Assalamualaikum...
pagi tadi cikgu goreng mee basah jer. Kalau kat Melaka, sebut mee goreng basah, gerenti berkuah la mee tu. Kena sebut mee goreng lembap baru ler mee goreng tu dimasak tak kering macam mee mamak. Cikgu suka resepi mee goreng ni. Amik di My Resepi tapi cikgu dah ubahsuai ikut selera juri segak bergaya dan juri taj berganjak.
Asalnya resepi ni utk mee basah yang ada kuah tu. Sedap tau. Tapi kalau buat berkuah nak kena makan segera sbb takut kembang. So cikgu ubah skit jadikan mee goreng lembap. Kalau nak resepi, blh tgk kat bawah entry ni. Kali ni cikgu goreng tak pakai mee kuning biasa tau. Tapi guna stick noodle mcm kat dlm gambar ni.....
cikgu tak sure kat malaysia ada ke tak mee ni.......... yg ni sebenarnya produk singapore. Tapi ada jual kat brunei. Bila dah rebus, rupa mee ni sebijik rupa mee kuning.... Ni rupa stick noodle yg dah selamat digoreng.
Tadaaaa....................rasanya saling tak tumpah dengan mee kuning biasa tu.......Pssttttt sengaja tabur cili hijau sbb nak cover mee gorenng tanpa sayur.....stok sayur dah abishhhh........cikgu selalu guna resepi ni sbb juri segak bergaya suka yg amat. Nanti cepat jer ibu jari si juri segak ni tegak berdiri, thumbs up ler tu hihihi
RESEPI MEE GORENG BASAH/LEMBAP ALA CEQGU.....
600g mee kuning
ayam/seafood/daging
3 ulas bwg putih - tumbuk pecah. kekadang cikgu buh 1 labu. Sedap dan wangiii gitu
sebiji tomato - belah 6
1 sudu besar pes lada kering/cili boh
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar sos tomato - xbuh pun tak per
1/2 sudu besar kicap pekat
kicap manis sesedap rasa
1 cawan air panas- kalau nak berkuah, buh 3 cawan air panas, sukatan bhn lain tetap sama.
1 kiub ayam knorr - tak buh pun tak per
sawi
garam, gula
daun sup - cikgu potong kasar mcm potong sawi
Cara-cara:
- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tumis sekejap then masukkan tomato.Kacau
- Masukkan ayam/seafood. Buah tomato tu masak biar hancur.
- Masukkan sos tomato,sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. Kacau
- Masukkan air panas dan kiub ayam knorr. Biarkan mendidih dan pekat sedikit.
- Masukkan daun sup dan batang sawi. Kalau agak kering, tambah air.
- Masukkan mee kuning dan daun sawi.Kalau suka boleh juga buh hirisan cili merah. Kacau.
- SIAPPP!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
gemuk-gemuk mee dia kan...cepat kenyanglah camni..
takder la gemuk mana pun mia, maybe sbb cikgu snap gambar tu dekat2 so nampak ala2 tombam plak mee tu hehe
lain kali masak ntuk akak jugak erk..
wak ingatkan lidi penyapu tadi.., iHHIkks
Kakak tumpang tengok mee yg ala-ala spaghetti ini. Betul juga kalau berkuah mee cepat kembang itu yg buat lembab ye...
sedpnye
kakzakie: kalau terlebih air atau mee berendam dalam air mmg jadi kembang. nak mee jadi lembap, kena buh gak air tapi sikit jer..ala2 melekat kat mee gitu.pastu kena makan terus....kalau dibiarkan jadi la mee lembap yg kering hehehe
kak tini: malu ler nak bagi otai masak memasak makan hasil tangan tukang masak amatur hehe
wak: hahahamboiii haihh....ada ke orang nak makan penyapu lidi wak oii hehehe
nampak cam sedap je..KY suka mee basah...
tak pernah tengoklah mee tu, kalau kat sini, mee lidi adalah..warnanya kuning sebelum buat kena rebus dulu
xpernah makan lagi!
sedap eh? nk try!
MA: lebih kurang sama jer dgn mee kuning
KY: rasa jer sama jer kot dengan mee lidi tu...nama omputihnya stick noodle hehehe
rasanya stick noodle tu ada jual kat kedai cini di sini.. nanti nak cuba cari... menggoda tgk mee kuning tu... kat sini hari-hari makan spagethi jer, sekali sekali boleh jugak berubah selera :)
Tadi nak baca tak sempat .... datang balik kasi setel entri ni...hehe..baru jugak buat mee
uiks sedap plak tgk mee goreng tu..
sy sllu klu nak makan mee goreng basah atau mcm kt atas tu hubby yg masak kan...hehe..dia lagi terer:)
nur : try la ...rasanya mcm mee kuning
okje: sila...sila.....nak datang banyak kali pun takpe hahaha
atie: untungnya asben atie pandai masak:)
sedapnye
Post a Comment