Followers

Tuesday, April 21, 2009

Hanimun di Sabah


Bandar KK :


Pemandangan bandar KK di tepi laut
Sebagai memenuhi permintaan jiran kat depan umah kita iaitu cik mas, ari ni kita nak share la beberapa keping gambar masa pi hanimun kat 'oversea'..Sabah negeri di bawah bayu...kekeke .. dah setahun kawin baru sempat nak pi hanimun..ekceli tak banyak tempat pun yg sempat singgah,cumanya pasar filipina tu destinasi yg wajib pergi la...pada sesiapa yg belum pernah sampai sabah, bandar KK ni kiranya tepi laut dan memanjang sebab bahagian tengahnya penuh dengan gunung-ganang.


Dataran Pasar Filipina

Lupa plak nak amik gambar pasar filipina,gambar datarannye aje pun jadi lah ye, sesape yg minat dengan barang perhiasan kristal boleh la singgah kat pasar ni. kalau nak rasa makanan laut seperti ikan bakar boleh le datang ke pasar filipina pada sebelah malam. kita tak sempat nak merasa ikan bakar sebab dok kat hotel yg agak jauh dari bandar KK.

Nexus Resort :


















Selepas bermalam di rumah cousin, kami bermalam plak kat Nexus Resort. Kat resort ni tak plak kita nampak gunung kinabalu,tapi kalau nak tengok laut dialu-alukan datang ke sini. cumanya leceh skit la untuk ke bandar KK sebabnya agak jauh. walau mcm mana pun pihak resort ada sediakan shuttle bus RM24 untuk pergi dan balik...duit lagiii...huhu













Uiii kuatnye diaaaaaa...siap angkat batang pokok sebelah tangan tuuuu....ish ish ish...









Mr. Badang





iyyyyaaaaahhhh........kita saje jek buat latihan angkat berat ni..nanti balik semenanjung nak masuk pertandingan heavy weight Denai Alam..nak lawan cik mas dan cik lina jiran sebelah cik mas hehehe...ila apa lagi,jom la join kitaorg...;)












...............Mrs. Badang
Ni bergambar kat tepi pantai Nexus Resort.


Kaki Gunung Kinabalu :

Bergambar bersama ANAK-ANAK cousin kita kat Mt. Kinabalu Botanical Garden...ni ler tempat pertama yg kami singgah semasa ke kaki gunung kinabalu...jgn ditanya pokok apa yg ada dalam botanical garden tu...nak jimatkan masa dan jimat duit punya pasal so kami just amik gambar je la hehehe...





Fariha,Irdina dan Fauzan memang
teruja bab2 amik gambo ni. Mengalahkan
Mak Long dan Pak Long diaorang!






Ni kita bergambar bersama family cousin yg memang dok kat sabah. Ni kiranya kat kaki Gunung Kinabalu. Malang sekali ari yg kami pi tu,cuaca kat kk tak berapa ok,so tak dapat la kami nak tengok badan dan kepala gunung kinabalu tu dek kerana dilitupi dengan awan dan kabus yang tebal. Frust gak la sebab susah2 datang dari jauh tup-tup tak dapat tengok plak dah.

Model pisang kenit ;)

Ok murid-murid,ini ler buah pisang yg paling kecik yg pernah cikgu jumpa.Kalau tak nampak,sila gunakan kanta pembesar yer...kalau tak nampak jugak tandanyeee...kena beli tiket ke sabah lah kui kui kui...

Resort ape ntah...lupeee daa..

Model Selipar Jepun!

Oppsss....cam ne leh terpakai selipar jepun lak ni...keh keh keh...selipar jepun pun jepun la..at least selipar yg diimport dari jepun maaa....Ni plak curi-curi bergambar kat Strawberry Resort rasanya... eh ye ke...alaa lupa la plak nama resort ni...tapi macam best je resort ni sebab ia menghadap gunung kinabalu. Memang cantik pemandangan kat situ. So sesape yg pi sabah untuk rehat-rehat boleh ler dok kat resort ni. Kalau nak shopping-shopping better dok kat hotel Le Meridian atau hotel-hotel lain di sekitar bandar KK. Opposite hotel Le Meridian ialah pasar filipina.. perjalanan dari bandar KK ke kaki Gunung Kinabalu ni tak silapnya 2jam lebih...Meh tengok next pic.

Aii sorang jee ke..?

Oppsss...Sape la jejaka hensem ni,dok sorang2 plak tu.Nasib baik tak kena ngorat dengan awek sabah...Kat belakang husband kita tu sebenarnya pemandangan sebahagian gunung kinabalu yg dilitupi awan dan kabus...

Ada gaya jadi mama tak?

Irdina dan Fauzan pantang nampak kamera Mak Long mesti terus posing maut. Fariha plak tercicir ntah ke mana.Yang kelakarnya umi dia nak amik gambar tiga beradik ni sikit punya susah sampai kejar keliling resort pun still tak dapat nak snap walau sekeping...peaceeee..

Bergambar bersama 'si dia' dan 'anak pinjam'

Alamak..nak snap gambar pemandangan gunung kinabalu, tersnap sekali gambar jaguh pecut gunung kinabalu kuang kuang kuang...

Airport KK :

sebelum balik semenanjung, kami sempat la jugak join aktiviti scuba diving kat dalam aquarium airport KK ni kekekeke....itu lah kiranya aktiviti terakhir kami kat sabah selama 4 hari. rasa ruginye pi sekejap je...so itu je la yg dapat dikongsi. cik mas pun p sabah jugakkan, tak silapnya hampir satu sabah jiran i ni pi jelajah...kita ni suku sabah pun tak sampai coz pi kejap sangat...huhuhu




3 comments:

OneSimpleMother said...

awat jauh na beposing bedua hat gambar no 3 tu..? hihihi.. kitorang aritu bukan bercuti anis. mengembara negeri sabah..

CeqGu said...

saje jek dok jauh2,malu kat tukang tangkap gambar hehehe..tak de la..sebenarnya nak suh nampak tulisan nexus resort tu,sekali tak clear jugak..hamboi hamboii siap mengembara tu..kita balik denai,cik mas plak pi sabah..

QasehnyaRania said...

bestnya cik manis.. ;)
ciksu belom pernah sampai sabah lagi..

ciksu dah pos semalam :)
semoga selamat sampai nanti ye :D
tapi terlupa masukkan rempah hitam la pulak.. nti ciksu pos lain

tahniah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...