Followers

Tuesday, June 2, 2009

Makan Angin di Parking Kete Pavilion

Adakah member2 sekalian pernah mendengar dan menjejak kaki ke Pavilion?

minggu lepas, selepas meronda di pasar seni, kita n cik hubby pi la ke Pavilion. bukan la niat tu nak bermegah-megah tapi saje nak tengok apa yg hebatnya Pavilion ni. Sesambil tu singgah la untuk solat zohor, surau kat situ memang tip top la...cantik, tapi jalan nak masuk ke surau tu sempit sangat, cam laluan terowong...tak kisah la yang penting tempat solatnya bersih dan selesa. lepas tu cik hubby ajak tengok cite Terminator Salvation, orang kata best tengok kat Pavilion. sesambil mengatur langkah ke panggung, sempatla jugak cik hubby kita bagi komen :
"Hmm...tak de la besar sangat Pavilion ni kan"

mata kita pun mula mengukur-ngukur keluasan Pavilion ni. Ye ke tak besar, aku tengok cam besar jer. Pastu kami meneruskan hajat untuk tonton Terminator tu. Best jugak jalan critenye...memula kita tak nak tengok cite ni...sbb dah bleh agak sure ganas ni...kita prefer cerita komedi tapi dah cik hubby teringin sangat, kita ikut je la.

habis je tengok citer tu pi surau lagi untuk solat asar. lepas solat pi plak makan kat Nandos sebab nak guna voucher RM5 (tak berbaloiii langsung,air yg dijual kat situ paling murah pun RM5.30,air mineral plak tu...hampeh sungguh). yang lagu tragis, baru perasan, voucher tu hanya boleh digunakan kalau belian RM50 ke atas. So tak guna la jugak akhirnya voucher tu. sesambil dok makan teringat plak kat adik yg tengak praktikal kat PJ. Call dia kot kot nak datang bermalam kat umah sebab esoknya dia cuti.Kemain seronok lagi si adik, bila kak long dia sanggup pi amik. memandangkan keje adik habis kul 8 malam, kami pun solat kat surat Pavilion lagi sekali. Nasib baik tak dak orang perasan asyik asyik pasangan ni je yg pi surau tu...macam orang tak dak umah plak hehehe. selesai solat, kita n cik hubby ke parking kete.

Kita n Cik hubby cari nombor petak parking 080. Cari punya cari...tak jumpa-jumpa. Hati mula panik, sib baik ada pengawal, kita pi la tanya kat pengawal tu. Dan lebih bernasib baik time tu ada buggy (betul ke eja ni), so pengawal tu mintak kawan dia bawak kami pi cari kete dengan buggy tu. so tak dela penat nak berjalan. Pengawal tu tanya kat level berapa kami park kete. kita dan hubby yakin kat level B2. Pengawal tu mintak tiket parking. Dia kata kalau tengok maklumat tiket ni, kete kami bukan kat B2. tapi kemungkinan kat B1 atau level 1. Kami dah mula garu kepala. tersangat la tidak mungkin kat level 1 sebab kebetulan aritu parking kete penuh dan terpaksa parking sampai bawah. malas nak bertekak dengan pengawal tu kami ikut kan aje pandangannye.

sampai B1, pengawal tu tanya lagi tiang nombor berapa. kami betul betul yakin no tiang tu B 25. so bergerak la buggy yg cute itu ke arah tiang B 25. alangkah terkojutnye kami, vios silver udah bertukar kepada Vios Hitam...apa sudah jadi ni. sapela plak yg telah menukar cat kete kami ni ???? tengok plat kete sahla kete kami memang tak de kat level B1,so kami dibawa ke level 1,dalam hati memang la awal awal dah tau memang bukan level ni sebab kita ingat dari tempat parking ke level 1 kami naik eskuleter. Memang betul, kete kami tak der kat level tu. So pengawal tu bawak kami ke B2 semula, sekali lagi kami pi cari tiang B 25...keputusannya tetap hampa. tapi dalam kehampaan dan kerisauan itu, ternampak la kelibat artis yg kita suka...Adibah Noor! hehehe..sempat lagi tu cari kete sambil cuci mate. Pastu kami dibawa pula ke level paling bawah,B3. tiba tiba hubby kita bersuara,
"Haah saya rasa memang level ni la, sebab saya ingat tiangnya warna biru" hati kita pun mula berbunga-bunga kembali, tapi sekejap je...sampai ke tiang B25, kete vios kami tak de jugak. kita dah mula terpikir ke kete ni kena curi...cik hubby pun mula mempunyai rasa yg sama.

Atas kebaikan dan rasa tanggungjawab, pengawal tu bawak kami ke setiap level sekali lagi. Tapi kali ni kita suh cari petak 080 pulak kerana mula terasa macam bukan B25 (walau pun hati berkeras memang kat tiang B25)...Time ni cik hubby kita mula akui memang Pavilion ni bleh tahan besarnye...cari punya cari akhirnya jumpa jugak ....alhamdulillah...memang kat level B2, petak 080 tu dah betul,tapi tiangnya yg salah. Bukannya B 25 tapi A25...tak pasal pasal kena perli dengan pakcik pengawal tu,
"Kalau macam tu, sampai ke seremban pun tak jumpa kete kamu berdua ni" huhuhuhu...agaknya dia pun bengang....hehehe...sori la pakcik

Masuk je dalam kete, kita dan cik hubby tetap tak puas hati cam ne B25 bleh jadi A25. Kelakar tul kami bleh tersangat yakin dengan B25 tu...kita sempat nyakat cik hubby...
"Entah-entah kita dah kena tulah Pavilion sebab tadi abang cakap Pavilion ni kecik je" Apa lagi jeling seribu la cik hubby kita...siap pesan, nanti jangan lupa tulis dalam blog kisah kita makan angin dengan buggy kat Pavilion...hehehehe....

4 comments:

Mrs. Simplicity said...

teringat masa gi airport hantar member pegi study kat australia. rasa nye kawan alya tu da naik flight tapi kitorg masih stuck kat parking area. cari2 tapi tak jumpe kete. takut, da la masa tu da tgh malam. huhu..

Anonymous said...

salam...lain kali tulislah no tiang dan level berapa kat tiket parking tu...akak memang buat mcm tu..

lagi satu camkan kat kedai mana kita naik...klu naik terus nampak nando..turun pun kat situ jugak...

issss...muda-muda lagi dah lupoooooo..nanti dah ada anak...tak tahulah..

belum lagi kat mid valley atau one utama...

tak apalah..pengalaman yang menggelikan hati dan akan sentiasa menjadi kenangan sepanjang hidup kamu suami isteri..lagi satu akak kalau gi situ tak kuasa nak makan dan minum..tempat org kaya...

alamakkkkkkkkkkkkk..terlebih........sudah.........

CeqGu said...

to alyyani :ee memang bengang giler kalau cari kete tak jumpa kan...dah la penat pusing merata...alyyani,pasni jom ikut nasihat kak ina,tulis no tiang n level kat tiket parking...

CeqGu said...

to kak ina : hehehe bukan lupa tapi tak ingat je kak ina...selalunya kalau dah tengok kat tiang tu insyaallah ingat...agaknya asyik terpandang pompuan2 seksi kat pavilion...terus segala benda lupa...pasni anis pun nak buat cam kak ina..tulisss jgn tak tulisss no tiang n level kat tiket parking..thanks kak ina bg idea yg bernas tu..cayangg kak ina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...