Minggu lepas adalah antara hari yang sangat menggembirakan hati kita. maklumlah dapat berhubung semula dengan kawan sekolah rendah yg dah lost contact lebih kurang 18 tahun lamanya. Kalau jumpa tepi jalan pun gerenti tak berapa nak kenal dah. Yang lagi happy kawan-kawan kita tu semuanya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik..alhamdulillah syukur ilmu cikgu-cikgu kita dulu telah melahirkan insan2 berguna pada masyarakat dan negara cewahhh...
So malam tu memang bibir kita ni asyik tersenyum jer mengenangkan kisah-kisah lalu...mulut ni tak henti henti bercerita itu dan ini kat cik hubby...tapi ntah kenapa time nak makan,selera tu hilang plak dah.puas dipujuk akhirnya kita minum air jus je. Pas tu tekak terasa plak nak makan ayam tandoori (oppss jgn salah faham ye, ini bukan tanda-tanda mengidam a.k.a mengandung ye). Terpaksala cik hubby cari kedai mamak demi memenuhi hajat isterinya yg sorang ni...(sorang je tau...berrrrani nak lebih,kena lawan pedang dulu la kalau nak).
So malam tu memang bibir kita ni asyik tersenyum jer mengenangkan kisah-kisah lalu...mulut ni tak henti henti bercerita itu dan ini kat cik hubby...tapi ntah kenapa time nak makan,selera tu hilang plak dah.puas dipujuk akhirnya kita minum air jus je. Pas tu tekak terasa plak nak makan ayam tandoori (oppss jgn salah faham ye, ini bukan tanda-tanda mengidam a.k.a mengandung ye). Terpaksala cik hubby cari kedai mamak demi memenuhi hajat isterinya yg sorang ni...(sorang je tau...berrrrani nak lebih,kena lawan pedang dulu la kalau nak).
Masa dok tunggu mamak memanaskan ayam tandoori tu, tiba tiba terdengar satu jeritan yg menyayat hati . semua mata tertumpu pada sebuah sportage yg meluncur pergi tanpa menghiraukan jeritan yang menghibakan tadi. Terkejut yg amat kerana kemalangan tersebut berlaku depan mata kita n cik hubby. serta merta mata kita terasa panas seperti ada cecair nak mengalir. Tak sanggup rasanya melihat anak kecil itu meronta ronta kesakitan. Kita siap tarik tarik tangan hubby lagi untuk buat sesuatu. Tapi cik hubby kita masih diserang rasa terkezutttt...cik hubby nampak mata kita merah. dia suruh kita tengok ke lain. tapi mata kita sempat juga menangkap sekujur tubuh kecil yang dalam keadaan nazak. tiada lagi kedengaran suara mengerang kesakitan. darah mula mengalir dari mulutnya. tidak lama selepas tu datang kawan kawannya mengelilingi tubuh kecil yg sedang nazak tu. sangat menghibakan...kita cepat cepat masuk dalam kereta dan nangis semahu mahunya. rasa sangat bersalah kerana tak dapat membantu anak kecil tu. Sebaik sahaja kereta hubby melintasi tempat kejadian, kita nampak anak kecil tu dah tak bernyawa lagi...dia dah kembali pada Yang Hak...dan air mata pun mengalir lari sederas-derasnya. Kita nangis dari Seksyen 13 sampailah kat rumah,bengkak abis mata ni. Hubby kita pun dah tak tau nak pujuk cam mana, nampak je anak kucing, lagi laju la air mata ni mengalir kat pipi...rasa sebak dan sangat2 bersalah sebab tak dapat nak tolong anak kucing yg digilis dengan sportage...
nak salahkan pemandu tu pun tak boleh sebab kucing tu dok kat bawah tayar..memang tak perasan la ada makhluk tumpang berteduh. nak salahkan kucing pun tak boleh juga sbbnya allah tak bagi akal kat haiwan so dia memang tak leh nak pikir tindakan berehat bawah kete tu relevan ke tak...sudahnya hubby kita kata..udah la tu...dah sampai masanya dia kembali..tak ada siapa yang mampu menahan kehendakNya...pastu barulah kita ok n then sambung main game kat facebook kekekeke...tapi kita memang mudah tersentuh la dengan hal-hal yg macam ni. walau pun seekor anak kucing, pada kita dia tetap merasai kesakitan seperti seorang manusia...so kalau ternampakla kawasan parking tu banyak kucing, perhati perhatikanla sebelum kita reverse.
2 comments:
sedihnyer....kalau akak pun kompom menangis. akak penah langgar anak kucing sampai mati dia tau... pastu melolong kat dlm kete mcm org giler.seminggu takle dgr bunyi kete sndiri, takle bwk kete. mana taknya kita dok main2 dgn kucing tu sblm dia buat stunt kt bwh kete kita yg baru nak gerak tu.. sadis betul bila ingat2. comey lak anak kucing tu.. sob, sob.. :(
bak kata syed, udah sampai ajalnye..bukan salah sesiapa..dah takdir dia pergi dengan cara tu,bukan salah akak pun. tapi lepas kejadian tu, pernah gak la terpk,cam na la kalau diri sendiri yang terlanggar anak kucing tu...sure jadi cam akak jugak, tak leh bawak kete..huhu
Post a Comment