Followers

Friday, November 30, 2012

11 Perkara Tentang Dia...

Dah 12 tgh malam, tapi mata belum rasa nak tido................ so nak update entry kedua pulak.............mentang2 la dua entry ni tak de gambar, laju pulak cikgu hapdet blog yer hihii..............itu lah punca utama kenapa blog cikgu kerap sunyi sepi................sebenarnya ada jer cerita baru yg ditulis.............akhirnya tersimpan sbg draft ajer................. sebabnya malas nak transfer gambar punya cerita. sebab tu lah cerita pi Disneyland n pi Bangkok aritu duk pending lagi...............ntah bila la nak publish pun tak tahu lah...haishhhh............

malam ni just nak buat catitan tentang firas yang mencuit hati mamanya................

1. sekarang firas suka main tudung saji................dibuat tudung saji tu macam unta, kadang di terbalikkan jadi macam sampan...............yg mencuit hati cikgu dia siap bye bye pulak tu, macam la tudung saji tu bulih bergerak hehehe....comel jer tengok dia buat macam tu............

2. firas akan ketawa kalau dia terkentut hehehe................tadi waktu cikgu nak pakaikan pampers firas, entah macam mana cikgu nak beralih kedudukan tiba2 kain dengan cadar bergesel menghasilkan satu bunyi, dan bunyi tu sebijik macam bunyi kentut................firas gelak sakan pastu cakap 'tentuttt' (kentut).............hahaha tak sangka dia dah pandai sebut perkataan tu.....

3. siang tadi plak firas terjumpa minyak angin dalam satu plastic bag, pastu cepat2 dia datang dekat cikgu n tunjuk minyak angin sambil cakap 'urut' dengan sebelah tangan lagi tunjuk kaki dia. terkejut juga dia tahu perkataan urut, ni gara2 dia selalu tengok mama picit kaki ayah dia la tu. pastu dia mintak nak urut kaki mama pulak.....alamakkkkkkkkk so sweet la sayang...............best jer firas urut........esok nak mintak firas urut lagi lah hehehe

4. firas sekarang dah pandai membaca. tapi baca guna bahasa baby la. pantang nampak buku jer, kemain kusyuk dia baca. kuat pulak tu. tapi sepatah pun mama dia tak paham. cara baca tu pulak macam dia paham jer......:)

5. setakat ni firas dah belajar sebut alhamdulillah dan bismillah............sebutannya tak la sempurna.........tapi bulih tahu la apa yg dia nak sebut. kalau cikgu bersin dia la tukang sebut 'abillah' (alhamdulillah), bila nak makan plak 'billoh' (bismillah)...........siap tadah tangan n raup muka tau..........comel jer......

6. gara-gara ada sepasang baju tido mickey mouse, firas suka layan mickey mouse club house............pantang nampak gambar mickey mouse jer mesti dia kalut duk sebut 'mickey to'. dah puas ajar sebut mouse, akhirnya jadi mickey to jugak. kalau disuruh pilih baju nak pakai, maka baju mickey to la jadi pilihan hati

7. sekarang ni kalau cikgu buat2 nanges, atau mengadu sakit..............nanti dia mesti datang n peluk leher cikgu........bajet nak pujuk la tu.................hehehe

8. kalau cikgu nak solat, firas la yang akan tolong bukakan sejadah...............kalau ada bahagian sejadah yg terlipat, dia akan tolong betulkan walau pun dia tengah main...............bagusnya la anak mama ni. tapi kadang2 tu nak tergelak jugak tengok gelagat dia bentang sejadah. puas di bentang tapi ada saja yg tak kena, last2 dia naik angin n mengamuk sebab geram huhuhuhu

9. waktu firas bosan main sorang2.............diam diam dia akan datang peluk mama dia dari belakang, pastu panggil mmmaaaaaammaaaaaa.......beralun alun nadanya, memang sedap didengar

10. time nak jemur baju firas suka la teman mama dia ni...................kalau nampak jer baju ayah dia, mesti dia sebut aaaaaayahhhhh.................kalau dia nampak 5 helai baju ayah dia, maka 5 kali la dia duk ulang aayahhhhh.......aayahhhhh...........tak sangka budak umur setahun pun dah bleh cam baju ayah n mak dia kan

11. sekarang firas dah boleh beza sejuk dan panas.............kalau benda tu panas kemain lagi dia buat gaya hembus hembus..............kalau sejuk pulak kemain buat muka terkejut.......

cukup ler dulu 11 perkara tentang firas malam ni...........mata dah ngantuk ...........bye

4 comments:

noris said...

lucu la firas ni... kisah jemur baju sebut ayah tu teringat masa aisyah kecik. bila jemur sepender ayah pon dia jerit 'ayah!'. sampai sepender pon kenal. kalo hok mummy plak, jemur baju dlm pon dia sebut, 'mummy'. mujur di UK jemur baju dlm rumah :P

CeqGu said...

memg geli hati kalau time tak buat perangai hihi

syafisyifa' said...

Pandaiiii firas....

CeqGu said...

dia sayang ayah dia lebih dari mama huhu mama dia garang, ayah dia suka layan dia main bola. tu sayang lebih tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...