Followers

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Yang Tidak Aku Kenali...

Assalamualaikum...


Sejak sekolah dah cuti ni baru la ada kelapangan sikit nak bermadah pujangga lerr sangatttt kat blog CeqGu. Kesiann blog ni...

Pagi ni sebenarnya cikgu rasa terpanggil nak berbicara tentang Allahyarham Ahmad Ammar (aikkkk skema nya ayat cikgu kui kui kui)

Seriusss cikgu langsung tak kenal siapakah gerangan. Gambar arwah banyak betul kat pesbuk. Sampai cikgu jadi tertanya-tanya siapa Ammar ni? Pejuang Palestin ke? Syria ke? Muka macam orang Melayu jer. Kenapa pulak gambar Ammar tengah tido ni asyik di post ke pesbuk cikgu.
Betullll cikgu bukan nak buat lawak, sekali imbas cikgu pk ini gambar orang tengah tido. So cikgu memang tak ambik port kisah arwah ni....

Tenang sungguh wajah arwah Ammar....

Memandangkan kisahnya hingga ke saat ini masih diperkatakan, perasaan ingin tahu tiba2 datang berlumba2. cikgu terus klik video kisah Ammar, baca tulisan demi tulisan di internet n barulah tahu siapakah anak muda yang bertuah ni. Cikgu yakin bukan cikgu sorang saja yg tak kenal Ammar.....harumnya nama Ammar bila arwah dah tak ada bersama kita. Bila tengok video dan baca kisah Ammar tu, air mata otomatik jer mengalir keluar. Bukan kisah sedih pun yg dipaparkan. Cuma kisah perjalanan hidup seorang Ammar yang dipenuhi dengan keazaman yg sangat murni! Cikgu jadi kagum dan mula banci diri sendiri. Ohhh jauh ketinggalan, sangat ketinggalan! Betapa 34 tahun cikgu kerugian yg amat banyak. Dan paling buat cikgu terkejut, anak muda ini baru berusia 20 tahun! Betapa cita-citanya dan keazamannya dalam memperjuangkan islam mengaburi mata cikgu tentang umurnya yg masih muda.

Pantas mata cikgu memandang imam muda yg sedang lena di sisi. Tenang dan mulus wajah imam cikgu saat itu. Terdetik di hati alangkah bahagianya hati mama n ayah jika imam kecik ini suatu hari nanti punya cita-cita dan keazaman yang kuat seperti arwah Ammar.... Terkenang pula pada sahabat karib imam kecik cikgu, Luqman yg rajin mengajak Firas solat. Alangkah bahagianya mama dan umi jika kalian seperti Ammar. Dari kecil hingga hujung hayat, hidup Ammar dipenuhi dengan aktiviti yg murni.

Lihatlah betapa janji Allah itu pasti, sesiapa yg hidupnya sentiasa berjuang di jalan Allah, maka pengakhirannya juga pasti terpelihara! Lihat saja pada arwah Ammar, cikgu yang naif ini hanya mengenali Ammar setelah dia kembali ke rahmatullah. Kebaikannya dan perjuangannya disebut sebut walau pun roh dan jasadnya telah tiada. Bahkah kisah kemalangan yang menjadi punca kematiannya langsung tidak menjadi tajuk utama. Semua orang berlumba-lumba menyebarkan perjuangan dan hasrat murni arwah. Nak tahu kenapa cikgu tulis entry ni? cikgu CEMBURU dan KAGUM dengan Ammar. Semoga entry ni mampu jadi penyuntik semangat buat imam muda cikgu suatu hari nanti....aminnn

Monday, May 20, 2013

Ikan Lutsinar?

Assalamualaikum



Asyik2 tempek kisah lucu jer, pagi ni nak ajak tengok kebesaran Allah pulak. Cikgu amik gambar ni kat pesbuk. Rasa takjub tengok ciptaan Maha Bijaksana ni. Ikan lutsinar yg tak pernah cikgu tengok. korang pernah jumpa tak?
Subhanallah memang tak terjangkau dek akal manusia adanya ciptaan tuhan yg sebegini. Dalam badan yang jernih tu ada tulang2 halus menyokong badan ikan ni. Ada ke manusia yang mampu cipta ikan seperti ni?
Sesungguhnya aku beriman kepadaMu Ya Allah.....DariMu aku datang, dan kepadaMu aku kembali....

P/S : AMIEY LEE, kenapa cikgu tak dapat nak terjah blog awak yer?huhu

Thursday, April 25, 2013

Saya Nak Jadi Pemadam!

Assalamualaikum....

Suka pulak cikgu dengan kata kata ni........ Harapnya ada antara bebelan cikgu kat sini mampu jadi pemadam, menghapus kesedihan kawan2 yg tengah berduka lara............. Senyumlah, senyumlahhhh ....ahaiiii cek mek molek hehehhee

Monday, February 18, 2013

Sweetnya Islam...

Assalamualaikum...

A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

 
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman.



