Assalamualaikum
Ni plak tips nak hasilkan roti lembut dan gebu. Cikgu dah try ikut terutamanya tips no 6. Memang menjadi tau.......
Jika menggunakan tangan untuk menguli :
1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan
bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi,
hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan
tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah,
suhunye lebih kurang 30darjah.
2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab
teksturnya tidak halus, sbb ros ade pengalaman, kononnye nak jimat, bila
buat ape pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah habis
lembut dan elastik.
3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh
adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah lah,
terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tak boleh
lebih, sebab kandungan garam dlm dua bahan ini akan mematikan yis.
4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya,
ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan
1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih
maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara
selamat lah, tapi kalau confident boleh terus letak je yis kering dlm
adunan.
5. Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur je semua bahan,
tapi kalau ade penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit
menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8 minit
tanpa henti.
6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli tangan, setelah
adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin,
dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa
minit, masa ni boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan
picit-picitkan doh tu selama mane yang anda suke, tapi ros buat lebih
kurang 5-10 minit je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli balik di
dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.
7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai
cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di
sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu suhu yang
agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun
kain bersih, s. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah, apabila kita
tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.
8. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa
minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suke, dan
kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru
dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar.
9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jgn
over perap, nnt liang2 roti jadi besar dah roti takkan gebu, ros dulu
ingat klu perap lagi lama lagi sedap dan roti akan naik elok, tp ros
silap, semua nye kena timing betul-betul. masa perap ni jgn lama, paling
lama pun sejam, yang paling elok hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk
naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.
10. Sebelum bakar, kena glis dulu , mengikut pemerhatian ros,
untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan
telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus
bakar, jangan gliss terlalu awal, nnt rosak permukaan doh tu, make sure
bila nak bakar sahaja baru gliss ya.
11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi ros
selalu guna suhu oven 180darjah lah, bila nampak doh dah perang kt
permukaan nye tu, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi dengan
alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian
tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini
amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.
kalau guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, klu
bakar terus dalam breadmaker selalu nya takde masalah.
sumber : blog jintanmanis
kalau nak tahu tips2 pemilihan bahan yang betul untuk buat roti sila klik SINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Nice tips
datang melawat resepi roti..menceduk ilmu meroti..
Terima kasih sudi kongsi tips. Interesting...
terima kasih atas pencerahan. izin dishare ilnunya.
Nice tips. ..
Thanks y tipsnya berguna sekali. ..
GBU. ...:-)
Post a Comment