Followers

Friday, July 19, 2013

Renovate Rumah

Assalamualaikum...


Haihhh heran bebenor rasanya. Orang lain keja jugak, office hour plak tu. Cikgu yg keja sekerat hari ni pun tak sempat nak update blog. Hurmm ni gara2 balik keja, menidurkan diri kat atas katil nan empuk di mahligai indah milik jiran kesayangan cikgu hikssssssssssssss....panjang benor ayatnya.

Sekarang i dah berani merempit ke sekolah tau.......kalau dulu start enjin kete jer duk lane belah kiri tak tukar2 sampai le depan sekolah. Ada lori balak ke, kete kura2 ker, i rela ikutttttt jer asalkan maintain di lane kiri. Sekarang sorry lerrr....ada kete slow jer, i potong laju2 you! hahaha.....erkkk tapi jalan nak ke sekolah je lah. Jangan di suruh pulas stereng ke ikea ke, one utama ke, ke KL ke, memang penakut paittt. Tapi awas!!! Kalau dah try sekali, hurmmmm ada can la berkali2 i pi ke situ hohoho.

Hari  ni nak update kisah rumah cikgu sebenarnya. Ingat lagi ker kisah rumah cikgu dilanda garuda tu? Kalau tak silap perkiraan cikgu la kan, rasanya dah nak masuk dua bulan rumah tu di renovate. Hari ni baru rasa nak share kat sini. Inilah rupa pondok kecik cikgu waktu mula2 nak start renovate hari tu.

Cikgu pakai kontraktor orang melayu jer. Nama glamer kontraktor ni En. Bad. Kenapa cikgu amik kontraktor ni? Hurmmm sebenarnya cikgu tak survey banyak2 pun. Kontraktor ni baru jer selesai renovate rumah abg ipar. Cikgu tengok macam ok la jugak hasil kerjanya. Tanya abang ipar pun dia kata ok dan mudah bawak berbincang, so kami yg tak byk masa nak survey kontraktor sana sini, kira jadi ler guna khidmat kontraktor ni.  Lagi satu, cikgu suka cara dia kerja. Dia just amik satu projek besar. Harap2nya yg amik satu projek ni dapat ler siapkan keja cepat. Sogan dah den duk menumpang teduh di mahligai jiran ni.

Sekarang rumah cikgu dah masuk fasa naik dinding baru. Bilik atas dua dua cikgu extend sampai habis tanah belakang rumah. Dapur pun cikgu besarkan sikit. Alaaa korang tak yah la nak bayangkan rumah cikgu ni jadi besar macam banglo. Tanah yg ada tu pun setakat 5-6 kaki jer ponnn. Cikgu share citer rumah ni bukan nak menunjuk2 tau. Sekadar nak jadikan catatan utk diri sendiri. Duk pk gak ni, mgkin bukak blog baru ke yg ala2 private khas utk renovate rumah ni hihihi . Ada hati nak bukak blog baru, blog yg satu ni pun tak terlayan....hohoho .Bukan apa, risau orang menyampah jewwww huhuhu.

Sekarang ni tengah fenin nak pilih tiles dan lantai laminate tu. Sebelum reno rumah dulu. Tengok kat kedai rasa semuanya berkenan. Tapi bila sampai masa betul2 nak reno rumah. 10 kedai ko pergi pun ko rasa macam ehhh kenapa tak der yg berkenan ni atau ehhhh mana satu nak pilih ni....huh!! Inilah di namakan sindrom mabuk reno rumah. Dan lagi sakit ati, bila dah penat2 pilih tup tup yg berkenan tu out of stock pulak dah....huhhhhhhhhhhhh hangin satu badan tau.

Semalam duk intai2 blog, hati rasa berkenan nak letak tiles besar yg kilat2 tu kat dapur. Ala tiles yg selalu orang letak kat living hall tu la. Cantik jugak bila duk kat dapur. Tapi tu ler, agak bahaya kalau basah. Licin lorrrr..........hurmmmm tapi hati berkenan sangat2 ni...camno ekkk????

14 comments:

Unknown said...

nanti dah siap rumah baru update la gambar...

agak2 dapat raya rumah baru tak??? ;)

Umialya said...

lama jugak ye nak siap?

Chekgu Azrine said...

seronoknya ckgu dh duduk umah sndiri..rumahs aya bila siap tak tahula..sbb belum naik lagi rumahnya..huhu

nadia farahida said...

antekkkk angatttt rumah cikguuuu amagadddddd T_____T :))))
selamat berkenalan cikguuuuu. ni hasil berangan cikgu yee. tahniahhh :)))) tahniah kecik2 je mampuu huhuh

nurbijen said...

Tiles besar2 tu mmg comel cikgu Anis... tapi rasanya tak sesuai kot letak kat dapur... better guna tiles yg sesuai utk dapur demi keselamatan... lagipun kita dgn anak kecil ni tak pe nampak biasa pun, janji selamat utk anak2

Anonymous said...

cekgu dh blk cni ke..
nti lepas raya blh warming up rumah tu..hehe

NoEn said...

sure xsbr nk tgk hasilnya kan...bila siap ni?

QasehnyaRania said...

mmg licin macam rumah mak saya kat kg tu
*thanks cik manis
doakan utk ciksu

Mia Kassim said...

Sempat ke siap raya ni....mesti best beraya dengan rumah wajah baru kan...:D

zue_ra said...

Bestnye...design umah baru...hehe

Oyis said...

k anis, share link2 menarik utk deco rumah. nk jamu mato hehe... pastu lo ni menumpang tu ada org kt umh tu ke xdop?

OKje said...

Wah...dasat tuuuuu dah terer nak mencilok...kalau dah bawak keta selalu mmg gitulah lama lama skill tu dtg! Tahniah ceqgu!

Bila rumah tu boleh siap ceqgu...OKje tak sabar nak buat site visit ni hehe Mesti tak sabar nak duk umah baru kan ceqgu...

Fiza Rahman said...

Mesti tak sabar nak tunggu umah siap kan ☺☺

Ruse Sulaiman said...

Lama juga nak siap ya.. semoga hasilnya memuaskan hati. Kena cari yg tak licin letak di dapur. Bahaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...