Followers

Wednesday, January 9, 2013

Kerja Cikgu Di Brunei

Assalamualaikum....

Haihhh cepat betul masa berlalu yer. Rasa cam baru jer sambut tahun baru. Sedar tak sedar, tahun 2013 dah nak masuk 2 minggu. Pejam celik pejam celik nanti dah masuk bulan 6. Maka bermulalah semula rutin 2 tahun lepas. Serba serbi mengejar masa, dikejar dan terkejar kejar huhuhu

Dah lama tak merempit macam ni pi sekolah pagi2

Bersiap2 seawal pagi dengan baju kurung, kasut bertumit bukan high heel . dan tak lupa tag nama pengenalan diri. Tak pakai memang sengaja nahas dicari ! Sebelah bahu menggalas beg tangan berisi pen merah. Sebelah tangan pula bimbit beg berisi buku2. Sebelum jam tujuh, minyak kereta ditekan. Maka bertemu kembali dengan kesibukkan jalanraya dipagi hari.....huwaaaaaaaaa..........opppsssssssssss....


Pagi-pagi pujuk dengan biskut. Akhirnya biskut bersepah atas cadar..........huhuhu

Itu rutin dulu2. Sekarang cikgu dah ada Firas. Sesi pujuk memujuk bangun tido agenda baru. Sudahlah encik suami tiada di sisi haru! Haru! Haru!. Haiii mampu ke nak urus sorang diri niiiiiii........... Sekali lagi nak mintak kawan-kawan doakan cikgu dipermudahkan segala. Mintak2 biarlah kekal di sekolah lama.

Ummu Muhammad dikasihi dan dirahmati Allah :). Cikgu di brunei sekadar kerja menjaga suami dan anak. Guru besar di rumah yang suka main masak-masak. Itulah jawatan tetap dan tak berganjak :) Menjadi guru yg tak berapa rajin untuk Firas seorang. Tak sehebat Ummu Muhammad mendidik anak di rumah, walaupun cikgu seorang guru, tapi malasnya aduhhh ya ampunnn! Kerana itu blogmu bikin hati ini jeles dan kagum dong hehehehe.

Sudah2lah cikgu berpuisi ala tak reti hihihi.......
Jadinya tak dapatlah cikgu nak kongsi pengalaman mengajar di Brunei ni. Ada kerugian yg amat besar di situ. Cuma tahulah serba sikit ttg persekolahan di sini. Kata kawan cikgu yg pernah mengajar di sini, tekanan dan bebanan kerja di sini tak seberat di Malaysia. Wallahua'lam. Waktu persekolahan pula lebih kurang sama jer dengan tempat kita. Cuma yang tak syioknya sekolah cuti pada hari Jumaat dan Ahad. Maknanya hari Sabtu kena pi mengajar lah. Susah nak plan balik kg kalau cutinya macam tu. Kerana itulah jadi alasan utama malas nak keja kat sini hehehehe. Tapi tu sekadar sekolah kerajaan. Kat sini banyak jugak sekolah swasta dan jugak international school. Salah satu yg glamer ialah Jerudong International School. Firas tak sempat tuntut ilmu kat situ nampaknya. Nak masuk sekolah ni kalau tak silap kena amik test.

Jerudong International School -ehsan google

Sekolah Agama di Brunei- ehsan google

Silibus kat sini banyak ikut singpore mari. Sekolah tak besar, tapi berekon. Program pendidikan khas macam cikgu pun ada kat sini. Sekolah agama pun banyak. Kata orang sini, kalau tak lulus sijil agama, jangan harap nak mintak kerja dengan kerajaan. Nanti akan disuruh ambil semula exam agama sampai lah resultnya lulus. Muda mudi kat sini tak jauh beza pun dengan tempat kita. Gaya moden ikut trend. Tapi bila disuruh mengaji, memang boleh dipuji. 
^_^





14 comments:

@LeenShamsh said...

ohooo..memang kate sorang sis tu murabbi die sewe 500 tapi dari depan sampai belakang econ nk tunjukkan betape kayenye brunei ni..jelesssss....!

p/s: cuti sekolah je nis bule wat homeschool menghadap..hari keje sibuk mcm ni..mmg kesian tgk diorang bile kite sendiri pun penat T_T

Umialya said...

fuhhhhhhhh pnjg lebar kena baca pagi2

Aisy Nasiha said...

Negara brunei lebih pendapatan...wajarlah pendidikan lebih selesa.. Jadi awk cuti dah nak habis la ni? Kat sekolah sekarang walaupun baru dua minggu belajar , rasa mcm dh dua bulan....byk betul kerja yg nk dibuat sampai tak terbuat pun...

CeqGu said...

UM: kat sini memang macam tu um. bukan kerana kemewahan sgt tp kat sini letriknya tak mahal macam tempat kita. pernah jugak cikgu tanya kenapa kat sini pakai ekon, diaorang plak macam pelik dgn soalan anis tu hehe. katanya keluar dari perut dah hidup dalam ekon hehehe

kak tini: hahaha..........kak tiniiiii!!!!! itu namanya latihan membaca dipagi hari hehehe

CeqGu said...

aisy: betul tu....eh aisy cikgu jugak yer ^_^ tu lah bila dengar cerita kawan2, rasa kecut perut nak balik mengajar semula

QasehnyaRania said...

ketat juga peraturan sekolah agama tu.tp bagus.baru berusaha lebih kan ;D

semoga dipermudahkan semuanya ;D

Unknown said...

salam . sy nak kerja di brunei sbgai guru . mcm mana nak apply ye

CeqGu said...

saya kurang pasti plak mcmana cara nak apply...mungkin salah satu cara hantar cv ke sekolah. tp kalau sekolah kerajaan agak susah skit sbb krjn brunei skrg ni lbih nak amik rakyat sendiri.

aiko said...

Interesthing

aiko said...

Interesthing

aiko said...

hai, nice to hear u story.
How long you have been there as a teacher?

Unknown said...

saya pun berniat berhjrah ke brunei mencari rezeki..bukan Negara sendiri tak bagus,cuma mencari pengalaman.saya guru pendidikan Islam.Sekolah swasta mungkin mudah utk org luar apply..CV tu ape ye?

Unknown said...

saya pun berniat berhjrah ke brunei mencari rezeki..bukan Negara sendiri tak bagus,cuma mencari pengalaman.saya guru pendidikan Islam.Sekolah swasta mungkin mudah utk org luar apply..CV tu ape ye?

AzYatt said...

Sayapon br nk ty mcmane nk kerja cikgu di brunei.....kalau hantar resume kepada siapa?gaji kat sane , camane?.....saje je nak tanye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...