Followers

Monday, January 14, 2013

Cara Mudah Nak Dapatkan Sebuah Mahligai

Assalamualaikum....

Semoga di pagi ini Allah kurniakan berkat dan rahmatNya kepada kita semua.....

Pagi tadi lepas subuh, cikgu dengar tazkirah di TV3 tentang Kebersihan. Coppss wahh tak sangka kat Kuala Belait ni ada TV3 kekekeke. Kat Bandar mmg tak der siaran TV3. 

Ok sambung balik tentang tazkirah tu.....
Kata ustaz, sewaktu nabi s.a.w naik ke langit, baginda nampak ada satu mahligai kat dalam syurga tau. Nak tahu tak milik siapa mahligai tu? Mahligai tu sebenarnya adalah kepunyaan Bilal bin Rabah.

Teringin gak cikgu nak tahu macam mana Bilal memiliki mahligai kat dalam syurga. Rupa-rupanya kerana beliau sentiasa pastikan dirinya dalam keadaan bersih dan berwudhu.

Kata ustaz lagi,  sila JANGAN AMALKAN KENCING BERDIRI kerana air kencing biasanya akan terpercik kembali pada pakaian. Cikgu tak tau la kat tempat kita ni ramai ke tak orang yg kencing berdiri. Tapi kat dalam toilet lelaki memang ada tempat kencing berdiri.

Yang perempuan pulak, kalau guna tandas cangkung, seelok2nya lipat hujung seluar tu tinggi2. Kekadang boleh terpercik jugak tau.

So isteri2, ibu2 jom kita pakat ingatkan suami dan anak2 kita supaya elak dari kencing berdiri. Latih anak2 dari sejak kecil supaya tidak berdiri sewaktu buang air kecik. Benda ni nampak remeh tp impaknya besar. contoh la kan, anak lelaki kita kencing berdiri dan tak sedar setitik air kencing terpercik ke seluarnya. kemudian dia nak dirikan solat, dia berwudhuk dan sembahyang. Alangkah ruginya wudhuk dan solat anak kita tu . Kerana najis yg setitik tu wudhuk dan solat anak kita tu x sah huhuhu. Lepas ni cikgu pun insyaAllah nak latih firas supaya duduk bila buang air.......

wallahua'lam

9 comments:

Umialya said...

tk atas info ini

Fiza Rahman said...

Thanks for the info cikgu.

RedRose said...

yup, kencing berdiri mmg merata la perginya urine tu nanti. tapi kalau kat shopping complex tu semua...mangkuk tandas tinggi2, sure akan terpercik. tu yg kdg2 prepare wet tissue awal2 so boleh guna tandas duduk.

intanfirdaus247 said...

Salam ceqgu…wah ada siaran best tu..hhehe..tazkirah yang bagus ni .better lelaki pon patut duk dalam toilet cangkung ..kan

zue_ra said...

good info..tengkiu..

Anonymous said...

tq berkongsi ilmu ye

CeqGu said...

Sama2, sambil bercerita sambil berdakwah cewahhh.....dakwah kecil kecilan jer, utk panduan diri sendiri jugak.

Intan: memang pon. Yg kencing berdiri tu belum tentu basuh tau.....rasa2 mcm xder paip air jer...wallahua'lam sbb tak pernah masuk toilet lelaki huhu

Mamazafisya said...

Tq for sharing si manis hehe

CeqGu said...

rafidah husain: hihihi sama2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...