Followers

Friday, January 11, 2013

Restoran Selera Malaysia di Brunei

Assalamualaikum

Breakfast apa pagi ni?? ^_^
Hari ni cikgu breakfast kat rumah jer sebab en suami ada kursus la pulak huhuhu....
Selalu kalau hari minggu macam ni pagi-pagi lagi cikgu keluar berjimba2 satu family.
Hari minggu hari cikgu cuti main masak-masak horrayyyy.........
Tapi kekadang tu mati kutu jugak nak pk makan kat mana.
Biasanya tempat peberet kami breakfast ialah kat sini......

 AMANAH HARITH MALAYSIAN RESTAURANT

 Haaaa jangan tak tauuu, makanan Malaysia pun ada kat sini. Cumanya tak banyak la. Ala kalau datang sini jangan risau lah bab2 makan ni. Masakannya tak jauh beza pun dengan tempat kita. Cumanya setakat ni cikgu belum jumpa nasi kerabu, nasi dagang...................pendek kata masakan pantai timur malaysia payah la nak jumpa. Laksa penang pun ada tapi nak jumpa yg sedap tu agak susah.
Haaa orang kelate yang minat berniaga tu, mai mai la bukak kedai makan kat sini. Ramai jer orang Malaysia yg duk keja sini tau.


Restoran Amanah Harith ni letaknya kat Jerudong. Menu yang best kat sini , bagi cikgu sekeluarga la kan ialah nasi lemak. Memang sedap! Owner kedai ni orang Malaysia dari Johor dan kawin dengan orang Brunei. Kat sini ada gak buffet. Boleh tahan sedap jugak menu2nya. Bak kata orang,kalau datang ke sini memang rasa macam duk Malaysia la hehehe. Cuma pekerjanya ajer orang Filipina dan Indonesia mari ^_^



Restoran ni ada satu lagi cawangan baru di City Square, Berakas. Restoran baru tu lebih besar dan selesa. Maklumlah tempat baru kan kekeke. Restoran ni letaknya luar sikit dari pusat bandar Brunei. Tapi tak jauh mana pun selagi namanya masih dalam Bandar Seri Begawan. Brunei bukannya sebesar mana pun kan. Kalau dari pusat bandar just amik highway ke Jerudong. Kalau stay kat Hotel Empire, memang dah dekat sangatlah. Tapi kena naik kete la jugak hehehe. Kedai ni tepi jalan raya jer. Memang senang nak jumpa, tapi agak susah nak parking sebab tempat parkingnya terhad.
Klik SINI kalau nak tengok google mapnya.

Ehemmm En. Shahdan, silalah belanja cikgu makan free untuk sebulan yer sebab promote restoran ni kih kih kih.

Selain restoran ni, ada satu lagi restoran yang kami suka pi breakfast dan makan petang. Namanya Restoran Aneka Rasa. Lain kali cikgu citer apa bestnya restoran ni yer. Kesian korang nak baca panjang2. Nanti nak blogwalking ke blog lain pulak kan. Sori yer dah membebel pjg di pagi hari hehehe. Bukan apa, just nak share info utk sape2 yg nak mai sini. Nanti senang la cikit nak cari tempat makan best2........
oklah.........byee




7 comments:

Umialya said...

akak suka makanan Johor, matop punya

kurus said...

bestnyaaaaa ;)
hai bilelahh nak sampai nie

yan's cottage said...

Assamualaikum....apa khabar orang brunei....
yan belum sampai sini....insyaallah satu hari nanti sampailah tu....

CeqGu said...

K.tini: akak asal johor ker?

Kak nora: salam ukhuwah kembali kak.....terima kasih sudi singgah hihi sukeeeeeee

K.ieda: mai mai...elok dtg bln 7 sempena hari keputraan sultan.time ni selalunya brunei lip lap lip lap dgn lampu

Yan:waalaikumussalam....eee silap tu,org malaysia baru betul hihihi.....insyaallah akan sampai nanti

zue_ra said...

Nak p brunei la jmpe cegqu..hehe

Si Matatajam said...

Nak berjimba gak kat Brunei..bleh tak CeqGu..hi hi

CeqGu said...

Zuera,m: mai mai jemput dtg berjimba2 kat sini hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...