Followers

Tuesday, January 22, 2013

Kek Pisang Berchocolate Chips


Assalamualaikum...

Ini ler resepi kek pisang yg cikgu kata sedap tu. Amik resepi ni dari Che Mat Gebu yg femes tu. Resepi dia selalunya tak merobek hati la. Nama asal kek ni kek pisang chocolate urai ke kalau tak silap. Tapi cikgu tak der stock chocolate rice tu so ganti la dengan chocolate chips. Maka seperti biasa, nama pun ejas la skit. Bahan2 yg lain tetap asli. Sedap tau. Cuma kalau guna chocolate chips ni, sukatan gula elok kurangkan skit, sebab chocolate chips tu dah ada rasa manis, pisang pun manis jugak.

Kenapa kek ni lain dari kek pisang biasa ? 
Sebabnya ada hirisan pisang yg tak dilenyek dalam kek ni. Bila makan pergghhhh memang menusuk lidah lah hehe. Nak2 ada plak rasa coklat....huihhh.....sedap! Pastu rasa lemak2 manis gitu sebab adanya susu segar dalam bahan nak buat kek ni.....



udah ler kualiti gambar kurang elok, bentuk kek plak tak berapa nak cantik sebab loyang yg cikgu guna tu berlekuk2 tang tepi....


lembap dan lembut jer texture kek ni......harus cuba kalau tak percaya hehehe


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek - che mat guna tepung naik sendiri, cikgu pun guna tpg ni jugak
1/4 camca teh soda bicarbonat - disatukan dan diayak
100 gram gula perang - resipi asal 150 gram gula kastor
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus - cikgu tak de alat timbang,so guna dlm 3 biji pisang
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice) - cikgu tak der stock, ganti dengan coklat chips
1/3 cawan pisang yang didadu besar - cikgu guna sebiji pisang
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - cikgu guna kacang almond

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

~Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata

~Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.

~Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. 

Tadaaaa dah siappp.....


Komen juri segak bergaya : dia lebih suka kek pisang biasa
komen juri tak berganjak : belasah jer apa mama masak hahaha....
komen tukang masa : sedappppppppppppp !!



17 comments:

Umialya said...

biasanya akak abaikan soda bikab sbb rasanya tak sedap..

CeqGu said...

next time bleh try tak buh plak...thanks kak...ni yg best ada kenalan terror masak hihi

Unknown said...

memang nampak sedap...saya xpandai masak..leh bg hubby tgk resepi hahah...mengakulah kan xpandai...


ya betollah cam kat blog iizan nie..

Yong Is My Name said...

Best best
All time favourite = kek pisang
Sedap n jelita ngan pisang kat atas tu cheqgu!

IntaNBerliaN said...

alahaiiii sedap plak nmpk... lnkali harus try ni

Umialya said...

umialeeya@gmail.com

Cikgu Anis nak kasi adiah ke?? ahakkkk..

CeqGu said...

kak tini: jeng jeng jengggg

ina: sape tak try....mmg kerugian yg amat bosarr hahaha

kak yong: cuba ler kot2 tersyangkut dengan resepi ni.

Zaila Mohamad said...

aku takleh masuklah blog ceqgu sekarang ni..meleleh ailio ai tau

nurbijen said...

nak cuba jugak.. belum pernah lagi masak kek pisang even dah berkali ambil resepi.. ekekke

Arissa MD said...

Waaaaa, sodapnyer,, firas mesti suka kann... cair di mulut... hihihi

Kasih Salina said...

usah pandang pada rupanya..yang penting sedap di makan bersama famili..

@LeenShamsh said...

ohhh biellah seru dapo nk dtg...

CeqGu said...

kasih salina: betul tu hehe

um:meh sini nak tolong seruu hehe

intanfirdaus247 said...

sedapnya..nampak pisang tu tingat pisang salai..mak rajin buat dulu...x silap mak jemur kat cahaya matahari yang panas lama2..sampai jadi itam...sedap

Mimie said...

boleh try nih

QasehnyaRania said...

selalu buat kek pisang blend je terus.ni ltak anjang2 mcm menarik ye. in shaa ALLAH boleh dicuba

Si Matatajam said...

Sedapnya..teringin plak nak try

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...