Followers

Saturday, August 24, 2013

Warkah Buat Chik

Assalamualaikum chik,

Apa khabar chik kat sana? Kami kat sini, semua rindukan chik. Rindu sangat! Sangat! Anis sedih la chik... Sebab tu anis amik keputusan tulis surat ni. Anis dah tak tahu nak buat mcmana utk hentikan air mata ni mengalir. Macam bentengnya dah pecah je. Macam mana nak baiki ye chik. Hurmm...

Rumah baru chik kat sana tu tentu bestkan. Maklumla dari dulu lagi anis tengok chik dah prepare mcm2...insyaallah mesti lagi besar dan cantik dr dulu.

Chik, khamis lepas anis pegi umah chik. Lama betul anis tak singgah umah chik kan. Tapi masa anis sampai tu chik xde. So, anis cuci mata tengok gambar2 chik sekeluarga. Hurmmm... Kiranya tahun ni chik beraya dgn keluarga yg lgkap. Mesti chik happy kan sbb noris pun dah balik dr uk. Anis dah plan, tahun ni nak pi raya rumah chik. Maklumla cuti pun pjg. Hurmm anis ni mampu merancang je, sekali xdapat jgk nk beraya dgn chik sekeluarga. Anis frust sgt chik. Byk pulak agenda lain yg menyelit.pasrah...

Rasa jauh je rumah baru chik ni. X dapat dah la kita nak gaduh main2 mcm selalu. Chik pun mesti rindu nak gaduh pasal telefon dgn anis kan hihi hurmmm...
Chik, terima kasih ye dulu sudi pinjamkan rumah lama chik tu utk majlis pertunangan anis dgn syed. Anis akan ingat selalu budi baik chik n ayah wi sekeluarga.

Tetiba teringat pulak waktu kecik2 dulu. Masa tu, noris belum lahir. So chik n ayah wi rajin la bawak anis balik rumah chik. Best wooo dapat naik kete kura2 ayah wi. Tp sori la chik, pukul 1,2 pg anis mesti nangis2 mintak chik hantar anis balik rumah huhu. Kesian chik n ayah wi.

Bila anis dah besar, chik tetap layan anis mcm anak sendiri. Chik selalu ajak anis ke surau sama2 utk solat jemaah. Pastu chik ajak anis belajar ngaji dan join ceramah agama kat surau. Ingat lagi waktu join baca yassin kat surau, anis cuba baca tanpa buka quran.konon2 nak test hafalan. Sekali chik tegur. Chik kata kalau baca sambil tgk tulisannya, kita akan dapat pahala berganda. Anis akan ingat pesan chik tu sampai bila2.

Bila anis dah kawin, chik hadiahkan sebuah al quran. Cantik sgt al quran tu chik, siap bersarung renda2 lagi hihi hurmmm... Anis akan jaga quran tu baik2 dan akan ingat selalu pesanan yg chik selitkan dlm quran tu...

Chik tau tak, chik ni memang seorang isteri dan ibu yg penyayang...Anis ingat lg ayah wi cerita kalau outstation, kwn2 ayah wi mesti kagum dgn dia. Sebabnya segala jenis ubat sampai la ke minyak angin chik akan bekalkan sekali utk ayah wi. Kata kwn2 ayah wi, bertuahnya ada isteri mcm chik, isteri depa xpernah bekalkan minyak angin sampai ke overseas hihi hmmmm....

Chik, rindu la kat chik. Anis suka tengok chik senyum, suka dengar suara chik. Mendatar dan halus je bila marah. Rindunya nak peluk chik. Rindunya nak bercerita mcm2 dgn chik.

Haritu ramai betul org kat rumah chik. Susah betul anis nak gi dekat dgn chik. Tapi dari jauh, anis dapat hidu wanginya chik. Bila dapat peluang duduk sebelah chik, anis renung wajah tenang chik. Anis kucup dahi chik. Sejuk! Air mata berlumba2 nk keluar chik. Tapi anis tahan kuat2. Agaknya sebab tu la benteng tu skrg ni pecah teruk. Basah je pipi ni chik. Kalau chik ada skrg ni. Tentu chik marah tgk anis mcm ni kan.

Chik anis mtk maaf ye xada di sisi waktu chik hembuskan nafas terakhir, xdapat nk iring chik ke rumah baru dan xdapat hadir ke majlis tahlil chik. Anis hanya mampu sedekahkan al fatihah dan yassin dari jauh utk chik. Walau pun anis xsempat sembang2 dgn chik mcm dulu2, tapi hati rasa puas sbb semua yg mengenali chik xputus2 bercerita ttg kebaikan chik.

Chik,kami semua syg sgt kat chik. Sprt kata ayah wi, sebanyak mana pun sygnya kami pd chik, tetap xmampu mengatasi sayangNya allah pd chik.
Damailah dirimu di sana wahai ibu saudara kesayanganku. Moga syurga menjadi titik pertemuan di akhirat sana.

Al fatihah buat hjh che azizah bt ismail, khamis, 22 ogos 2013

16 comments:

me suya said...

;'( So sad Kak Long..
Stay calm and keep walking kaklong..
InsyaAllah, she'll rest in peace. Al fatihah Suya sedekahkan utk bonda saudara kak Long. ;'(

Oyis said...

thank you for writing this so beautifully for my mom a.k.a. chik. insya Allah the thoughts, memory and love will remain. yih pon tgh try jd kuat jg ni, tp bila baca skali lg air mata tumpah...

nurbijen said...

sedih baca surat ni...
Moga arwah tenang di sana... al-fatihah
Be strong yer Anis... benar, Allah lebih menyayangi Chik..

CeqGu said...

Hingga ke saat ini masih cuba mencari kekuatan yg hilang...

umi alya said...

urmm kehilangan insan yang disayangi pasti perit rasanya, kita doakan moga arwah tenang di sana, al fatihah..

hainom OKje said...

Al fatihah buat Arwah Chik....moga Chik ditempatkan bersama orang yg beriman. Insan yg baik hati mmg sentiasa dikenang...kan ceqgu!

Mimi Azirah said...

Innalillah utk arwah

Tuan Juhaida said...

Sedih bc warkah ni.sabar ye anis.moga arwah ditempatkan dikalangan org yg soleh

Kesuma Angsana said...

bertabahlah & redha, sesungguhnyer Allah lebih menyayangi arwah. Bila rindu dtg, jangan lupa sedekahkan Al Fatihah yer... AL fatihah

Wak Gelas™ said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha

Ummi Iman said...

Salam takziah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh ibu saudara ceqGu. Mmg sedih kehilangan org yg tersyg. Tp siapa kita utk menghalang bila tiba masanya.

RedRose said...

Al-Fatihah ye cikgu. sedih baca entri ni.

IntaNBerliaN said...

sedihnya saya baca entry ni.. moga arwah tenang di sana.,.. kuat kan semangat ye kak

CeqGu said...

terima kasih atas doa kawan2 semua.semoga rohnya bersama para solihin

Nora Karim said...

innalillahi wa innailaihirojiun... moga rohnya tenang di sana... kuatkan semangat.. in sha Allah dia baik2 saja di sana...

Sue Bee said...

kita mengharapkan arwah baik-baik saja disana,..Dia lebih sayangkannya dari kita di dunia ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...