Followers

Tuesday, January 15, 2013

Brownies Chewy Gooey Yummy- Sangat Sedap!!!

Assalamualaikum


Dah lama tak tempek resepi kat blog cikgu ni. Hari tu cikgu ada cerita tentang kesedapan satu brownies yang cikgu baru try. Cikgu tertarik nak cuba sebab terjatuh hati kat namanya. Nak tau apa nama brownies tu??? Ni ha namanya.........................Brownies Chewy Gooey Yummy hehehe. Tak ker terasa cam nak makan jer tengok namanya tu. 

Tengok comment orang yg dah buat brownies ni semua kata SEDAP! cikgu pun buat ler utk nak bawak makan2 kat hotel. Tapi cikgu terlanggar pantang la pulak. Konon2 guna loyang non-stick kalau tak guna alas pun tak per la kot. Pastu malas pulak nak sapu marjerin kat loyang tu. Sudahnya melekat la wehh brownies ni kat loyang. Masa nak keluarkan dari loyang tu, terburai la brownies yg memang sedap ni. Hancur hati tau, tapi terubat sekelip mata bila masuk dalam mulut jer, subhanallah memang la sedap. Lebih sedap dari brownies yg cikgu pernah buat sebelum ni.

Kalau nak tau, brownies ni lagi sedap dimakan keesokan harinya. Seriuss.....texturenya lagi padat dan moist gitu. Sangat la yummy yummy. Tak caya tanya la firas. Makan semulut, syedapp, makan lagi, dapppp, makan lagi, mmmm dappppppp hehehe. Try ler, tak susah mana pun, resepi jer nmpak berjela, tp mudah jer nak buat.



this pic was taken pada hari pertama brownies ni dibuat. The next day texture dia jadi lebih padat dan lembap.

Sumber : kongsiresepi.com

Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 160c.
Sediakan loyang 11"x11" bersama alas dan griskan
boleh jugak guna loyang 10"x10"

Bahan A:
250g butter
400g coklat masakan

Cara A: Double boil hingga cair, dan ketepikan biar suam sedikit.
------------------------------

Bahan B:
6 biji telur - if guna telur gred A, pakai 5 biji jer
340g gula perang - cikgu guna 290gm
2 tsp esen vanila
20g choc emulco/paste (boleh guna 1 tbsp)

Cara B: Buh semua bahan B dalam bekas dan pukul hingga gula hancur dan sebati dgn hand whisk.
Kemudian  masukkan adunan bahan A tadi dan digaul semati oppss sebati ;p

--------------------------------

Bahan C:
80g tepung gandum + 60g serbuk koko }di ayak, 
140g kacang walnut/pecan/almond (ikut citarasa) - bakar sebentar. cikgu just tabur badam kat atas adunan. Next time nak try buh chocolate chips la plak.


Cara C: Gaul kacang bersama campuran tepung dan koko yang telah diayak.
Kemudian masukkan dalam bancuhan A+B tadi dan gaul rata tetapi jangan terlalu lama.
Kena cepat2 skit gaul campuran tepung ni sebabnya kalau coklat dah sejuk, agak susah nak gaul.
So cikgu biarkan ajer bekas coklat cair tu terendam dalam air panas yg kita double boil tu. Api cikgu padamkan.So masa gaul tu tak der la coklat tu cepat sejuk.
Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 160c-170c selama 50minit-1 jam.
Setelah masak, biar brownies dalam acuan hingga sejuk.
Lebih sedap jika disimpan semalaman.
Enak dimakan begitu sahaja atau dituang Chocolate Ganache.
Boleh dihidang bersama aiskrim.-makan saja pun sodapp!

10 comments:

kurus said...

wahh dikk
nak nyebut punn payah nie ...
sure sedapp nie ;)

Umialya said...

biskut melekat pada loyang xder masalah

caranya biarkan biskut tu seketika, agak2 sejuk, layangkan atas dapur gas, api slow jer.. sambil2 tu cuba alihkan biskut, biasanya apabila bah. bwh loyang panas, biskut akan lekang & proses nak ambilkan biskut mudah & tidak pecah

Saya Disini said...

sedpnye tngk..nnti bolh cuba ni klu rjin

IntaNBerliaN said...

alahaiii nmpk sedap... byk jugak bhn yer...

Unknown said...

Macam nk kena cuba jer ni..hehehe.
Yummy!

CeqGu said...

k.ieda: payah nak sebut tu yg jadi sedap hihihi

k.tini:muahhhhh cayang k.tini.thanks 4 da tips...next time akan gina tips akak ni

saya disini,neo lopah: try ler...kot2 bleh buat meniaga pas ni hihi

in a: xbyk manalah ina...kalau byk n susah,gerenti akak xbuat hihihi

Anonymous said...

sedap ni. tp KA dah kena kurang2kan makn huhuhuhu

Unknown said...

wah..sedap nampak...

CeqGu said...

KA : la yer ker, sian KA...semoga dipelihara kesihatan yg berpanjangan aaminn

izan: mmg sodap!

CeqGu said...

neo lopah: try la, sedan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...