Assalamualaikum.....
sebenarnya cikgu baru jer balik dari kelate........hurmmm ingatkan nak bergumbira bersama orang tua dan adik2 ...... sekali 4 hari kat kg, sehari jer sempat beriang ria...........huk huk huk.......ni semua gara2 ada ketulan yg tak diundang. yg peliknya tiba2 jer dia wujud kat situ. Saiz lebih kurang 3cm x3cm. Memula cikgu buat dunno jer sbb duk pk bengkak susu kot. Memang dah selalu sangat bengkak susu ni tapi yg peliknya kali ni tak sakit.esok paginya ketulan tu still jugak ada dan tak menyusut langsung. Kali ni cikgu try tuam plak. Sampai dah merah2 kulit tak jugak susut. Tak perlah, mungkin lepas pi shopping kat Tesco nanti susut ler tu. Dah masuk isyak keadaannya tetap sama. Cikgu mula rasa tak sedap hati. Tunjuk kat umi cikgu. Air muka umi macam berubah, umi terus suruh cikgu pi jumpa doktor esoknya. Umi kata macam bukan bengkak susu ni........ dan dan tu jugak cikgu rasa nak nanges huhuhu. Dahla en asben kat brunei. Terus hilang selera makan, nak tido pun tak bleh. Mata asyik pandg firas jer. Dlm kepala duk pk segala kemungkinan.............
Esoknya ayah cikgu amik cuti semata2 nak temankan cikgu jumpa doktor............umi cikgu tak dapat nak temankan sebab ada urusan lain, apa pun umi cikgu dah contact kawan dia kat unit surgical ke haper namanya. Dari pagi sampai le tengah hari duk tunggu kawan umi call. Sekali tak jadi la pulakkk sebab doktor pakar ada agak bz. Esok paginya, awal2 lagi dah siapkan firas. Terpaksa la bawak sekali. Kecut perut tunggu doktor. Macam2 rasa ada takut, malu, resah gelisah. Maklum la doktor pakar breast kat hospital KB ni lelaki la plak. Masa tu terpaksa lupakan rasa malu. Cikgu tahan jer air mata waktu doktor kata, yer memang ada ketulan. Apa pun kena buat test utk make sure apakah jenis ketulan tu huhuhu. kecut perut plak nak buat test. Doktor kata kena amik contoh sel kat tempat ketulan tu, haduihhh la...........
maka bersedia lah plak untuk diambil sel.Tengok jer alat nak buat test tu, perut kecut lagi huhuhu.Satu troli tuuuuuuuuuuuuuu. Macam2 rupa alatan duk terbayang kat kepala ni. pisau ler, jarum besar ler dan yg paling risau, doktor kata prosedur ni tak akan dibiushuwaaaaaaaaa. Bila pembantu makmal tgh sediakan alatan, cikgu tanya sakit ke buat benda ni? Akak tu senyum jer. Siap mikroskop bagai dikeluarkan dari troli tu. Cikgu tak leh bayang macam mana la gayanya nak amik sel tu. yg cikgu paham mesti la kena tebuk kanbaru ler leh amik sel tu hohoho. tak lama lepas tu datang la sorang doktor lelaki, muda plak tu. aduiii malu malu . Dia yg akan amik sel tu dari badan cikgu. Sebelum tu doktor tanya umur berapa, bila perasan bengkak, anak berapa orang, umur anak berapa, ada ambil ubat/pil perancang tak dan yg last sekali ada keturunan yg mengidap breast cancer tak? sebelum sempat doktor mulakan prosedur amik sel tu, sempat lagiii cikgu tanya sakit ke tak................hehehe takut mengalahkan budak kecik kan..........
dengan lafaz bismillah maka tercucuklah jarum kat ketulan tu. Fuhhhh legaaaaa kecik ajer jarumnya dan tak la sakit punnnnnnnnnn. Takut jer yg lebih. Rasanya macam digigit semut jer cumanya jarum tu dipusing2kan kat beberapa bahagian ketulan. Sekejap jer prosedurnya, lepas tu terus sel tu diletak atas beberapa slide. Dua daripadanya doktor terus tengok kat mikroskop. slide pertama dia geleng2 kepala, slide kedua, dia diam pastu bangun n ajak cikgu n ayah pi jumpa doktor yg lebih pakar utk kompemkan sel yg dia nampak.. Masa tulah saat yg paling cuak dan mendebarkan. Muka ayah cikgu pun lain macam, aduhhh risaunya kot kot sel jahat yg memang semua orang takut tu membiak dalam badan cikgu.
