Followers

Tuesday, May 5, 2009

Lukisan untuk cikgu....

Gambar Cikgu Anis,Cikgu Zalina dan Cikgu Noor dalam telekung...

nak tau sape pelukisnye...inilah dia orangnye....
*

*

*

*

*

*






Ni adalah salah satu hasil lukisan murid kita yg autisme,Bid namanya.....Gambar tiga orang cikgu dalam kain telekung:)...Bid ni mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi. sesuatu yg dia tengok dan menarik perhatiannya, dia akan ingat sampai bila-bila dan akan lukis sampai dia jumpa benda lain plak...tapi gambar cikgu dalam telekung tu tak pernah plak dia tengok...kita mintak dia lukis gambar cikgu-cikgunya...terus dia lukis dalam keadaan bertelekung...

Ni satu lagi lukisan Bid untuk cikgu....sampai je kat sekolah Bid mintak dengan cikgu gambar masjidil aqsa...kebetulan gambar tu tak de kat sekolah...Bid mintak kertas..rupa-rupanya Bid nak lukis gambar masjidil Aqsa....dan inilah hasilnya....

Bid ni minat melukis tapi tak suka mewarna...kalau nak suruh Bid mewarna, cikgu kena umpan dengan kamus bergambar. Bid suka sangat dengan kamus bergambar...percaya tak kalau kita cakap dia bleh hafal perkataan2 english dalam kamus tu...banyak dia hafal.kita pernah uji Bid...tunjuk gambar sudu...Bid akan sebut 'spoon'...pernah jugak dia terlupa,contohnya Bid tanya pinggan dalam bhs inggeris,cikgu bgtau pinggan dlm B.I ialah 'table'...Bid diam dan seolah2 tau cikgu bagi jawapan salah...bila cikgu sebut 'plate'..barulah dia beredar ke tempat duduknya dan terus menghafal perkataan2 yg baru....kalau nak tau Bid lah satu satunya murid kita yg dapat membaca dan menulis dengan lancar....

Ada satu kisah tragis dan lucu tentang Bid....peristiwa ni berlaku waktu nak ke kantin.setiap kali nak pi makan kat kantin, Bid akan berlari lari...tak yah la suh dia jalan..dia akan angguk je tapi lepas tu,tak terkejar cikgu dibuatnya...satu hari seperti biasa Bid berlari ke kantin...tapi yg luar biasanya Bid berlari sambil menjerit "t*t*k cikgu ****** besar!...t*t*k cikg ****** besar!"...marah betul cikgu tu...bengang pun ada sebab time tu cikgu laki ada kat situ...lepas rehat...salah sorang cikgu pun panggil Bid dan marah marah atas kelakuannya yg tak senonoh tu...lepas tu Bid menangis teresak-esak , bila cikgu lain tanya kenapa Bid nangis...dia bleh cakap cam ni "Huhuhu...Kuda Pink marah,kuda pink marah!"...cikgu-cikgu tercengang...kuda mana plak la yg marah ni, warna pink plak tu...dalam dok pening2 memikirkan aduan Bid, tiba-tiba masuklah cikgu berbaju pink..bila disoal selidik...barulah cikgu-cikgu faham...rupa-rupanya Bid membandingkan cikgu tu dengan kuda pink memandangkan cikgu tu pakai baju kurung pink!....geli hati betul tak pasal2 cikgu jadi kuda hehehe....agaknya Bid pernah tengok filem yg ada gambar kuda tengah mengamuk...barangkali masa cikgu marah,rupa cikgu tu sama cam kuda mengamuk! hahahaha...jangan mareee ye cikgu..

Ari ni dah masuk dua hari Bid tak datang ke sekolah,terasa rindu plak tak dapat dengar ayat-ayat spontannye...rupa-rupanya mak Bid sakit tenat...mak Bid mengidap kanser otak...Bid ni sebenarnya rapat dengan ayah. tapi sejak maknya semakin tenat...Bid bgtau ayahnya nak jaga mak...setiap kali ayahnya ajak ke sekolah mesti itulah jawapannya...kesian Bid...ibunya sudah tidak mampu berdiri,sudah tidak mampu untuk berkata-kata. mungkin Bid dapat rasakan,saat bersama ibunya semakin singkat...dan mungkin juga Bid mahu berada di sisi ibunya sehingga hembusan nafas yang terakhir...itulah istimewanya seorang anak bernama Bid...dalam serba kekurangan dia masih berbakti untuk seorang ibu yang tak berpeluang memberi kasih sayang kepadanya seperti ibu-ibu lain lakukan untuk seorang anak. Penyakit yang dihidapi ibu Bid sejak berbelas tahun lamanya menghalangnya menjadi seorang ibu yg sebenar-benarnya...buat ibu Bid...semoga penderitaan mu berakhir dengan bauan syurga....amin-

2 comments:

OneSimpleMother said...

kreatif budak ni kan. anis jadi makmum ker imam...? :) macam diorang ni dah tentu masuk syurga kan.. suci bersih jer..

CeqGu said...

dia lukis anis jadi makmum...yg paling kecik sekali tu...hehehe..insyaAllah masuk syurga depa ni..tu yg bangga jadi cikgu pen khas..ngajo ahli syurga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...