-My Islam Media-


Betapa Islam itu sangat sweeeeetttttttt kan kan kan.... ^_^
Alhamdulillah....


Thursday, January 31, 2013

Cara Pakai Cincin Yang Betul

Assalamualaikum



Pemakaian Cincin Mengikut Islam | “Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.
sumber: harianislam.com

Wednesday, January 30, 2013

Blogger Kena Saman ?

Assalamualaikum



Terbaca kat satu blog tentang saman menyaman blogger ni. Tak tau la cerita ni tahun bila berlakunya.
Saja la nak ingatkan diri sendiri dan kawan2 supaya lebih berhati2 nak hebahkan satu2 cerita terutamanya kisah2 retis ni. Menyebarkan cerita yg kita sendiri tak tahu kesahihannya  dah dikira menyebarkan fitnah tu. Dan fitnah tu lebih teruk dari membunuh...... masyaAllah mintak jauh la kan. Semoga kita lebih prihatin lepas ni. Pendek kata kena pk betul2 apa yg nak dishare dan diluah. Jgn pk traffic semata. Kerana kuasa menulis ni sangatlah hebat. Mata kursor itu lebih tajam dari mata pedang !! Sebaris ayat yg kita tulis, akan ada bermacam komen yg turut menyokong dan menambah asam garam serta ajinomoto sesedap rasa. Padahal tukang komen pun tak tahu menahu hal sebenar hehehehe...... termasukla tukang yg sdg menaip ni hehehehe, sila lah ingat pesanan ini sampai bila2 ye cikgu anis !!.....



"KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya 
Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan. 
Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin. 
Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes. 
Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 
Noorfarashikin mendakwa pada Januari lalu defendan melalui laman web ohbulan menerbitkan satu artikel. 
Beliau berkata, artikel itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia. 
Wanita itu berkata, reputasi peribadi dan profesionalnya rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.   - BERNAMA "



Wednesday, January 16, 2013

Apa Hukum Menghebahkan Keadaan Jenazah Yang Buruk?

Assalamualaikum

Dah breakfast ke pagi2 buta ni?
Kalau belum meh cikgu suapkan satu menu breakfast untuk jiwa dan rohani kita pagi ni.
Menu ni cikgu ambil dari tazkirah pagi di TV3, tak pasti pulak tajuk apa tapi ada kaitan dengan kematian. Cikgu just nak highlight perkara kat bawah ni. Selamat menjamu selera hehehe.....



Kita dituntut untuk pergi ziarah 
keluarga orang yang telah meninggal dunia. 

Kalau jenazah yang kita ziarah tu ada tanda2 yang tak elok 

contohnya mayat berulat atau sebagainya, HARAM ke atas kita 

menghebahkan keadaan buruk jenazah tu pada orang lain. 

Simpan saja dalam hati untuk jadi iktibar dan insaf pada diri sendiri.

Wallahua'lam

Monday, January 14, 2013

Cara Mudah Nak Dapatkan Sebuah Mahligai

Assalamualaikum....

Semoga di pagi ini Allah kurniakan berkat dan rahmatNya kepada kita semua.....

Pagi tadi lepas subuh, cikgu dengar tazkirah di TV3 tentang Kebersihan. Coppss wahh tak sangka kat Kuala Belait ni ada TV3 kekekeke. Kat Bandar mmg tak der siaran TV3. 

Ok sambung balik tentang tazkirah tu.....
Kata ustaz, sewaktu nabi s.a.w naik ke langit, baginda nampak ada satu mahligai kat dalam syurga tau. Nak tahu tak milik siapa mahligai tu? Mahligai tu sebenarnya adalah kepunyaan Bilal bin Rabah.

Teringin gak cikgu nak tahu macam mana Bilal memiliki mahligai kat dalam syurga. Rupa-rupanya kerana beliau sentiasa pastikan dirinya dalam keadaan bersih dan berwudhu.

Kata ustaz lagi,  sila JANGAN AMALKAN KENCING BERDIRI kerana air kencing biasanya akan terpercik kembali pada pakaian. Cikgu tak tau la kat tempat kita ni ramai ke tak orang yg kencing berdiri. Tapi kat dalam toilet lelaki memang ada tempat kencing berdiri.

Yang perempuan pulak, kalau guna tandas cangkung, seelok2nya lipat hujung seluar tu tinggi2. Kekadang boleh terpercik jugak tau.

So isteri2, ibu2 jom kita pakat ingatkan suami dan anak2 kita supaya elak dari kencing berdiri. Latih anak2 dari sejak kecil supaya tidak berdiri sewaktu buang air kecik. Benda ni nampak remeh tp impaknya besar. contoh la kan, anak lelaki kita kencing berdiri dan tak sedar setitik air kencing terpercik ke seluarnya. kemudian dia nak dirikan solat, dia berwudhuk dan sembahyang. Alangkah ruginya wudhuk dan solat anak kita tu . Kerana najis yg setitik tu wudhuk dan solat anak kita tu x sah huhuhu. Lepas ni cikgu pun insyaAllah nak latih firas supaya duduk bila buang air.......

wallahua'lam

Sunday, January 13, 2013

Hukum Membuang Tulang Korban Atau Aqiqah

Assalamualaikum 

credit to http://jutawanternak.com

Pagi ni cikgu nak share tentang hukum membuang tulang korban dan aqiqah yg cikgu sempat tengok di astro oasis.

