Kemain lagi tajuk entry kali ni hehe…biasala orang baru jadi ibu katakan…orang lain anak dah 10 pun rileks je…cikgu baru dapat sorang anak dah kelam kabut mengalahkan Perdana Menteri…
Kenapa cikgu rasa tercabar nak jadi mama ni…sebenarnya bukan perkara yang pelik pelik pun….tapi pengalaman pertama bergelar ibu ni menjadikan cikgu rasa sedikit tertekan..dah ler en suami nun jauh di seberang laut…cehhh…cam jauh bebenor jek..padahal kat Brunei je…hehe…mujurlah umi dan ayah cikgu masih kuat dan sihat…umi dan ayah la menggantikan tempat en suami untuk sementara waktu ni…so cikgu tak de la susah hati tahap gaban kalau Firas buat perangai ke…tak sihat ke…cikgu tak leh bayang kalau ler berpantang sorang2…uiii boleh jadi gila meroyan kalau tak sabar dan kuat semangat..
Walau pun cikgu ni anak sulong dan dah biasa jaga dua orang adik cikgu yang masih bayi dulu…tapi bila sampai turn nak jaga anak sendiri tiba2 jek rasa kekok dan serba serbi jadi tak reti…
JAUNDICE :
Semasa umur Firas kurang 10 hari…mata Firas agak kekuningan…tak pasal pasal kena pi amik darah sebab nak tengok tahap bilirubin Firas…walau pun Firas cucu kedua kepada tok mi dan tok ayahnya…suasana kalut tu tetap ada..maklumla cucu pertama tak de plak masalah Jaundice ni…sebenarnya memang kebanyakkan bayi akan berdepan dengan Jaundice…so Jaundice ni adalah masalah yang biasa selagi kandungan bilirubin bayi tidak melebihi tahap 300 dan ke atas kalau tak silap cikgu..
Kali pertama pi check darah Firas en. Suami masih ada di sisi…tok mi Firas pun ikut sekali ke Klinik Kesihatan Kota Bharu…untuk check bilirubin ni…tumit kaki Firas yang kecik comel tu akan di cucuk dengan jarum…apa lagi suara soprano Firas pun kedengaran la…tapi kejap je…anak mama ni saja je nak tunjuk suara kat orang ramai hehe..result pertama ,kandungan bilirubin Firas 253…agak tinggi tapi tak perlu masuk ward…alhamdulillah…legaaa. Esoknya nak kena pi check lagi….tapi kali ni kat klinik kesihatan Wakaf Che Yeh..dekat je dengan rumah tok mi Firas…kali ni keputusannya lebih rendah…last sekali pi check…keputusannya 164…dah melepasi tahap bahaya…so tak yah lagi ler pi amik darah..cikgu pun dah rasa lega Firas dah selamat dari Jaundice…
BENGKAK SUSU :
Memula susu tak banyak mana…tapi sebab cikgu dah niat dari sejak awal mengandung,cikgu nak susukan anak cikgu dengan susu ibu maka cikgu pun pam la susu yang tak seberapa nak ada tu…memandangkan anak cikgu terkena Jaundice…nurse nasihatkan cikgu susukan Firas sejam sekali….bukan senang tau..baby yang terkena Jaundice ni kejanya nak tidurrrr je…puas cikgu kejut…Firas buat tak layan je..tapi lama2 dia nak jugak menyusu…susu ibu je penawar terbaik dan mujarab untuk Jaundice ni…so lama-lama susu pun makin bertambah….bila anak cikgu dah ok dari Jaundice..cikgu pun dah start leka n malas nak pam susu..makanya bengkak la jadinya…kalau bengkak je tak pe la jugak…ini disertai dengan rasa sakit yg amat dan demam….mengalahkan demam kura-kura huhu…cikgu tuam dengan tungku bantal jepun…bleh bayang ke tungku tu cam ne ? kalau tak tahu..buat2 tahu je la ye…bila dah tuam tu lega la skit…kesian en suami…time dia balik nak jumpa anak isteri, cikgu plak demam…sungguh tidak enjoy huhu…demam cikgu kejap ok kejap tak ok…so hari ketiga bengkak susu, cikgu jumpa doktor..terpaksala cikgu menelan antibiotik berbentuk kapsul…kaler pinkkk lagi you !...lepas makan antibiotik dan jugak ubat kurangkan bengkak…cikgu pun segar bugar kembali…tapi sedih sangat,susu cikgu tiba2 jadi kurang…Firas asyik mengamuk sebab perut tak sempat kenyang,..susu dah tak de…kaki Firas dah kuat…ditendang2nya mama dia sebab tak puas menyusu…huhu…cikgu jadi stess…lagi la susu tak mo keluar….berkat kesungguhan nak menyusu badan…cikgu tingkatkan kuantiti minum air…dan kerapkan mengepam susu…alhamdulillah nampaknya susu dah makin bertambah walau pun tak banyak macam orang lain…
DEMAM :
Kalau tadi cikgu yang demam…kali ni Firas la pulak…aishh susah hati satu rumah bila baby Firas demam…ye lah pantang lum habis…udah demam la pulak…asyik merengek je..tidur pun kejap2 terjaga..yang paling geram…Firas ni cam tau tau je bila timenya mama nak makan, nak mandi, nak tengok Awan Dania (hehe peminat setia)…time tu la dia mula nak nanges meraung..huh stress ! stress ! Kembali kepada citer Firas demam…badan Firas cam suam suam kuku….tok mi Firas pun pi la beli termometer yang tempek kat dahi tu…suhu badan Firas 37.5 darjah celcius..kata tok mi Firas demam ni…kelam kabut lagiii satu rumah…esoknya terus bawak Firas pi jumpa doktor pakar kanak2…cikgu pun citer la dari masalah Firas yang berak 4,5 kali sehari sampai la masalah demamnya….rupa-rupanya suhu Firas tu adalah normal…suhu badan bayi memang lebih tinggi dari suhu orang dewasa…so cikgu check info kat internet….suhu normal baby antara 36.5 darjah celcius hingga 37.8 darjah celcius…badan Firas cam suam suam kuku tu disebabkan cucaca sekarang ni memang panas…masalah kerap buang air besar tu pun perkara biasa bagi bayi yang minum susu ibu…kata doktor berak lawas gitu ! Petang semalam badan Firas panas balik…kali ni suhunya 38.5…susah hati dong anak teruna cikgu demam…cikgu basahkan kain dan letak kat dahi Firas…baru ler suhunya turun balik…cikgu buka kipas baru la Firas tidur nyenyak…memang petang semalam agak panas…so cikgu rasa Firas memang tak demam…disebabkan tak de pengalaman…badan anak baru nak suam suam kuku pun,mamanya dah susah hati bagai nak rak hehe
Huh…tercabar dan mencabar sungguh jadi mama anak sulong ni ye….
4 comments:
takpe cikgu.. prektis mek perfek. lama2 ok la tu. sronok tengok dia membesar depan mata dgn perangai macam2 tu. penat memangla penat. lagi2 status ibu tinggal macam ai ni. hehehe.. tapi tak serik pun nak mengandung dan beranak lagi.tak sabor2 lagi adalaa... :D
olololo firas... bilo la bole jupo ni? tggu cik oyis balik setahun lg deh, firas bole jale doh la maso tu. jgn suko buat konsert deh male2, sian ko ummi firas (bahaso ummi baba ke gapo k anis)?
salam..saya pon cikgu n breastfeed..harap boleh sama2 kongsi pengalaman..
cikgu: hi cikgu...nama pun cam sama jek...saya pun anis jugak...hehe
Post a Comment