Sampai kat bilik doktor pakar kuman a.k.a merangkap bekas boss ayah cikgu. Cikgu tunggu kat luar.. Doktor ajak ayah cikgu jer yg masuk. Tangan cikgu seram sejuk. apa yg terdaya cikgu selawat banyak2 utk terima segala keputusan dengan redha.. Dalam duk ketar2 dan tahan air mata tu tiba2 cikgu dengar doktor gelak2 dan ayah cikgu ucap syukur. Tanpa dijemput cikgu meluru masuk dalam bilik doktor.........dasar pesakit tak malu betulll hahahha. Org tak jemput pun dia bleh masuk macam tu jer n siap tanya betul ker tu bukan sel barah? Alhamdulillah walau pun baru dua slide yg doktor test tapi rasanya kompem bukan barah sebabnya ketulan tu terus kecut dan hilang lepas kena cucuk. Doktor pun kata, sel yg ada ni memang ada kuman, tapi bukan barah, macam bengkak susu la jugak, kiranya terkena infection dari mulut anak. alhamdulillah yg tak terhingga, syukur rupanya Allah masih anugerahkan kesihatan buat ckgu. Tp apa pun, doktor kata kena tunggu jugak 3 lagi slide kot2nya ada terselit sel jahat tu...........nauzubillah........
sebelum cikgu tutup kisah panjang lebar ni, cikgu nak menyeru la semua kaum hawa kalau boleh segeralah berjumpa doktor jika sakit. tak kira la sakit apa pun nak nak jenis yg tetiba ada ketulan ni. biar pun xsakit......pegilah jumpa doktor. sel barah kalau peringkat awal memang tak sakit. Sebab tu kira jarang perasan kehadiran pembunuh yg satu ni.............tok sah takut la kalau kena buat test...........biar sakit skit......jgn menyesal di kemudian hari.............
oklah....itu jer nak kongsi utk kali ni..........bye
7 comments:
huhhuhu...dupdap2 jantung aku baca entry ko ni...suspen giler.. aku pun takut jgk ngan penyakit ni...since mak aku ade cancer... sama2 la kita doa semoga dijauhkan dr segala penyakit2 ni.. kalo kita kene, kesian kt anak2 kita yg masih kecik tu kan..sapa nk jage??... nauzubillah...
huuhuh...dubdab2 jantung aku baca entry ko ni... suspen betul...aku pun takut gak penyakit ni...mak aku ade cancer.. kalo ape2 jd kt kita, ape la nasib anak2 kita yg still kecik tu.. nauzubillahh... semoga Allah jauhkan kita dr penyakit2 ni.. aminn...
aida: aaminnn....mintak jauh sangat2......kerana pk kan anak yg kecik tu la aku makan tak lalu tidur tak lena.......tapi insyaAllah moga Dia sentiasa pelihara kita dari penyakit2 bahaya.....aku doakan mak ko cepat sembuh aida.....
berdabar baca entry ni.Alhamdulillah x dop gapo. dah umur 30 ke atas ni, sakit sket2 pun, terus pikir bukan2 dah (noris la). mcm smlm lengan kiri sakit sgt, abg saiful pon duk cucuk2 kata lenguh tgn kiri ada kemungkinan jantung. berdebar tu gak. lps buh minyak mestika Alhamdulillah bgn pg ni hilang. lenguh menulis tesis or terhimpiut tgn dlm tido je bekali. kalo dop nak gi jumpa Dr dah. tp tu la, better beringat. hebat la kak anis buat biopsy macho jah x bius. noris nk kena cucuk flu jab baru ni pon 2 kali tanya nurse tu, 'sakit x? sakit x?' padahal jarum kecik tekkkk jah :p (tp mmg sakit, bengkak and gatal 3 hari, pastu lebam 2 hari. buat lagu mano la nurse nih)
hahaha nok ssuko noris kato kak anis macho......macho go dio kalu siap tanya kat 3 ore doktor......kihnya duk terbaye jarum besar....rupanya macam jarum nak amik darah jer.....tak sakit pun....mmg betul la noris....umur sekarang ni kalau sakit skit jer....terpk yg bukan2 selalu.....mintak dijauhkan la penyakit2 bahaya ni
YaAllahh...mujur kaklong xadavsel barah tu..semoga kaklong sihat sejahtera...amin ya Allah
tu la pasal pejah, risau sampai tak leh tido n tak dak selera nak makan...terima kasih doakan yg baik2 utk kak long. moga pejah sekeluarga juga sentiasa sihat sejahtera
Post a Comment