Ehem, dah lama rasanya tak bercerita tentang anak-anak istimewaku. Tahun ni aku dianugerahkan seramai 29 orang anak istimewa. Yang terbaru berumur 7 tahun dan mengalami Sindrom Prader Willi...
Apo ko bondo la Prader Willi ni ekk...itu le soalan pertama yg bermain-main di kepalaku...cam pernah dengar...cam nama orang pun ye juga. Selepas menerima satu panggilan telefon tentang seorang murid baru yang akan memasuki program pendidikan khas di bawah seliaanku, aku terus mencari maklumat tentang Prader Willi...rupa-rupanya memang betul Prader Willi ni nama 2 orang doktor yang menemui sejenis sindrom yang menyebabkan otak tidak mampu mentafsirkan rasa kenyang pada diri seseorang dan gagal mengawal emosi. Kanak-kanak yang menghidapi sindrom ini kejenye asyik nak makannnnn aje sehingga sampai satu peringkat peti sejuk kat rumah pun kena kunci. Terkedu seketika dibueknyo. Tak sangka ada juga penyakit macam ni. Kanak-kanak prader willi ni mempunyai tubuh badan yang agak gempal dan mudah mendapat penyakit seperti penyakit jantung dan masalah-masalah lain.
Setelah bertentang mata dengan muridku yang baru ni, rasanya cam ada maklumat tentang sindrom ni yang Dr. Prader dan Dr. Willi lupa nak kaji kot (ke aku yg terlepas pandang). Sindrom cenderung banyak cakap dan mudah perasan. Pada hari pertama belajar di sekolah barunya, Amira kelihatan agak sugul dan tidak mempunyai kawan. Lantas aku memperkenalkan Amira pada kawan-kawan istimewanya. Beberapa orang murid memuji kecomelan Amira. Tanpa disangka-sangka Amira bangun dan berkata dengan penuh gaya perasan: "Memanglah saya comel! Tambah-tambah bila saya pakai baju baru, saya akan kelihatan sangat comel!"...Aduhhh perasaAnnnnye anakku yang satu ni. Kalau nak tau Amira ni tersangatlah banyak cakap,tak pernah berhenti bertanya itu dan ini. Bila ditanya kenapa kamu pindah ke sekolah ni. Sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang rongak dia menjawab..."sebab saya banyak cakaplah saya kena pindah sekolah"...dalam hati ku berkata perlahan.."tahu tak pe..."
Walau macam mana pun Amira sangat pandai mengambil hati cikgu terutamanya bila ada kaitan dengan bab MAKAN!
Amira : Cikgu,saya tak bawa duit hari ni?Macam mana saya nak makan?
Cikgu : Tak pe, pinjam duit cikgu dulu ye.
Amira : Cikgu ada duit ye? (muka mula berseri-seri)
Cikgu : Mestilah ada
Amira : Eee.... saya saaaaaaaaaaaayang cikgu anis (sambil memeluk cikgu dengan erat dan manja)
Cikgu : (sayangg?sayang ada makna tuuuuuu)
Amira : Cikgu, saya nak beli nasi lemak,air milo,karipap,bla..bla..bla (amira mula buat list)
Cikgu : Dah agak dahhhhhhh...
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mencabar jugak yer jd pendidikan khas nih. ila pun dulu patut jd cikgu pendidikan khas. tp offer tu dtg time ila peknen. mmm trus batal. tp hikmah sebaliknya rasanya ila tak sesuai laa ngan option ni. betul2 nak org yg sabo mcm anis. Mmm ila ni cepat naik hangin. tak psal2 karang tader sapa nk jd anak murid ila. ekekekeke...
hmm...memang mencabar ila. kekadang tu hilang gak sabar.ada masanya memang perlu tegas dengan diaorg,kalau tak ayoyo...diaorg pijak kepala cikgu.rasanya ngajar pendidikan khas penat skit berbanding budak normal.nanti bebila anis cite kenapa penat ngajar pend.khas ni.ila ngaja kat mana?
ila mana dan ngajo. br di offer join kpli pendidikan khas. tp tak leh join laa psl peknen. last2 dok umh smpai laa sekarang.
eh letih2 taper elaun pendidikan khas kan tinggi... hehehe...kira counter back laa letih2 tu. hehehehe....
Post a Comment