Assalamualaikum.
Hari ni cikgu nak try buat roti lagi. Sebelum buat try cari tips2 untuk hasilkan roti yg lembut dan gebu macar Gardenia. Tengah duk belek terjumpa tips ni kat forum ratu hati.com yang dikongsikan oleh UMMI. Mintak izin tempek kat sini yer. Senang tuan blog nak refer dilain hari hehehe......terima kasih banyak yer UMMI.
TEPUNG - High Protein Flour
Tepung Roti (TR) berbeza dengan
Tepung Kek (TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan2 pelembut yang
dikawal oleh KPDN & HEP, dimana pelembut ini akan membuatkan roti
menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana
pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut(Bread Improver) agar
roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi.
Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri Bakeri.
Antaranya:-
Cap Bangau- Cap Timbang* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri (Harga pasaran RM 64/25kg)-
Cap Diamond- Cap Gunung Mas* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan (Harga pasaran RM 66/25 kg)
Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Serawak)
*Nota : kalau buat roti guna tepung selain dari yg terdapat diatas, roti akan menjadi keras.
GULA
Gunakan
gula halus atau PX sugar, kalau rajin "Blender" gula tu agar semasa
membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, dough roti
akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.
YIS (Ibu roti)
Kebanyakan
industri pengeluaran roti menggunakan Yis kering kerana senang dikawal
proses pengembangan dough. Kalau guna Yis basah kena timbang 2 kali
ganda berat dari Yis kering.Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, Yis
keluaran syarikat Mauri akan digunakan
BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti.
Nama lain bagi Bread Improver adalah:
1. Bread Softner
2. Softner
3. Modular Softner
4. Magi Pro
5. S 5006. Voltex (cecair)
Untuk
makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama
yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa
membeli Bread Improver.
* Selain penggunaan bread improver di atas,boleh juga guna Water Roux. Boleh buat sendiri jer. Sangat senang,just guna tepung gandum dan air sahaja. Sila rujuk kat SINI
MARGERINE/BUTTER/SHORTENING
Penggunaan
bahan tersebuat adalah untuk menambat ikatan struktur dalaman dough,
agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara
yang ingin saya kongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan2
tersebut:*
Margerine - kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan
margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shourtening untuk membuat
Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu
telur pada dough sebelum dibakar, selepas dbakar, dimana Bun masih
panas, sapukan Butter atau Appricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum
di pamerkan.
* Butter - Pastinya sedap dimakan Bun apabila
resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak
menggunakan Butter kerana kos nya yang mahal. Anda boleh menggunakan
Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.
*
Shortening - Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya
apabila membuat roti besar seperti Potatoes Braed, Garlic Bread,
Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah dough
roti tersebut disapukan Telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.
SUSU TEPUNG
Pengguna
boleh menggunakan Susu Tepung anak seperti Dutch Lady, Lactogen dll,
untuk menghasilkan Bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak
pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana yang dijual pada
harga murah. boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan
mengahasilkan Bun lebih sedap lagi
TELUR
Kebanyakan
pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk
pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang
tinggi. dan dijual pada harga yg murah. Biasanya pengusaha bakeri
menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek.
Kalau nak tahu cara nak hasilkan roti yang lembut dan gebu sila klik SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam cikgu, bagus btui tips2 yg dberikan...especially for those people yg baru nak berjinak bljar buat roti.thanks for sharing ye...mohon..kongsi..ya!
salam puan zie, sy copy paste dari blog kawan gak tu, senang rujuk bila nak buat roti kekdahnya....masa tu mmg tengah giler buat roti hehehe....
Post a Comment