Followers

Monday, November 4, 2013

Langkah-langkah Renovate Dapur Yang Perlu Kita Tahu

assalamualaikum dan salam maal hijrah buat tetamu tetamu blog ceqgu...


ecehhhh sopan santunnya cikgu punya intro kih kih kih....
almaklum la dah lama tak berblog, rasa kekok pulak nak pot pet pot pet macam dolu dolu...hiksss..

Hari ni cikgu nak share sedikit experience reno rumah, nak nak bahagian yg paling disukai ramai iaitu jeng jeng jenggg....BAHAGIAN DAPUR!

Haaa jangan tak tau, dalam banyak2 area dalam rumah, bahagian dapur ni la yang paling buat kepala pusing tau. Mana tak part ni la yang paling banyak telan duit tuan rumah. Cikgu gerentilah rata2 'datin-datin' dalam rumah nak ada dapur yang cun, meletop dan gedevass walau pun berkungfu kat dapur tu sekali sekala jer hik hik hik....hokeyy saya mengaku saya memang kurang rajin ke dapur....ooouchhhh!!

Apa yang cikgu nak cerita ni adalah utk reno dapur ye tuan2/puan2. Contohnya dari dapur kecik nak jadikan dapur lebih besar. ok meh meh kita tengok apa yg cikgu nak share....harap dapat jadi panduan dan pedoman kepada sapa2 yg ada plan nak reno dapur. 

1) Keluasan Dapur
Ikut pengalaman cikgu la kan, benda pertama yang kita kena buat utk reno dapur ialah tahu keluasan dapur yang kita mahu. Makin besar dapur, makin besar la bajet utk buat kitchen cabinet. Unless, korang nak ada dapur besar tapi kitchen cabinet sejemput jer.... Hak ni terpulang pada taste masing2. Tak salah pun ada kitchen cabinet sejemput....senyum lebar la 'dato'-dato'' yang nak labur duit tu. Sayang lebih kat 'datin' sbb pandai berjimat hehehe

2) Design Dapur
Kalau korang jenis yang dah ada idea nak bentuk kitchen cabinet tu macam mana, korang buat lakaran sendiri dulu kat kertas. Sebelum tu cuba la cari idea kat majalah ke, google kat internet ke atau kalau jenis yg tak malu macam cikgu ni, pi la ngendap dapur rumah kawan or jiran korang tu hehehehe..... Tak pandai lukis tak pe.....yang penting korang tahu rupa bentuk dan susun atur kitchen cabinet idaman qolbu. Lukis ajerlah walau tak cun pun. Yang penting lepas korang lukis tu orang tak kata tu gambar kambing atau lembu.....huhuhu...Pastu terus bawak pi kedai pilihan hati. Nanti diaorang akan designkan cun2 kat korang n siap sekali dengan quotation. Part ni penting tau. Jangan korang lukis pastu serah kat kontraktor pulak. Tang ni la korang selalunya akan kerugian. Nak tau kenapa.....kat bawah nanti cikgu bgtau.....saboooooooooooo....

Andai kata korang memang blur n tak tahu nak design dapur yg macam mana... korang pergi je terus ke kedai kitchen cabinet. Yang penting sila bawak ukuran dapur yang dah di renovate/ bakal di renovate. Kalau belum renovate pun tak pe sebabnya korang baru nak dapatkan quotation. Pi la survey kat seberapa banyak kodai yg korang rajin nak pergi. Kalau dah ada ada ukuran dapur yg sebenar tu lagiiiii bagus. Lagi senang diaorang nak tolong designkan utk korang.

Selain tu, korang bleh juga bincang tentang material kitchen cabinet dan juga material top kitchen cabinet dengan orang kedai. Ada macam2 jenis dan macam2 harga. Pilihlah yg mana berkenan. Pssssttttt cikgu nak bgtau ye, sekarang ni material top yg paling bagus ialah quartz stone. Quartz stone ni tak sama macam solid surface tau. Seakan tapi tak sama. Jangan sampai tertipu ye. Next time la i citer....ewahhh i ,i  la pulak hoho


3) Listkan perkakasan Elektrik di Dapur
Satu lagi yang penting ialah sila listkan betul2 alat elektrik yg nak digunakan. Contohnya hud,hob,peti sejuk,microwave dan oven/built-in oven. Sebabnya, alat elektrik yg cikgu senaraikan tu biasanya perlu ada plug di belakang kitchen cabinet. Melainkan korang lebih suka kat dinding korang tu nampak wayar dan plug tergantung2 macam dulu2. Tak cun laaaa......Kecuali lah alat elektrik tu jenis yang pakai sekejap2 contohnya macam blender, toaster dsbnya. Hak tu tak pe la. Selalunya lepas pakai kita akan bukak semula plugnya dan simpan.


Itu sebablah penting berbincang dengan designer kitchen cabinet dulu sebelum pandai2 suruh kontraktor letak plug dan suis sana sini. Kadang2 ada kontraktor yg kunun2 tahu bab kitchen cabinet walhal tak tahu menahu sangat ponnnnnnnnnnn. If kontraktor tu memang berpengalaman, dia akan nasihatkan korang utk berbincang dengan orang kitchen cabinet dulu utk dapatkan plan kitchen cabinet sekali dengan kedudukan suis dan plug.


