Followers

Wednesday, December 21, 2011

Setelah Rombongan Cik Kiah Pulang Ke Malaysia.....

Assalamualaikum...

hurmmm dah dua hari rumah cikgu ni dilanda garuda..
sunyi jekk...
15hb dec lepas, rombongan cik kiah (hehe) datang ke brunei...
16hb dec plak sampai lagi satu rombongan...
memang meriah la umah cikgu time ni...
riuh rendah dengan senda gurau anak anak sedara,
cerita yg macam2 dengan mertua, abg2 ipar dan jugak berasss..opssss biras2..

Isnin lepas, semua ahli keluarga en asben ni berangkat pulang ke malaysia..
maka tinggallah cikgu dengan firas dan en asben kat rumah besau ni..(rumah sewa je ye)
bila dah 4 hari riuh rendah...tiba2 jek sepi melanda...
terasa la amat pelik...pada hal selama kat brunei ni pun dah selalu sunyi..
firas pun merengek je...maklum ler dah tak der sepupu sepipit nak melayan ...
kalau tak hari hari ada saja yg berebut nak mendukung firas...
sonang koje mama firas...sempat ler nak menggoreng nasi kat dapur pagi2..
kalau hari biasa...jgn harap ler...
nak ke dapur pun berlari2...firas ni jenis tak bleh duk sorang..

next time cikgu nak tempek entry jalan2 syedut angin keluarga en asben kat brunei...
actually..tak de banyak tempat pun yg kami pergi...
dan agak terkilan gak la sebab tak sempat bawak diaorang merasa ambuyat..
kalau ada rejeki...bleh ler ai tapau ambuyat bawak balik mesia hehehe....

 
ehsan en. google : ambuyat brunei..macam macam lauk ada...pilih ler yg mana suka...



ehsan en. google : cara makan ambuyat perlu ler mahir guna penyepit ni..

cikgu sampai ke la ni tak pernah lulus guna penyepit ni....nak tau apa rasanya??...tawar jek...sebab tu ambuyat ni kena makan dengan lauk2 yg macam kat dalam gambar atas nun....dannnnnnnnn...tak perlu gigit2...makan ambuyat ni main telan jer...
sedap kerrr????
bergantung pada lauk yang dimasak...
apa pun ...harus cuba makan.....memang unik sekali...:)



Saturday, December 10, 2011

Tips Merancang Ruang Dapur..Di Mana Harus Mulakan?

Assalamualaikum..

Boring plak malam ni...
en asben ada dinner...pn isteri lepak2 kat rumah je....
picit2 remote astro...tak de plak citer best..balik2 citer Walking Dead...
ishhh tak gemor ler cikgu cite tu...nak layan cite korea...
tak de plak cite yg menarik malam ni...firas dah selamat tido....hmmmm...moh ler kita berbelog hehehe...

ada tak sesapa yg tengah tanam angan2 nak reno dapur? 
Ada! Ada!....sape tuuu...cikgu ler kui kui kui....
tadi duk tgh cari cari info...terjumpa plak tips merancang ruang dapur....
jom kita baca....

Usaha merancang dan membentuk ruang dapur menjadi lebih mudah jika anda melakukannya dengan tertib. Pada masa yang sama, anda juga perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh membantutkan perancangan seperti pengubahsuaian mengambil masa lebih daripada sepatutnya, bahan dan kemasan yang dikehendaki sukar ditemu di pasaran, kos perbelanjaan melebihi belanjawan. Jesteru itu, penting bagi anda:

  • Merangka kedudukan dan pelan lantai.
  • Melengkapi unsur pencahayaan dan pengudaraan yang berkesan.
  • Memastikan langkah keselamatan pada yang terbaik.
  • Mengambil kira pembinaan atau kerja meroboh dinding diikuti pemilihan jenis atap yang sesuai. Jika behajat memasang panel lantai kayu, sebaiknya lindungi lantai itu dengan bahan antikulat dan pemeluwapan.
  • Menentukan pemasangan pintu dan tingkap.
  • Memberikan perhatian terhadap pengubahsuaian sistem saluran paip dan pendawaian elektrik.
  • Memasang meja kerja dan penyediaan termasuk sinki.
  • Menetapkan jenis kemasan dinding (adakalanya kemasan dinding perlu dipasang sebelum pembinaan kabinet).
sumber : http://emesengineering.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...