Assalamualaikum...
Admin: Kisah Benar Tuanku Sultan membuat kejutan kepada ahli qariah Masjid Mukim
Gunong dengan Tuanku Sultan memandu sendiri kemasjid pada waktu Solat Asar yang kebetulan Tuanku Sultan lalu di Kampung Gunong dari Bachok, Tuanku Sultan tidak memberitahu kepada mana-mana pegawai dan imam masjid tentang kehadirannya untuk solat di masjid tersebut. Imam hanya sedar bila Tuanku Sultan bergegas pergi mengambil wudu' dan pada waktu itu kelihatan pegawai-pegawai Tuanku Sultan dan jawatankuasa masjid keresahan kerana tidak ada persediaan langsung bahkan tidak dihamparkan karpet kuning dan sejadah berwarna kuning kepadanya kerana tidak bersedia. Sungguh, sangat bersederhana Tuanku Sultan dan memahami raut wajah imam yang keresahan, Tuanku Sultan bersalam seolah-olah mahu menenangkan..
semalam en suami tengah duk belek2 muka buku. Tetiba jer dia panggil suh tengok dan baca satu cerita ni. Sungguh tersentuh hati ni. Rasa bertuahnya negeri kelahiran cikgu punya seorang Sultan yang tak sombong macam ni. Wallahua'lam lah kalau cerita ni tak betul. Tapi berdasarkan cerita2 umi cikgu, insyaAllah cikgu rasa ini memang kisah benar.
Ini tak der kaitan dengan cerita politik yer. Tapi ini kisah keperibadian seorang raja yang sangat merendah diri. Tidak meletakkan protokol istana sebagai satu kewajipan. Lihat sajalah pada pakaian seorang yang bergelar Sultan ni. Tak der beza mana pun dengan rakyat jelatakan.
Kenapa cikgu yakin dengan cerita ni? Umi cikgu bekerja di hospital, memang selalu jugaklah nampak Sultan datang. Kata umi kalau sultan datang, staf hospital tak perlu susah2 nak menyambut bagai. Kami rileks saja, tak perlu ribut2 kata umi. Tahu2 Tuanku dah sampai. No kapet2 kuning, no baju2 kot atau batik. Tuanku lebih suka berjubah dan berkopiah putih.
Sultan yang satu ini juga minta rakyat jelatanya menggantikan laungan Daulat Tuanku di tukar kepada Allahuakbar. coppss ini juga bukan politik, tapi Tuanku lebih memandang kepada Kebesaran Allah melebihi pangkat dan darjat seorang manusia bergelar raja.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi Sultan Kelantan. Moga Tuanku kekal memerintah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
moral: kalau seorang raja boleh merendah diri sebegini, kita yg baru ada sebiji kete kenapa perlu menyombong tak bertempat...yer tak?? ^_^
25 comments:
contoh yang baik....moga menjadi ikutan sultan2 yang lain....kerana kita semua hamba Allah....semoga sultan lebih mesra rakyat....
akakpun bangga jugak walaupun sudah merantau berbelas tahun dari tanah kelahiran, klate tetap dihati..
memng berjiwa rakyat
akak pun admire dengan kerendahan hati sultan kelantan ni. inilah yg betul2 dikatakan sultan berjiwa rakyat kan.. bertuah rakyat kelantan..
sultan kesayangan rakyat kelate termasuk me :) syukur sgt2 :) :) rasanya satu2nya sultan yg humble kat msia ni..
muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.., amin ya robbal alaminnn
Pernah juga baca pasal sultan kelantan yg berjiwa rakyat nih. Pernah tgk gambar dia tgh kebumikan rakyat nya yg meninggal dunia.
ye betul rasanya....
pangkat dan harta hiasan dunia. amal baik jiwa bersih jugak yang berfaedah di bawa ke sana.....
Moga dicontohi.... wajah ensem... hati baik... kelass !!
tak sombong pun..hahahaha boleh?
cerita yg sgt2 memberi kesedaran dan peringatan diri tuk selalu bersederhana walau siapapun kita
Like..
Salam kenal dr kak Nurul.
Klu boleh nak semua sultan2 yg berjiwa rakyatkan...
Memang banyak dah kisah tentabf sultan yang berjiwa rakyat ni, rasanya memang betul orangnya low profile..
Saya pun selalu dengar kisah macam tu... Allahuakbar, bangga jadi rakyat kelate :)
Alhamdulillah.. ciri2 Raja yang di idam2 kan seluruh rakyat jelata..
sungguh2 berkenan dgn cara Sultan ni.. semoga Sultan Kelantan sentiasa dipelihara Allah dan menjadi pemimpin yg dikagumi sentiasa..amin! :)
MasyaAllah, bertuahnya rakyat Kelantan mempunyai sultan yang merendah diri dan mendaulatkan ajaran Islam.
terima kasih semua kerana mendoakan yang baik2 untuk Sultan Kelantan.semoga semua pemimpin di Malaysia pun ikut cara Tuanku.
kak nurul: salam kenalan,terima kasih sudi singgah blog anis...^_^ try terjah blog akak,tapi takder la pulak
Mmg respect dgn sultan kelantan ni...
ooo cikgu org klantan ke...
okje:doakan Tuanku kekal macam ni ye^_^
ina: ho lah, ambo ore kelate yang ada darah mahsuri hehehe....
saye bangge dign sultan kelantan ni!
kembang hidung Tuanku kalau tahu ni
kalaulah semua sultan mencontohi baginda ..betul apa yg baginda buat..yg membezakan kita semua di sisi tuham ialah amalan..bukan pangkat...Allahuakbar
betul tu intan
Post a Comment