4) Kerjasama Kontraktor dan Designer Kitchen Cabinet
Okey, part ni la yang selalunya cikgu cakap akan merugikan tuan rumah. Kontraktor rumah yg kurang berpengalaman selalunya akan bertanya pada tuan rumah tentang sinki kat mana, plug nak buh kat mana, nak berapa banyak plug dan macam2 lagi2 lah. Haaa kalau kita main agak2 je, tak pasal2 bila dah nak pasang cabinet, ada plug dan suis yg kena alih. Tak pasal2 kena ketuk lagi dinding tu. Maka bertambah lagi la kos korang. Nothing is free naaa.....ada kontraktor akan caj tau. Tak ke rugi namanya tu, duit mengalir lagi. Sayang wooo...

Untuk elak kerugian yg macam ni, bila kontraktor tanya tentang plug dan suis, sila la berbincang betul2 dgn designer kitchen cabinet. Kalau boleh mintak orang kitchen cabinet tu datang ke rumah dan tengok dapur baru kita tu. Tang ni kena hati2 jugak, ada kedai yg tak kenakan bayaran utk ke rumah kita, ada jugak yg mintak bayaran tau. So kena tanya betul2.

Bila designer dah datang ukur dan keluarkan design kitchen cabinet, ajaklah kontraktor dan designer kitchen cabinet tu berbincang sama2. So kontraktor pun tak der la nak kena buat keja dua tiga kali, ketuk sana sini. Kita plak tak der la rugi duit dan rugi masa. Betul tak? Haaaa angguk punnn hehehe

4) Tentukan Dinding Tiles atau Cat.
Hak ni sebenarnya terpulang pada tuan rumah la. Nak buh cat boleh, nak buh tiles seluruh dapur  boleh, atau nak buh tiles kat bhgn tertentu pun boleh. Kalau korang jenis yg cepat jemu, dinasihtakan bubuh tiles pada bahagian tertentu saja, contohnya bahagian tempat masak dan sinki. Selebihnya buh cat. Jimat pun jimat. Tapi kalau nak lagi tahan, buh tiles kat keseluruhan dapur. Senang nak cuci tapi kos lebih skit la.



Ok itu je lah step2 utk reno dapur yang cikgu dapat share.

17 comments:

Umialya said...

mak aikkkkkkk cikgu anis dah tukar kerjaya ke?

lama menghilang tiba2 kuar n3 renovate dapo lak..

Mia Kassim said...

Salam Maal Hijrah Cheqgu......Mmg part renovate dapur ni byk kosnya...huhu

Chekgu Azrine said...

Berguna sgt cikgu..tq so much..
InshaAllah akn dipraktikkan..
Btw..knp lama sgt menyepi..hehe

Maria Firdz said...

nice sharing... :)

Anonymous said...

info menarik ni, tq berkongsi yer

RedRose said...

wow! step by step for a new kitchen.
preparation lengkap yang cekqu bagi ni, will make an awesome dream kitchen. mesti cikgu ni suka tentang renovation and interior rumah kan?

Adda said...

wah bestnye..xsabar nk ade dapur rekaan sendri jugak..:-)

Mimie said...

Tips yg sgt bgus..terima kasih. .mne tau de rezki nti nk renovate umah plak..

CeqGu said...

k.tini: hahaha kak tini ni macam tau tau je cikgu anis nak tukar kerjaya kekeke..

mia, azrine,redrose: dah terkena kat batang hidung ...tu yg rasa macam kena share dengan kawan2 :)

aadawiyah: hehe memang best...tapi bila time nak membayarnya....ketaq tangan dibuatnya

KA,maria:sama sama :)

OKje said...

Rindunya dengan awak ceqgu.....apa khabar? Dah siap ke belum dapurnya meh le snap gambau...okje nak tengok...Mana pergi menghilang lama beno...tau le rumah tu dah cantik!!!hehe

CeqGu said...

okje : terharuuuuunyeee....kita rindu gak kat okje...tapi apakan daya, waktu sangatla mencemburui cikgu anis... huhu

OKje said...

Ye le tu....org rindu barulah dia kata rindu hehe...

CeqGu said...

betullll.... tak tipuuuuu.....rindu bangat dengan celoteh2 okje yg selalu buat cikgu tersenyum macam kerang wangi hehehe

QasehnyaRania said...

wah..wah lepas ni mesti syok nak kedapur kan
thanks share tips ni.nti boleh guna buat dapur utk rumah sendiri..
lambat lg nk blik duduk rumah sendiri..hihi

nak tengok pitcher dapur cik manis, boleh?
plissssssss

CeqGu said...

ciksu: dapur cik manis belum di pasang...baru design kat komputer...lambat lagi nak pasang sebab rumah belum siap...saboo ye

senibumi said...


Salam...Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan renovate rumah/membina rumah bolehlah berhubung dgn saya eddy di talian 010-2719606. harga berpatutan dan kualiti terjamin... senibumi.blogspot.com

Unknown said...

Jom like ni
www.facebook.com/mytukangrumah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...