Followers

Saturday, May 21, 2011

Aku Yang Tewas!

huhuhu...sedeyyy....sesedih tajuk entry...
hari ni genap umur Firas 48 hari....dan dah tiga hari Firas mula minum susu mak lembu moo moo ..sedihhhhhhhhhhh..sedihhhhhh!!!!!!....ai tak rela you....tapi apakan daya...tak sampai hati tengok dia kelaparan...sebenarnya dah lama susu formula tu bertenggek kat dalam almari...tapi cikgu masih nekad takkan sekali kali mengalah pada mak lembu...namun akhirnya cikgu tewas jua ....susu cikgu tak cukup utk kenyangkan perut Firas...tu teori tok ayah Firas...sebabnya dia asyik nak menyusu ..sangat kerap tp Firas tetap jugak nangis2...tidur pulak tak sampai satu jam..nanti nangis lagi..bila disuakan susu...memang Firas isap...tapi lepas tu dia menjerit marah...sebab susu tak keluar....so apa lagi jalan yg ada selain bagi Firas minum susu mak lembu moo moo...hancusss hati cikgu tengok Firas meneguk laju susu pak lembu moo moo....menitis air mata ai..youuuu....!!!!

  
Firas tengah syok menikmati susu mak lembu...huhu
so sekarang ni FIras minum dua dua susu...seboleh bolehnya cikgu bagi Firas minum susu mak lembu seminimum mungkin...sekarang ni cikgu gigih mengepam susu semula...biarlah setiap kali pam dapat kumpul 1 oz susu je....pam tetap pam...tapi kekadang tu datang jugak rasa malas nak mengepam...huhu...

hari ni cikgu kesian sangat tengok Firas...dari pagi tidurnye kejap2 aje....tak tahu la kenapa....nak kata susu asli tak cukup cikgu tengok cam ok je...rupa-rupanya Firas sakit perut nak membuang air yg amat besar....dari wajah meneran yg merah padam tu cikgu boleh agak Firas susah nak berak...dua tiga kali dia meneran sambil nangis2.....bila check najis Firas sedikit keras daripada biasa tp tak der sampai sembelit...ni lah bahana minum susu mak lembu....huhu...kesian anak mama....menangis sampai teresak2....

 ni dia wajah hero cikgu yg kekenyangan selepas penat nangis sakit perut..



nyenyak tidur atas bantal gebu tok mi sebelum sakit perut


bleh jadi model ketiak licin tak acik2 sekalian? sila vote ye hihi...

Tuesday, May 17, 2011

Tanda2 Gangguan Makhluk Halus Pada Bayi dan Cara Merawatnya

Semalam cikgu tersangatla susah hati kerana hero kecik cikgu ni menangis tengah2 malam...tak pernah pernah la hero kecik ni menangis bagai nak rak macam ni...dua jam menangis teresak-esak...hati cikgu dah tak keruan dibuatnya..ummi dan ayah cikgu pun turut sama memujuk hero kecik yang tiba2 menangis kuat ni...semua orang panik...nak kata sakit..perut firas dah tak kembung...tak tau la kalau kalau ada sakit lain...tiba2 cikgu teringat...adakah 'sesuatu' telah mengganggu anak cikgu..??

tengahari semalam,cikgu bawak firas pi makan kat tepi pantai yang dah bertambak sebagai meraikan tamatnya tempoh pantang (merdeka! merdeka! merdeka!) dan sebagai test power bawak Firas keluar....maklum ler dah lama memerap kat rumah tiba-tiba jer mulut ni terasa nak makan seafood bergoreng kat Pantai Cahaya Bulan....tak de sikit pun niat di hati ni nak pi pantai...cuma mulut ni meronta2 nak makan seafood kat situ...Maka pergilah cikgu dengan adik2 yang balik bercuti....Firas pun ok jek...tidur sepanjang waktu cikgu duk makan...balik rumah pun ok jek...so berjaya lah untuk test power bawak Firas keluar...tapi malamnya selepas jam 12 tgh malam firas menangis tak henti2...

ni nak share tanda2 bayi diganggu makhluk halus dan rawatannya...

1.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. 
 
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. 
 
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

6.Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.


