Followers

Tuesday, July 21, 2009

Cara-cara Makan Buah Rambutan...

Pagi tadi ada satu kisah yang nak marah ada, nak tergelak pun ada. Al kisahnya macam ni...

ingat lagi tak anak murid kita yang Prader Willi tu...ari ni dia bawak 4 biji buah rambutan. punyala simpan elok2 rambutan tu. kawan-kawan nak mintak sebiji pun dia tak nak bagi. Nak jadi cerita, lepas makan nasi lemak, dia pun berhajat la nak makan buah buah rambutan tu. Malangnya si comel ni tak pandai plak nak buang kulit rambutan yg memang tengah ranum tu. Dek kerana terkial-kial cuba membuang kulit yg penuh dengan bulu-bulu itu, maka seorang kawannya berasa sangat kasihan. Lalu si kawan pun meminta izin si comel ni untuk menunjukkan cara-cara memakan buah rambutan. Dengan senyuman paling manis, si comel mengizinkan...Si kawan pun ambil la sebiji buah rambutan n mula menerangkan cara-caranya .....

1. memula pegang buah rambutan ni dengan tangan macam ni...
- si comel mengangguk tanda faham

2. pastu gigit kulit rambutan ni dengan gigi
- angguk lagi

3. buang kulit rambutan dan...
- mata dah berkedip-kedip

4. akhir sekali masukkan buah rambutan ke dalam mulut macam ni....habisss...(sambil menutup mulut yg penuh dengan sebiji buah rambutan)

- apa lagi meraung-raung la si comel tu sebiji rambutan dah selamat masuk mulut si kawan....hahaha..bijak...bijakk...sungguh bijak si kawan ni mengambil peluang. Tu ler saper suh kedekut

bila ditanya kenapa buat macam tu, rupa-rupanya si kawan ni memang dah terliur sangat dengan rambutan tu...kalau mintak sah sah tak dapat...so dia gunala trick ni...hehe...dalam nak marah tu sempat gak la tergelak . niatnye baik tapi terpesong la pulak hehe... yg si comel tu plak, selagi tak dapat ganti buah yg dah dimakan tu, selagi tu la menangis teresak-esak....sampai sakit telinga dibuatnya.....sudahnya dua dua kena marah dengan cikgu anis n masing-masing saling bermaafan....depa ni gaduh kejap je, pastu berbaik la...legaa

6 comments:

Unknown said...

salam hanis..cam tu cikgu kenalah beli rambutan ..jamu anak-anak tu..kesianlah pulak bila akak baca cerita ni..

noris said...

nak kena denda budak nih budak yg mengambil kesempatan nih... ish ish

Mrs. Simplicity said...

budak2 sekarang, mmg cerdik2 la kan? macam perangai. tp kadang2 rasa terhibur hati.

p/s : dia bawak rambutan 4 bijik je? hehehe.. kelakar pulak...

Ila Razali said...

ish..ish dlam kurang2 depa ni ada jugak akal nak pekena kan org ek. prader willi tu yg suka mkn tu kan? sian plak kat bdk tu. dah laa dia suka makan. hikhik....

nis, pi belanja rambutan kat depa esok lusa. mesti makin sayang kat cikgu anis. hehehe....

CeqGu said...

to kak ina kl : salam kak...ala kak ina sbnrnya diaorg ni dah selalu makan buah rambutan. tapi mungkin lak aritu terliur tengok rambutan merah-merah maka terjadilah peristiwa nak ajar makan buah rambutan hehehe...

CeqGu said...

to noris n alyyani :walau pun anak muridku istimewa, tapi tang pekena kawan dan cikgu...tersangat la panjang akalnye..hehe

to ila :haah prader willi tu yg suka makan.kalau bab makan dia memang tak leh bertolak ansur. sebab tu la meraung bagai nak rak bila kawan amik buah rambutan dia walau pun sebiji je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...