Hari ini tiba-tiba je aku teringin nak bercerita tentang kenakalan pada zaman sekolah menengah yg dah lama ku tinggalkan. Oppss sebelum tu nak inform le ,aku ni bukanla kategori pelajar nakal,tapi suka mengusik kawan-kawan...terutamanya yg lemah lembut. sebelum tu nak kkabo la, sekolah aku tu sekolah perempuan.memang susah bebeno le nak jumpa mamat hensem. ustaz dan cikgu lelaki yg beberapa kerat tu pun dah berumur semuanya.memang tak leh dijadikan pencuci mata. So kalau nampak je mamat yg kategori 'boleh la tahan' pun rasa kegatalan untuk kontrol ayu pun mula menjadi-menjadi (kecuali aku la hihihi).Perasaan untuk dicintai dan menyintai pun mula berputik. Disebabkan itu,maka tersebutlah kisah...
Pada suatu hari yang cerah,murid-murid tingkatan 2-1 sibuk bercerita itu dan ini memandangkan semua cikgu terlibat dengan mesyuarat. Tiba-tiba aku terdengar satu suara halus memanggil-manggil namaku seraya mengajak aku duduk disisinya..
S : Anis,awak pernah bercinta tak?
Anis :Err...tak pernah..
S : Hmm...rasa macam mana ye kalau ada org lelaki suka kat kita
Anis : Err...entahlah..best la kot. Kenapa S tanya?
S : Tak ada ape. Cuma teringin cam nak ada pakwe je(sambil tersenyum malu)
Entah macam mana terus datang idea nakal ku. Setelah kembali ke tempat dudukku,aku mula mengarang surat cinta...jiwang karat gitu (1st time karang surat chenta)...pastu siap berpakat dengan beberapa orang kawan yg lain untuk tulis surat tu memandangkan S mengenali tulisan aku. Aku dengan semangat yg berkobar-kobar terus ke pejabat pos. Aku dapat membayangkan wajah ceria S apabila surat cinta tu sampai ke rumahnya. 3 hari berikutnya S datang ke sekolah dengan wajah yang muram dan sugul. Jika diikutkan kebiasaan, surat tu sepatutnya dah sampai ke tangan S. Seharusnya dia menyampaikan berita gembira pada aku. Tapi lain yang aku harapkan, lain pula yang terjadi. Menurut S dia telah menerima sepucuk surat dari seseorang...(ahaa surat tu memang tak sesat rupanya). Malangnya surat tersebut sampai ke tangan ayahnya. S telah dimarahi dengan teruk. Tanpa mendengar sebarang penjelasan daripada S, ayahnya terus menampar pipi S di depan adik-adiknya. Zappp! terasa seolah-olah pipiku yang dibelasah oleh ayah S. Aku mendengar setiap rintihan S dengan penuh seram sejuk (..apa aku nak buat ni,mengaku??ohhh tidakkk..). S menangis tersedu-sedan! Aku dah jadi tak keruan. Serta merta aku mengadakan mesyuarat terggempar di kalangan ahli-ahli komplot amatur. Semua ahli komplot terkejut dengan cerita dan tindakan ayah S. Macam-macam pandangan dan idea dibahas demi untuk memperbetulkan keadaan. Setelah hampir setengah jam bersidang, aku dan ahli komplot amatur mengambil keputusan untuk memohon maaf dan membuat pengakuan kepada S. Kami juga bersedia membersihkan semula nama S pada mata ayahnya..(tapi cam no...ayah S garanggg!!!takuttt..).
Aku n ahli komplot dengan muka satu sen mengadap S dan menceritakan hal sebenar. S menangis teresak-esak kerana gurauan kami telah menyebabkan dia dimarahi. Aku dengan machonya sanggup bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada ayah S (memang patut le,sbb aku le pencetusnya). Selepas mendapat nombor telefon ayah S,aku dan ahli komplot segera ke public phone.Semua tercegat membisu.kau tengok aku, aku tengok kau,tiba-tiba perasaan macho tu dah hilang ditelan rasa kecut perut membayangkan ayah S yang garang. Akhirnya kami tak jadi call ayah S. Aku dengan muka tebal 10 inci teresak-esak memohon maaf pada S kerana tak mampu menghubungi ayahnya. Melihatkan aku dan ahli komplot tersedu-sedu menangis, S tiba-tiba tersenyum. Aku jadi pelik..
S : Anis, saya mintak maaf. Sebenarnya Anis dan kawan-kawan dah kena tipu dengan saya. Saya dah tahu sebenarnya korang semua yang tulis surat tu. So saya pun dapat idea untuk kenakan awak semua. (terbeliak mato den mendengarnye)
Anis : Err...betul ke ni S?So betul la awak tak kena tampar dengan ayah awak ye?
S mengangguk dan senyum meleret. Terduduk den dibueknyo. Fuh legaaaaa.....tak sangka aku dikenakan oleh orang yang sepatutnya terkena...hampehhh..tapi ape pun...tobattttttt len kali ceq janji tak buat dahhh....huhuhu
moral : Haa len kali jgn dok pekena org yang lemah lembut,karang diri sendiri yang meraung. Peristiwa ni benar-benar meninggalkan kesan pada diri aku. Sampai ke la ni aku dah tak berani usik kawan...huhuhu insafff.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ish,ish,ish..tak kusangka cikgu anis yg kukenali ini rupa2nya bijak mengenakan org ye.. :)
ekekekke...itu dulu la kak,sekarang dah insappp..tapi hobi mengusik tu ada lagi la terutamanya dengan kawan yg pangkat 'kakak'..sbb tu anis suka kawan dengan org yg tak sebaya anis..senang nak menyakat hehehe...
Tapikan kak,ada hikmah juga saya menyakat kawan saya tu. Pernah sekali cikgu suh buat karangan tajuk Peristiwa Yang Tidak Dapat dilupakan,saya pun karanglah macam cerita kat atas tu,tup tup karangan saya tu terpilih antara yang terbaik,cikgu pun gelak sakan baca cerita saya tu siap pesan lagi len kali jgn buat macam tu kat kawan;)
Post a Comment