Followers

Tuesday, April 24, 2012

Lempeng lempang bunga pakma hahaha....kelasss gitu!

Assalamualaikum...

TADAAAAAAAAAAA....!!!



pagi ni bekfes dengan lempeng lagi....agaknya lempeng ni takut kena lempang dengan tukang masak...makanya elok plak rupa si lempeng ni...hehehe....lepas di make up bagai...rupa si lempeng saling tak tumpah macam bunga pakma a.k.a rafflesia la pulok...maka sebab itulah tukang masaknya bagi nama LEMPENG LEMPANG BUNGA PAKMA hahahaha....apa pun juri masterchef nampaknya sangat suka dengan lempeng mama dia ni...kat bawah ni cikgu ada tempek resepi lempeng...katanya lempeng ni gebu2 ala mcD punya....cikgu tak berani nak komen lagi sebab belum cuba try test lagi....resepi lempeng lempang dalam gambo cikgu kat atas nun guna resepi sendiri..campak2 apa yang ada...hehe ..tapi ok gak rasanya...biasanya cikgu guna separuh daripada bahan yg ada kat dalam resepi  bawah ni....dapat la dalam 5-6 keping lempeng yg comel2.....jom jom try resepi ni...kalau menjadi bleh pakat buat meniaga hahahaha...

Sumber : http://yatiememories.blogspot.com
Bahan-bahan
* 2 biji telur=>di pukul sedikit sekadar senang nak bancuh dengan bahan2 lain
* 4 sudu butter - cairkan
* 2 cwn tepung naik sendiri ----> cikgu guna tepung gandum biasa jer
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil cream of tartar -----> ni sekadar nak hilangkan hanyir telur kalau tak silap..tak buh pun tak pe..bleh gantikan dengan sedikit jus lemon, cikgu buh esen vanilla
* 4 sudu besar gula ----->cikgu tak letak gula sebab guna susu pekat 1 sudu besar
* 2 cawan susu segar=>suam ----> cikgu guna susu pekat dicampur dengan air
* secubit garam

Cara-Cara
  1. Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan b.powder.
  2. Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati. Gaul guna whisk je...masukkan butter yg di cairkan dan gaul sebati lagi.---->cikgu gaul semua bahan dengan senduk nasi jer hehehe
  3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel2, boleh juga di blend. Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  4. Panaskan kuali non stick, oleskan sedikit butter dan tuang setengah cawan.-----.> cikgu tak oles butter...lempeng lagi lawa kalau tak letak butter pada non stick pan...
  5. Bila sudah mula bersarang (berlubang2), barulah terbalikkan. Bila dah keperangan, bolehlah di angkat.
  6. Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2. Saya makan dengan cream cheese dan maple syrup. Boleh juga di makan bersama dengan honey. (cikgu makan dengan sos coklat dan strawberi...sedappppppppp)
tips pancake/lempeng cantik :
- guna  non-stick pan...kalau tak der pi ler beli hehe...tak rugi tau...banyak kegunaannya...senang keja kat dapur

- jangan letak butter pada  non-stick pan
- adunan tak cair dan tak pekat
- terbalikkan pancake bila dah bersarang
-api tidak terlalu besar dan kecik...pepandai ler adjust

2 comments:

Oyis said...

nak kena import chef mari plymouth ni ;)

CeqGu said...

kuang kuang kuang...chef mano tu? ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...