CARA MERAWAT :

1. dengan membaca surah al fatihah, ayat kursi, annas dan al falaq. hembus pada ubun2 bayi sebanyak 3 kali, atau

2. bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali), atau

3. ayat kursi, al fatihah, al kafirun, al ikhlas, al falaq dan annas









Thursday, May 12, 2011

MONOLOG DETIK 12.30 PAGI

Aku jeling jam di sisi....mak aihh dah pukul 12.30 am..
kenapa aku belum tidur....?? Tangan kiri sibuk mendodoi anak teruna, tgn kanan laju mengarang blog..
aii nyempat lagi mengarang blog...tak ngantuk ke???
ngantuk la....tapi nak tido pun tak syiok kalau setengah jam sekali si hero kecik tu celik mata balik...
kenapa nak oiii susah bebenor nak lena tidurmu....
ada setan iblis mengganggu kah....pelangkung karang baru tau...!!!!!!!
syuhhh syuhhhh pi jauh jauh...jgn ganggu hero kecik ku mau tidur!!!!!!!!!!!
tgn kananku gapai remote kaler biru...
ku tekan-tekan butang yg ada...ehh ada program Top Chef laa....layanlah kejap hehe

LENA DI DALAM PENIMBANG






Gambar ehsan En. Google..


Anak sapa la tu...seksinya...yang pasti ni bukan Firas ye tuan puan...Kenapa kali ni cikgu tempek gambar baby seksi ni? Sebenarnya cikgu nak tempek gambar alat penimbang tu haa...so sila abaikan gambar baby seksi tu ye...

Masa usia Firas 20 hari cikgu bawak Firas pi jumpa paed gara-gara badan Firas panas...kelam kabut oiii bila pestaim jadi mama ni...badan anak panas skit je dah risau tahap gaban...cepat-cepat bawak Firas pi jumpa doktor...sekali bukan demam daaaaa....kata doktor, suhu baby memang lebih tinggi skit dari orang dewasa...tambahan pulak sekarang ni cuaca panas...so suhu badan baby pun meningkat la jugak...ape pun rasa lega sesangat Firas tak demam...

sebelum balik, doktor baru teringat Firas belum ditimbang berat....sebelum tu Firas agak meragam...nak susu ler...segan jugak nak menyusu depan doktor lelaki...tapi dah si kecik ni tak dan dan..maka bagilah jugak....hero cikgu ni kalau dah nyusu....nak berentinya kemain susah...doktor pulak mintak nak timbang berat FIras....adehh cam no ni nak pujuk si kecik ni biar berenti sekejap menyusu...macam biasalah, bila tak puas menyusu suara nyaring Firas berlagu tanpa diminta...dah la si kecik ni mengantuk....lagi la kuat dia melalak huhuhu......cepat2 cikgu letak kat atas penimbang yg mcm kat dlm gambar tu....nak tau apa jadi?? letak je.....mata firas terus tertutup.....lorrrr tidooo la pulak....udah la terlelap...siap berdengkur tu hihihi...doktor pun gelak tgk firas.....aduiii buat malu mama je la firas ni...








Tuesday, May 10, 2011

Botak Chin!

Ada sesapa ingat dengan Botak Chin...haa ni antara penjahat yg glamer suatu ketika dulu....masa cikgu kecik-kecik dulu...cikgu sangat ler anti dengan orang yg berkepala botak....nampak je orang kepala botak, satu badan menggigil..pastu rela pi sembunyi belakang ayah kalau terserempak dengan orang yg kepala licin...tak tau la kenapa...tapi pada cikgu..orang kepala botak ni macam orang jahat...kekadang tu sampai nanges2..punyala takut...pada hal orang tu tak buat apa pun kat cikgu...sib baikla tak terbawa2 sampai besar hik hik hik...kalau tak sure cikgu takut nak dekat dengan Firas ;)

1 mei yg lepas kepala bulat Firas telah selamat dicukur licin oleh mak tok sedaranya...majlis ni dibuat selepas solat subuh...hampir 30 orang jemaah masjid yg hadir...pepagi buta buat majlis sebab time solat subuh lah jemaah plg ramai....cikgu plak mengantuk yg amat sebab mlm tu firas tidur kul 2 pg...kul 5 pg dah nak kena bangun siapkan anak bujang ni memandangkan subuh awal skrg ni....aduiii la...

mujurla sempat gak salin baju firas..udahla hero kecik ni tak mandi...takkan nak pakai jer baju tido yg sedia di pakai ...dalam duk kejar waktu tu...firas dah comel berbaju baru berbedak putih tiba2 mengeluarkan tembakan berdas das..alahaiiii berak besauuu la pulak anak mama ni ...aii nampaknya tak sempat la mama firas nak mandi n pakai baju lawa2 ..lepas mencuci apa yg patut...akhirnya cikgu pass je Firas kat ayah dia...cikgu pi mandi...karang malu plak jiran2 datang mama firas masih bermuka sembab...

Ohhh tidakkkk...jangan botakkan kepala ai.....Firas tengah tunggu saat rambut dicukur...


