punya pasal...kita sanggup snap beribu kali dengan henpon untuk dapatkan pose yang paling cun. ikan ni kecik je..comellnyeeeee. Kalau nak tau, ikan ni bukan setakat warna oren dan putih je..tapi .ada macam macam warna lagi...kalau nak tau,sila la interview abang2 or pakcik2 yg jual ikan hiasan.:)
Mak aiii beraninye dia bukak mulut jerung....sib baik la tu gigi palsu jerung...jerung mana la yg dah hilang gigi palsu ni...cam no la jerung tu nak makan... hmmm
Ish ish ish anak sapa la ni berani sungguh bergambar dengan girangnya di depan gigi ikan jerung ni.hmm...lawa pulak gigi jerung ni...agaknya sebelum jadi arwah, tetiap ari jerung ni gosok gigi palsunye untuk didermakan kepada Aquaria...Ini ler jerung yang sanggup berkorban untuk anak bangsa. semata-mata nak bg anak-anak kita kenal cam mana rupa gigi jerung...sanggup didermakan kepada Aquaria...ish ish ish...
Eh eh.....cam sama la pulak baju adik kita dengan ikan kat dalam aquarium tu...dua dua berbelang...warna pun nak sama...sehati sejiwa gitu hehehe....
aikssss.....ular pun ada kat sini?..siap boleh pegang lagi tu...tapi kan...ape pasal cam kayu jek rupa ular ni....lerrr...memang ular kayu rupanya...kekeke...ni kat kedai cenderahati Aquaria. Tertarik plak tengok ular kayu ni. Masa adik kita tengah posing dengan ular kayu ni, adala sorang mamat ni dok tengok...tersengeh-sengeh dia tengok adik kita bergambar dengan ular tipu. Lepas kami beredar, mamat ni pun amik kesempatan belek-belek ular kayu tu...hihihi teringin jugak gamaknya. Nak amik gambar dengan ular betul kena bayar..so amik gambar dengan ular kayu pun jadi lah..
Ni plak kita n cik hubby bergambar dengan topi anak katak dan anak penyu...cutekan...sib baik lum ada anak, kalau tak mesti melayang duit kat kedai cenderahati ni..
Nasuha, model topi katak yang berusia 21 tahun...sedang menuntut di USM dalam bidang penyelidikan anak anak katak kuikuikui...jangan mareeeeeeee nanti lekas tueeeeee
No comments:
Post a Comment