Followers

Monday, July 8, 2013

Hari Berdating hehe

Assalamualaikum...

Yihaaaaaaaa...hari ni cikgu cutiiiiiiiii....
Seronoknye la duhai hati...
Cuti sbb semalam ada sukan tahunan. Sebagai upah menghitamkan kulit muka di tengah padang sekolah, hari ni semua cikgu dan murid merasa cuti peristiwa.
Silalah jeles dgn diriku ini muahahaha.

So hari ni cikgu memenuhi hari cuti ini dgn perkara yg sgt bermanfaat iaitu bawak firas tengok wayang hahaha.
Pestaim pi panggung tanpa putra kayangan sob sob sob.
Tu pun gara2 firas mengamuk sakan nk tgk citer monster university.
Maka mama yg sporting ni pun pulas ler stereng kete ke panggung.
Huhuhu bermanfaat la sgt kan. Hurmmmm korang xmengerti perasaan anak kecik mcm firas tanpa ayah di sisi. Ahaksss poyo jer alasan mama firas ni kan.
Tp serius, cikgu sekadar nak dia enjoy. Hari2 dia nanges, meragam n kena marah dgn mama. Kesian putra kecik ni.

Lepas layan movie, firas teman mama shopping baju raya plak. Ada sale baju kurung cotton. Sepasang 50 hengget. Ntah murah ke mahal.
Kat space u8 ni xbyk kedai pun lagi. Layan je la apa yg ada. Tgh duk 'menerai' baju, tup2 firas buat muka seksi la pulak. Semerbak harum bilik persalinan tu huhuhu. Pampers pulak lupa nak bawak. Pi ler beli kat Segi dlm mall ni. Hurm harga segi ni kira ok la jgk. Selesai cuci apa yg patut, firas nampak Aman ville, tempat main berbayar. Huh sah sah kena pau dengan dak kecik ni. Rela terpaksa la mama. Bayarannya rm 18 per entry.....huwaaaaa ! Mujur ler umo firas baru 2 thn. So dpt separuh harga, stokin plak xdak, so kena beli ...rega rm3 spasang. Haihh kalau pi giant s.alam pun baik, freee jer.
Tp ok la jgk tempat ni. Yg penting wifi free hihi.

Lepas ni fasa nak memujuk putra kecik balik. Selalunya mmg ada la adegan tangisan bulan madu tu. Haihhh tarik hembus nafas la mama jawabnya. Muka merah hijau kuning la menahan sabar huhu. Oklah nak baca doa lembutkan hati putra kecik plak ni supaya senang diajak balik. Korang tlg aminkan sama yer hihihi.

15 comments:

umi alya said...

seronok tengok Firas main, kalau le ada kawan, lagi seronok...

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bundatang jalan2 kat sini..

nurbijen said...

macam mana endingnya? ada tak drama air mata tu anis?

Ummi Iman said...

Dah pandai ajak tgk Movie ;) firas nak lps tensionlah tu, main puas2 ;)

Aisy Nasiha said...

bestnya monster university ni, ramai ug update pasal citer ni.. syoklah firas main dan tgk wayang ye..

best ye , berakhir sukan, nanti puasa lega sikit rasanya..

Fiza Rahman said...

Bestnya dating ☺☺. Dah lama tak tgk wayang.

Kesuma Angsana said...

singgah jgk & nak wish u sekeluarga selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

Oyis said...

wifi free, x de hal la kan kak anis. unless x de smart fon/tab/ipad, maka tiada gunanya la jgk hehehe

RedRose said...

waaa...cikgu dah beli baju raya okeyh! kita bayang kain pun xnpk lagi.
mcm biasa la, dah last2 minute baru kalut cari baju anak beranak.
time tu nk dpt yg cantik...mmg xdela. tinggal belen2 aje.huhuhu

Jemarisuri said...

seronok la firas tu kan...^^

QasehnyaRania said...

firas nak kawan tu. hihi

salam ramadhan cik manis

Tuan Juhaida said...

hehe rindu nak dengar cerita firas ni...so macam mana?berapa warna muka sempat bertukar?hehe.

hainom OKje said...

Wah ....dah semakin terer nampaknya memulas stereng hehe...
Semakin jauh semakin rindu sekali jumpa Pergh! ...... pangantin Baru le gamaknya haha

CeqGu said...

hurmm hari tu mmg amik masa gak la nak memujuk firas balik. Dalam duk pujuk nak ajak keluar tu, boleh dia menyinggah main kat sudut2 lain. sudahnya dekat 30 minit jugak la menunggu si kecik tu makan pujuk.

Mia Kassim said...

Budak kalau dah masuk tempat ni, payah nak keluar balik....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...