Followers

Thursday, January 10, 2013

Daging Goreng Kelantan yang Simple dan Lazat

assalamualaikum

Masak aper tuuuuuu??? hik hik hik....
semalam cikgu masak daging goreng, lawan dengan kuah singgang sedap woooo.

close-up cikit hehehe.....


Photo: Daging goreng kelate


Aduh seksa sungguh la haiiii bila laptop tua tu tak sihat. Guna note tak reti pulak camno nak copy paste. Try upload gambo cam biasa, tak mau pulak jadinya. Last2 pinjap mac en suami. Dah tak ingat pulak macam mana nak save gambo atau copy paste. Ada sape2 boleh ajarkan tak, cam mana nak copy paste kat galaxy note. sama tak dengan galaxy tab?  Mencabar kesabaran betul la. Apa pun sila la jamu mata dengan lauk daging gorengku hehehe......peberet cikgu ni.....sedappp sangat! Nak masak punya la simple.....meh meh nak ajar.....


bahan-bahan untuk perapan : daging lembu (orang brunei panggil sapi) + bawang putih kasi lebih. Cikgu suka ketuk dan potong kecik2 bawang putih tu  +  serbuk kunyit  +  garam  +  serbuk perasa kalau suka. Kasi gaul semua bahan2 tu biar depa beramah mesra dalam bekas ^_^.

Perap la 30 minit kalau nak sedap. Lagi lama lagiiii sedap. Biar meresap betul2 dalam daging tu. 
Bila makan akan terasa kesedapan bawang putih tu..........perghhhhh sedappp!

Next step.....



lepas perap, goreng daging tu tanpa minyak. Tujuannya nak keringkan air daging tu. Setengah orang terus gorengkan..........cikgu selalu buat macam ni, nanti daging lagi lembut jadinya. Satu lagi tips nak lagi lembut, kena la pandai potong. Kena pandai tengok urat kata umi cikgu. 
Jangan tunggu sampai daging kering kontang tau. Masa memula goreng tu, air daging keluarkan. 


 
Bila dah start mengering macam dalam gambar kat atas tu, Terus buh minyak masak. Walau pun air dah kering, daging still nampak lembap2. Jgn tunggu sampai daging pun nampak kering. Tak sedap, daging jadi keras.


Lepas tu goreng sampai nampak daging dah masak. Cikgu tak suka terlalu garing, nanti jadi keras jugak. Dah puas hati buh bawang besar banyak2 dan cili. Suka hati ler nak buh cili merah ke hijau ke. 
Gaul2 kejap. 
Dahhh siap. Senangkan......hehehe

15 comments:

Fiza Rahman said...

Sedapnya. Pantang nampak makanan, mesti nak terliur ☺☺

Salam kenal cikgu.

intanfirdaus247 said...

Ceqgu oii..sedapnya…sy suka juga makan daging goreng kunyit…yg resipi ni belum cuba…kadang2 simple n lagi sedap makan kan…mcm daging ni, ada ulam dengan sambal belacan ,lagi terangkat..sedap!!

CeqGu said...

Fiza rahman: sepeseng ler kita hihi

Intan: memang sedap,siap buat ratah lg hihi

Kamsiah yusoff said...

saya kurang mkn daging hehe...tp kalau yg lembut mcm beef stik tu mkn la sikit2...

salam kenal & saya follow sini

Mimie said...

sedapnye dagingggg

QasehnyaRania said...

as-salam..nape tak namakan daging goreng brunei..

@LeenShamsh said...

sedpnyeee niss tgk..dahlah mmg suke makan dahging ;)

p/s: silekan ye nk copy ape2 nis hari tu tnye yg susu tu kan? hehe

Ila Razali said...

mak belajar ni dari mil mak.... mmg sedap. lagi sedap hok ado lemak-lemak..... nyet nyet!!!

nurbijen said...

makanan peberet saya ni... cuma bezanya saya tak perap guna garlic, bahan lain semua sama :)

Oyis said...

ni antara lauk feveret. x dop kuah pon x po, mkn kuah minyak (sungguh x sihat, tp sedap punya psl)

ummiross said...

Pergh!!, terus kecur air liur, simple tapi memang sedap kan..

CeqGu said...

oyis : oo suke jugok rupanya lauk ni....pssstttt memang sedap pun makan dengan minyak daging tu hehe

nurbijen: cer try buh garlic plak hehe

ila: haipppp kata mau diet! lemak sila buang yer

um: thanks ye hehe...

ciksu: sebab asal kejadiannya adalah dari negeri cik siti wan kembang hehe

kak kamsiah: yang ni punlembut jugak kalau kena caranya :)

Arissa MD said...

Fuhhhh.. sedapnyer... terliur lak tgk.. menyelerakan.. tkde lebih ke ? (^__^)

Arissa MD said...

Fuhhhh.. sedapnyer... terliur lak tgk.. menyelerakan.. tkde lebih ke ? (^__^)

Arissa MD said...

Fuhhhh.. sodapnyeeeee.. menyelerakan.. lapar le pulak tgk entry ni.. telan liur jelahhh.. hak3.. (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...