Followers

Thursday, June 11, 2009

Bila Anak Muridku Mula Bergaya...

Jangan tak tau, anak murid kita yang istimewa ni pun teror bergaya...tak caya tengok le gambar2 ni...


Manisnye senyuman dia...
Ni anak murid kita yang paling pandai bergaya. Pantang nampak cikgu pegang kamera, dia mesti mintak cikgu snap gambar dia. Selagi cikgu tak snap,dia akan tarik2 tangan cikgu. Kalau buat tak tahu, hmm nangis la jawabnye..anak murid kita yg ni mix tau...cina + india...kadang-kadang dengan cikgu pun dia bercakap loghat cina dan tamil...camno nak paham tu??adehh.


Cutenyeeeeeeeee....

Yang ni plak anak murid kita yg umurnya 14 tahun...comelkan...siap bertopi gitu. Ni cikgu-cikgunya punya kerja la, tapi cutekan. Ni la anak murid kita yang takut dengan doktor gigi. Kalau nak check gigi, doktor terpaksa pengsankan dulu anak murid kita ni. Kalau tak, tak dapatla doktor nak check gigi dia.


Peaceeeeeee...

Tengok tu sempat lagi nak angkat tangan...


Ha gambar ni gambar tahun lepas. Snap selepas bertanding nasyid..ni 1st time masuk pertandingan nasyid...tak menang pun...tahun ni pun masuk jugak bertanding...kali ni memang best diaorg nyanyi,dah la tu kita sangat kagum dengan kesungguhan diaorg. paduan suara murid yg normal dengan suara murid yg sengau punboleh bunyi sedap...rasa nak mengalir air mata sebab masa latih diaorg ni,punyala keje nak main aje...sib baik ari bertanding tu depa serius..tapi kali ni pun nasib tak menyebelahi anak murid kita...tak menang juga...kesian diaorg,nampak sangat macam kecewa. Tak pe tahun depan kita cuba lagi ye...

Fuh...akhirnya dapatla jugak snap gambar cun walau pun ada yg senyum ala ala model colgate

Nampak cam tersusun je kan...percaya tak dekat 20 minit nak uruskan diaorg duduk kemas macam ni.Bila dah tersusun, tak payah la nak kira 1,2,3 sbb belum sempat habis kira mesti huru hara balik susunan tu...penat woo nak amik gambar depa ni..mesti nak kena snap 2,3 kali utk dapatkan pose yg paling cun.


Sempat lagi tu nak tarik kawan dia bergambar sekali...

Alamak gangster mana plak ni...hehehe...murid kita yg ni memang nakal sikit. Kadang-kadang niatnya memang baik tapi tak kena cara. contohnya cam dalam gambar ni,nak ajak kawannya bergambar, tapi cara ajak tu cam ajak gaduh. Sib baik tak tercekik budak tu...aduhaiiii anak-anakku macam manalah suara cikgu pendidikan khas tak kuat, asyik terjerit sebab terkejut dengan tindakan yg bukan bukan...


Sorry no picture please...i tak nak glamer la you!

aikkk tangan sapa ni. Memang susah nak amik gambar anak murid kita yang sorang ni. Ni ler gambar tuan empunya tangan kat atas tu, comel kan.Cam anak Jepun...


Alamak dapat jugak cikgu snap gambar kita...glamer la pasni

Tiap kali nak snap mesti dia halang dengan tangan dia.Pastu dia gelakkan cikgu...eee geram betul...Kalau ajar nyanyi pun sama...cikgu tengah syok2 nyanyi depan kawan-kawan dia, dia datang senyap2 dari belakang untuk tutup mulut cikgu....pastu apa lagi...gelak sekuat hati tengok cikgu marah...kecik ati cikgu tau...tau la sore cikgu tak best..huhuhu

Ini pun pantang diajak bergambar. Jeles tau dengan anak murid kita yg sorang ni. Kulit dia putih melepak, gebu dan licin gitu,bila dah besar tak payah beli SKII ke Felisa ke..memang kulit dah cantik...kalau nak tau anak anak istimewa kita ni ramai yg comel comel..sampaikan ada yg tak percaya diaorg ni anak anak istimewa. Anak murid kita yg ni, sangat teliti bila buat keje..hasil kerja dia mesti kemas dan tip top. sangat friendly walau pun bermasalah dalam pertuturan.

Pada sesiapa yg tak biasa dengan anak2 istimewa ni, mungkin ada yg rasa takut nak mendekati diaorg...percaya lah depa ni tak semuanya ganas...ramai diantara diaorg ni sangat manja dan peramah...tak kurang juga suka membuli tanda gurauan manja gitu hehehe...sabo aje lahhhh....

3 comments:

OneSimpleMother said...

anis, kanak2 istimewa yg las tu ex-jiran akak masa kat kg. sbg. nurul izzah kan.. anis ngaja dia ke? kenal sgt dgn mak dia tu, kak esah...

CeqGu said...

haah nurul izzah nama dia...oo jiran akak ke cik nurul ni...

mamamursyid said...

saya pun guru pendidikan khas..salam perkenalan..
www.mamamursyid.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...