 
Firas dipangkuan ayahanda terchenta....lena diulit alunan selawat 
 mama firas tumpang se'tangan'...hehe


 mat botak chin! 

bahan yang diperlukan untuk majlis bercukur....air zam-zam dan kurma


 one hepi family....



kejap adaaa....

kejap tak derrrr.....hihi comelnya anak mama mandi

Thursday, May 5, 2011

Firas diusia Satu Bulan

wah diam tak diam..pot pet pot pet pasal perangai hero anak cikgu yg kuat meragam ni..rupa-rupanya dah cukup sebulan ari ni....makanya Firas bersiap sedia untuk dicucuk...arini atuk firas bersusah payah amik cuti semata-mata nak bawak cucu lelaki amik injection kat klinik desa yang tak jauh mana pun dari rumah ayah cikgu...

sebelum dicucuk, Firas ditimbang...wahh dah 3.8kg...ok la tu...karang berat2 sangat buat lenguh tangan mama nak ampu time menyusu...dah la johan menyusu hehe....pastu tibalah saat nak cucuk...mama firas plak yg terlebih2 berdebar...firas rileks je dengan baju tanpa seluar...syiok aje tengok firas tido....nyenyak gitu...sampai turn firas utk dicucuk, cikgu bertambah risau..aiii lama ke nanges hero kecik ni nanti...alhamdulillah kejap je hero ni nanges...tapi suara tu tetap kuat cam biasa la hehe...

lepas cucuk, cikgu ajak atuk firas ke bandar...nak beli pam baru ganti pam yang dah melepek semalam...tragis sungguh....makanya melayang layanglah RM460 kat kedai Mother House...harga sebenar pam medela letrik RM469...dapat diskaun sebab Mother House tu kedai turun temurun keluarga cikgu..dari cikgu kecik sampai la dah beranak kecik pun atuk Firas still bawak ke kedai tu kalau nak shopping barang baby...

harini cikgu nak tempek gambar anak teruna cikgu yg kian membesar ...tadaaaa...siap bertopi tau...nak tutup kefala yg tak dak rambut hik hik hik....

 lena dipangkuan mama  lepas kena cucuk...


saja tempek gambar firas hari kedua....cuba bandingkan dgn gambar kat bwh...

opssss seksenya kefala ai....dah beubahkan wajah firas diusia satu bulan...

muahhhhhh sayanggggg firas...epi bufday darling...hihi baru sebulan pun dah sambut bufday ke? kui kui kui

Wednesday, May 4, 2011

KEMALANGAN NGERI DI DAPUR

Gerun pulak tengok tajuk entry kali ni...tapi kemalangan ni tak der melibatkan pertumpahan darah... pertumpahan air mata tu adala...kehilangan nyawa jauh sekali...tapi duit melayang jauh tu ye...jom tengok gambar kat bawah ni...

jeng..jeng...jenggg....kalau tengok gambar kat atas ni bleh agak tak apo ko bondonya benda ni..?? huhu sedihnya...sedih..sesedihnya...sedih sampai tahap mengalir ayaq mata la....nak tahu apa bendanya sila tengok gambar kat bawah ...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaaaaaaa....sebuah alat pengepam susu letrik kesayangan cikgu...huhuhuu

nampak tak corong dan botol susu tu?....benda tu lah yang mencair dalam periuk vision mak cikgu...huwaaaaa...bukan seringgit dua rega benda alah ni...ratusan ringgit...tu pasal yg syahdu sangat bila tengok melepek cam ni....
bertambah syahdu mahdu lagi bila pam ni en.asben yang beli...menempuh jem bagai...tiba2 pam tu dah melepek...sib baik en. asben tak marah ...memula tu ingatkan nak secret secret...tapi cikgu ni jenis yang tak bleh nak rahsia2 dengan en asben..lambat laun mesti cikgu pecahkan sendiri rahsia tu...so elok ler cikgu berterus terang awal2 kan..kan..kan..

mesti korang tertanya2 cam ne la pam ni bleh melepek cam ni...sebenarnya lepas basuh, cikgu rebus pam tu.. sepatutnya 5 minit je..sesambil duk tunggu tu...hero kecik cikgu yang sememangnya juara menangis tu buat perangai la pulak...kejap nak susu..dah bagi susu..dia tertidur la plak..dah tidur..cikgu buaikan dia...sekali celik seluas alam pulak biji mata si budak kecik ni..menangis lagi sambil mencari2 susu....cenggitu la rutin harian cikgu dr pagi sampai mlm...sudahnya cikgu terlupa terus kat pam yg tgh direbus tu.....sedar2 bau hangit satu rumah....huhu nangis tau tengok pam dah cair...

pasni terpaksa la korek tabung maybank utk beli pam baru....ingatkan spanjang pantang bleh ler jimat duit skit...nasib..nasibb..nasibbb...

oklah...hero kecik cikgu dah start ekk..ekk ...lapar la tu...byee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...