Followers

Friday, April 17, 2009

Aku yang bersalah...

Pertengahan november lepas,hidup aku bertambah ceria dengan kehadiran baby yg cute kat rumah aku ni. Masuk bulan april genaplah 4 bulan umur baby ku yang comel lotey nih. kalau dulu,aku just bawak dia ronda-ronda sekitar Denai Alam dan Bukit Subang (itu pun selepas ku pandang kiri kanan,malu kalau jiran nampak aku bersama baby), sekarang ni dia dah ku bawa makan angin sampai ke shah alam,aku dah tak peduli apa orang akan kata bila aku bersamanya. takkan la nak biarkan dia memerap kat rumah je, sekali sekala biar dia rasa plak angin shah alam,teringin jugak nak bawak jumpa atuk dan neneknya kat kota bharu,tapi risau plak takut baby meragam bila berjalan jauh...
jan lepas aku bawak baby buat medical check up, alhamdulillah dia sihat wal afiat,tapi biasalah mana ada benda free skrg ni kan, melayang jugak lah duit dalam rm dua ratus lebih...tak pe,sayang punya pasal,rela ku berhabis untukmu sayang. memula dulu,rasa keliru jugak untuk buat keputusan memilih baby,tapi sekarang ni rasa sayang sangat2,ke mana saja langkah ku,baby mesti kubawa bersama.terasa sempit dan sukar plak andai ke mana-mana tanpa baby...baby benar-benar membuat hidupku terhibur.
namun pada march lepas berlaku satu tragedi yg tak mampu aku memaafkan diriku sendiri. aku dengan tidak sengaja telah mencederakan baby! cedera yang meninggalkan parut yang agak jelas kelihatan pada wajahnya.memandangkan kos pembedahan plastik agak tinggi buatku,maka buat masa ini kubiarkan saja wajahnya begitu,setiap kali aku terpandangkan parutnya,hati ini tak pernah berhenti memarahi diri sendiri.maaf untuk kesekian kalinya..dek kerana aku tertekan pedal minyak,babyku telah terlanggar divider jalan.adussss kesiannya babyku yg bernama VIVA...huhu
ni ler rupa Viva ku selepas terlanggar divider.dah la berapa bulan tak mandi,dagu plak bercalar,keciannnn dia.

Dari pandangan jauh Vivaku masih tetap anggun dan menawan..pakai botox ke Viva aku ni ??!!

2 comments:

OneSimpleMother said...

kehkehkeh.. gelak2 akak bc entri ni tapi da tau dah awal2 bby mana tu. anis da ada blog ni bolela jwb tag akak kat sini dengan kat sini

OneSimpleMother said...

anis, kdai kakak akak tu kat kg sbg.anis tau tak petronas kat kg sbg lepas fella design, sblh kdai hardware tu..? lps petronas tu ada traffic light.kat traffic light tu belok kiri. teruuuuus je dlm 300mtr smpai jmpa kedai mkn kt kwsan perumahan belah kiri. sblm tu pun ada kdai mkn jgk belah kanan.nama kdai tu nama dia dapor kak za.sdp jgk la nasi lmk dia tu.tapi takdela sdp sgt. sbb da byk sgt mkn kot. hehehe..kalau nk gi arini kitorg adala insyaAllah..dlm kul 10 gtu.abg sham nk main badminton lu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...