Followers

Saturday, July 27, 2013

Demam Panasss dan Termometer Telinga yang Best.

Assalamualaikum.

Sejak firas duk nursery hampir 2 bln ni, dah 3 kali dia demam. Hari ni plg teruk, suhu badan cecah sampai 40 darjah celcius huhuhu. Terkejut gak la cikgu bila doktor bgtau suhu badan dia tinggi mcm tu. Padanla lps sahur td nmpk dia lemah jer. Doktor kata tekak firas bgkak dan merah sgt2. Terus doktor decide nk check darah dan masuk ubat montot. Hasil blood test, doktor kata sel darah putih firas sgt tinggi. Cikgu terkejut utk kali kedua. Mujur la doktor tu xplain balik tinggi tu sbb dmam. Legaaaa tp tetap rasa nk nanges huhu.

Doktor pesann balik rumah terus mandikan dgn air paip, pastu jgn lap n biar firas tido bwh kipas. Pasang kipas kuat2 kata doktor. Cikgu tanyala, kalau firas dah mandi, tetap kna mandikan lagi ke? Pastu doktor tu ckp, itu cerita pagi tadi. Sekarang ni cerita baru, mesti mandi...okehh..cikgu tanya lagi, kalau firas sejuk sampai ketar2 mcmana? Sekali doktor india tu marah cikgu plak. Ikut saja arahan saya, xperlu pk dia ketar ke apa ke. Skrg anak u demam pns. Kalau u x ikut cakap saya, nanti anak u boleh kena sawan. Sawan boleh menyebabkan otak anak u damage tau!

Huwaaaa saya tanya sajalah doktorrrr!! U tinggi suara tu knapa??!! .... think positive, dia sbnarnya tgh risaukan firas kot huhu.

Masuk dlm keta cikgu buka ekon kuatt2. Balik rumah berperang dgn firas sbb dia xnak mandi. Mujur ayah firas ada. Akhirnya berjaya jugak. Cikgu ikut semua arahan doktor tu. Sebelum ni pun cikgu mandikan jugak, cu,a lrpas mandi cikgu lap dgn tuala. Kali ni cikgu biar kan jer firas kat bwh kipas. Siap bukak ekon lg. Memang ketar la si kecik tu. Nak nak ke a tuaam dgn air yg ada ais. Meraung la sudahnya...sejukkk...sejukkk sejukkk. Sendu hati mama nak oiii....nak sihat cepat, mama kena kuat ,firas pun kena sabar.

Lepas mkn ubat, firas tido lena tanpa berbaju. Pampers pkai ler takut karang basah lencun sofa jiran ckgu ni.
Tadi sempat la cikgu beli termometer baru. Kali ni beli jns yg letak kat tlinga mcm doktor duk guna tu. Yg ltk kat ketiak tu lmbat btul nk detect suhu. Yg baru beli ni mmg best tp harga berganda la mahal dr yg  lama. Teermometer check kat tlinga ni doktor kata susah skit nk sukat suhu badan kalau xmahir. Yg ckgu beli ni mmg direka utk mudah sukat suhu kat telinga. X perlu ejas2 kedudukan termometer mcm termometer telinga yg lain. Cepat je dpt check suhu. Sukeeeee tau. Kejap2 cikgu check suhu firas hihi. Alhamdulillah dah turun skit suhu badannya.  Doakan firad segera sembuh yer kwn2...

13 comments:

me suya said...

tak aktiflah 2 3 hari imam muda firas neh.. get well soon Firas :)

Aisy Nasiha said...

Siannya firas....semoga cepat baik dr demam tu... Banyakkan bagi firas minum air kosong juga k...kalau anak sakit, mmg kita rasa tak tenang, kan? Cikgu pun kena byk sabar ye

Ibu Lala said...

Alah kesiannya. Anak sy pun pernah jd camni. Sejuk sampai ketar ketar. Last sekali pg hospital trus kena warded.

Moga cepat sembuh ye.nak raya ni...

Sy pun pakai termometer kat telinga tu. Cepat dan mudah.

aTieYusof Family said...

Lama tak singgah sini..
Salam Ramadhan cikgu..
Kesian Firas..
moga cepat sembuh ustaz Firas..rajin2 makan ubat tau..:)

umi alya said...

Mungkin demam rindu kot, apa2pun bersabar ye, moga Firas cepat sembuh..

Nurul Nadiah+Khairil Syazwan said...

Anak saya pun tengah demam, terima kasih, nanti nak try petua doktor tu!

Blog ni cantik sangat, saya suka.Salam singgah

Tuan Juhaida said...

Kesiannya Firas, cepat sembuh ye...!anis take care

MaMa Rey said...

kesian tengok Firas..
cepat sembuh ya Firas..raya dah nak dekat ni..

ieda immi said...

termometer telinga tu bagus .. harus ada dlm setiap rumah sebenarnya ..
sian firass .. cepat2 sembuh ya .. insyaallahh

hainom OKje said...

budak kecik ngan demam mmg tak boleh dipisahkan....
Senang ada termometer telinga tu... suhu badan sendiri pun boleh gak cek hehe
Cerita raya tak de?

amirini said...

Semoga Firas cepat sembuh.
Harraz pun masa hantar school selalu je demam.. lepas letak balik umah atok dia.. dia ok.. sekarang masik dijaga oleh atuk.. hehehehe...
apa2pun... Amirini ucapkan
Selamat Hari Raya...

Kesuma Angsana said...

siannyer,,, yg penting kalau anak demam panas sentiasa lapkan dan pastikan air x basah di badan dan kepala..

Nora Karim said...

lahai... kesian pulak tgk firas macam tu... moga tak jatuh sakit lagi macam tu ye firas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...