Followers

Monday, November 15, 2010

Suatu Ketika Di Hospital Yang Tak De Sungai Dan Buluh huhuhu

cite ni dah lama...tapi lupa nak publish...saje nak buat kenang-kenangan...

15 nov 2010,4.04ptg...tarikh dan saki baki masa yang akan cikgu anis habiskan di atas katil nan empuk di hospital sg. buloh...pejam celik pejam celik rupanya dah 6 hari 5 malam cikgu menginap di hotel 4 bintang ni huhuhu...memula 'check in' 4 katil penuh di isi dengan penghuni berbaju dan berkain pink...sekarang ni tinggal cikgu anis je sorang2 mengira detik waktu meninggalkan katil 08 ni...

alkisahnya bermula...pagi 10 nov,cikgu anis bangun pagi2 menjahit serba sedikit di bilik bawah..alkononnya nak pakai baju tu untuk sambut kedatangan murid dan guru dari singapura...selesai menjahit..pinggang cikgu terasa pedih dan perit..makin lama makin menyucuk2...cikgu gagahkan diri memanjat tangga untuk mengadu domba pada sang putera raja yang masih enak dibuai mimpi...penuh kepayahan akhirnya tiba jua di tempat peraduan si putera raja...niat di hati mahu membaringkan diri..tapi malangnya sakit yg datang semakin menjadi-jadi...kerana kesakitan yg amat,suara menahan sakit cikgu mengganggu tidur si putera yg kacak itu...puas dipicit,diurut kesakitan tuan puterinya tidak juga menunjukkan tanda2 hendak sembuh...maka paniklah putera raja yg kacak itu walau pun belum mandi...huhuhu

maka dipujuknya puteri itu ke rumah sakit yg letaknya berhampiran dengan sungai yg dipenuhi buluh (hospital sg buloh)...dek kerana tidak tertahan melihat kesakitan yang ditanggung oleh tuan puteri, putera raja memandu bagaikan memacu kereta F1 di litar sepang...setibanya di hospital,tuan puteri diusung dengan katil beroda...raungan kesakitan yang amat dasyat tidak juga berkurang sehinggalah tuan puteri di beri ubat penenang ke dua lobang hidung yg comel itu...tangan kiri dan kanan si puteri di cucuk dengan jarum besar dan jarum kecil...sungguh lemah keadaan tuan puteri ketika itu...selepas itu putera itu membiarkan sahaja puteri kesayangannya di bawa ke satu bilik yg dinamakan 'labour room'..tinggallah tuan puteri sendiri di situ bertemankan pawang2 yg berbaju putih....bleh tahan gak hensemnya...tapi putera raja dalam cerita ni lagiiiiiiiii hensemmm...hehehe

lama benar tuan puteri di situ..diubati oleh pawang yang bersilih ganti..putera raja hanya dibenarkan menjenguk tuan puteri utk sedetik cuma...dek kerana kesakitan tuan puteri tidak jugak berkurang..maka di injectnya dengan ubat penahan sakit...sungguh berbisa sakit tuan puteri...ubat itu juga tidak lut...selepas itu,dipindahkan pula tuan puteri itu ke wad 6A...di situlah akhirnya tuan puteri diubatkan dengan pelbagai cara....ada pawang yang mendiagnoskan cyst tuan puteri telah pecah,ada yang kata tuan puteri disampuk apendiks maka perlu dibedah segera...ada pula pawang yang mengatakan perut tuan puteri ditumbuhi fibroid...ada juga pawang yg menawarkan utk di masukkan ke dalam terowong MRI...dan akhirnya pawang Mohan yang berkulit hitam manis mengesahkan tuan puteri sebenarnya hampir keguguran huhuhu...alhamdulillah akhirnya punca kesakitan tuan puteri dapat dikenal pasti...setelah diberi ubat menguatkan rahim dan antibiotik...kesakitan tuan puteri akhirnya sembuh...begitu lah alkisahnya...

mujurlah dr.mohan berjaya mengenal pasti masalah cikgu anis baru2 ni...cikgu hampir2 dioperate sebab doktor dah mati akal mencari punca kesakitan yang dialami oleh cikgu anis...rupa2nya..kesakitan yg cikgu rasa tu adalah pra contraction...mujurlah tak de darah yang keluar...makanya cikgu direhatkan di hospital ni utk memastikan kandungan cikgu selamat...terima kasih kepada semua doktor dan kakitangan hosp sg.buloh di atas layanan yang sangat memuaskan.semoga baby cikgu kat dalam perut ni sabar la menunggu usia 9 bulan utk melihat dunia...aminn

opsssss....lupa nak betulkan gambar la pulak....selamat menyengetkan kepala ye tuan puan...


katil tempat beradu tuan puteri di ward 6a


makanan istimewa dari dapur istana hosp sg. buloh...

1 comment:

fizhah said...

mnarik penceritaan akak ni. saya bagi 5*.hiihihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...