Followers

Monday, February 21, 2011

Kerana Tuhan Lebih Menyayangimu Duhai Anakku...

Buntu dan tidak tahu bagaimana mahu memulakan penulisan pada kali ini...rasa terkejut...terkilan...sedih masih lagi menyelubungi diri cikgu.....dan cikgu percaya...rakan-rakan seperjuangan serta anak-anak didik di Program Pendidikan Khas turut merasai perkara yang sama...Baru semalam cikgu dibuai dengan mimpi indah...namun tidak sangka hari ini cikgu bakal menerima satu berita yang amat memilukan hati...

Semalam cikgu mendapat tahu anak istimewa cikgu akan dimasukkan ke ICU Hospital Sg. Buloh...dan cadangnya selepas sekolah cikgu bersama kawan-kawan akan bergegas ke sana...namun hajat kami tidak kesampaian kerana tuntutan tugas dan kewajipan seorang penjawat awam perlu menghadiri mesyuarat guru yang tidak kurang pentingnya...maka kami sepakat untuk menunda hajat tersebut pada keesokkan harinya...sepanjang mesyuarat berlangsung...fikiran cikgu hanya terfikirkan Naien...namun cikgu yakin Naien pasti akan kembali pulih seperti sedia kala...dalam pada waktu itu juga, cikgu berkesempatan menghantar sms kepada ibu Naien untuk bertanyakan khabar dan memaklumkan bahawa kami cikgu-cikgu tidak dapat bertemu dengan Naien pada hari ini....

Baru petang tadi ibu Naien sempat membalas sms cikgu...meminta cikgu2 semua mendoakan kesihatan Naien...dan pada waktu itu, hati cikgu masih yakin bahawa Naien pasti akan sembuh dan kembali bersekolah seperti biasa...sudah lama rasanya cikgu tidak mendengar celoteh Naien...rindu pada gelagat Naien yang macam-macam..."amboiii...tak sayang mulut nampak!"...itulah tag line Naien setiap kali diperli cikgu atau kawan-kawan...namun mulai detik ini cikgu tidak lagi berpeluang mendengar ungkapan sebegitu dari bibir mungil Naien..pasti cikgu rindu!..rindu pada Naien...rindu pada segala-galanya tentang Naien...!

Semasa Maghrib sedang meniti waktu, cikgu menerima panggilan dari rakan setugas cikgu...bagaikan tidak percaya...cikgu rupanya telah kehilangan seorang anak istimewa...sedih bukan kepalang...punah segala harapan untuk melihat Naien kembali semula ke sekolah...tidak mampu berkata apa2...hanya kesedihan melanda diri...memaksa dua mata agar tidak menangis...namun tidak berdaya sama sekali...wajah Naien bermain di mata...suara Naien berlagu riang di telinga....sungguh cikgu rindukan Naien..

Selesai sedekah bacaan Yassin buat Naien...hati cikgu kembali tenang...redha dengan pemergian anak cikgu yg amat dikasihi...namun hati cikgu kembali terusik menerima panggilan daripada ibu-ibu murid lain berceritakan tentang keadaan arwah Naien sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir...masih berupaya menahan sendu....tapi untuk seketika cuma...tidak berdaya menahan air mata apabila mendengar cerita bagaimana Naien meminta ibu ayahnya bersabar menerima takdir ini...
"Sabarlah ibu....adik mintak ampun dengan ibu...."...dan saat itu....cikgu menangis untuk kesekian kalinya....Naien, betapa tabahnya dirimu...mengapa kami semua tidak sekuat dirimu menerima sesuatu yang telah tersurat ini....??

maafkan cikgu Naien....cikgu tak berkesempatan untuk bertemu dengan Naien buat kali terakhir...tak berpeluang memohon kemaafan di atas segala kekurangan selama cikgu mendidik Naien... cikgu kehilangan seorang anak yang pandai mengambil hati dan bersuara emas seperti Naien...telah cikgu halalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini.....moga ilmu itu menjadi peneman hidupmu di sana...

Dan kerana Allah lebih sayangkan dirimu anakku....maka kesempatan untuk kita bersama hanyalah ssesingkat ini...namun begitu...cikgu tetap bersyukur dan berbangga kerana pernah diberi peluang menjadi gurumu....semoga dirimu sentiasa damai dan aman di sana...tenang bersama orang2 yang beriman... di syurga yang telah dijanjikan Allah...al-fatihah

6 comments:

Chika said...

sedih baca citer cikgu ni... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Arwah dan semoga keluarganya tabah dengan ujian Allah ini.. Amin... sabar ye cikgu.

Unknown said...

mengalir mutiara jernih ini tatkala membaca luahan hati kak anis ini..........pemergian arwah dapat dirasai kak........

Unknown said...

mengalir airmata membaca coretan ini..al fatihah

CeqGu said...
This comment has been removed by the author.
CeqGu said...

chika : saya ok je...cuma rasa terkejut dan terkilan sebab tak sempat jumpa arwah..:)

rosli: thanks kerana sudi baca..sape ni ye

Unknown said...

Al Fatihah semoga naien bahagia di sana...Allah syang dia lebih dari kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...