Kata ustaz, tiada dalil yang menyatakan tulang tersebut perlu ditanam. Walau bagaimana pun, tulang korban atau aqiqah ni sebaik-baiknya DITANAM. Sekiranya ia mendatangkan kesulitan untuk menanam tulang2 itu, maka hendaklah cari penyelesaian lain ikut kemampuan seperti kumpul tulang2 tersebut di satu tempat.

Kenapa disarankan tulang korban dan aqiqah ditanam atau dibuang dengan cara yang baik?

Tulang adalah makanan jin. Maka sebab itu tulang perlu dibuang dengan cara baik sebagai tanda penghormatan kepada makanan.
Wallahua'lam

Subhanallah, Islam itu indah kan kawan-kawan. Sekecil-kecil perkara pun diambil kira.....^_^

Thursday, January 10, 2013

Tunjuk Underwear, Tutup Underware ?

Assalamualaikum.......







Maknanya yg bertutup tu lagi comel, lagi molek, lagi cantik lagi menarik dari yang terbuka kan ? ^_^

Tuesday, January 1, 2013

Tips Mendidik Anak Rajin Solat

Assalamualaikum....

Hari ni cikgu nak share tips didik anak rajin solat. Cikgu rasa tips ni sangat berguna. Sape nak dapat manfaat, kenalah baca sampai habis. ^_^


Soalan :

SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang sangat degil, sukar mendengar kata, gemar melawan saya dan suami serta malas mengerjakan solat. Sudah letih mulut saya dan suami menasihatinya tetapi tidak berjaya. Adakah ustaz mempunyai sebarang petua atau doa yang boleh kami suami isteri amalkan bagi membuka dan melembutkan hatinya supaya mengerjakan perintah Allah.

Ibu Risau,
Kajang

Jawapan :

Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim daripada Amir bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat apabila mereka sudah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya apabila umur mereka sudah sampai 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka

Sebenarnya pendidikan solat perlu dilakukan sejak anak masih kecil. Walaupun kanak-kanak kecil tidak wajib solat sebagai mana hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda: Diangkat kalam daripada tiga orang iaitu: orang yang sedang tidur sehingga dia terjaga dari tidur, dari anak kecil sehingga ia bermimpi (mencapai umur baligh) dan orang gila sehingga dia sembuh kembali, namun hendaklah disuruh mereka bersolat apabila mereka sudah mencapai umur tujuh tahun.

Dan hendaklah mereka diherdik jika tidak mahu mengerjakan solat apabila umur mereka sudah mencapai 10 tahun. Perkara ini dilakukan sebagai latihan supaya selepas mereka baligh, mereka tidak berasa keberatan untuk menunaikan perintah Allah.

Berikut beberapa panduan atau tip yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mendidik anak supaya rajin mengerjakan solat.

1- bagi ibu bapa, sebaiknya-baiknya apabila hendak melakukan solat, lakukanlah di tempat terbuka yang anak mereka dapat menyaksikan perbuatan kedua-dua ibu bapanya. Begitu juga apabila hendak membaca al-Quran, bacalah di tempat anak mereka dapat mendengar dan menyaksikannya.
Jika sedari kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat dan membaca al-Quran, Insya-Allah jiwa anak kecil ini akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan, apalagi dalam soal ibadat dan solat yang menjadi tiang agama.

2-  pastikan anak membesar dan didik dalam suasana keagamaan yang
sempurna
. Berikan bahan bacaan yang baik dan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Begitu juga, pastikan anak itu bersahabat dengan rakan-rakannya yang baik dan beragama supaya mereka membesar dan mempunyai asas agama yang kukuh.

3- dekatkan mereka dengan masjid. Ibu bapa perlu membawa anak solat berjemaah di masjid. Didik mereka supaya sentiasa bersedekah kepada tabung masjid. Tidak ketinggalan, tanamkan dalam diri mereka minat menyertai majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana.

4- didik mereka untuk cinta dan menghormati alim ulama. Perkenalkan dan dekatkan mereka dengan alim ulama. Bawa mereka untuk menziarahi orang alim jika berkesempatan.

5- adalah menjadi kewajipan untuk ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama supaya lebih terurus dan terpandu kiblat agamanya. Di sana mereka akan dididik juga dengan perkara yang kadangkala ibu bapa tidak mampu membentuk dan mengajarnya.

6- bagi ibu bapa sendiri, perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya menjadikan zuriat mereka anak yang soleh. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT apabila diuji dengan kehadiran anak yang bermasalah supaya Tuhan Yang Esa dapat mengubah mereka menjadi insan yang beriman dan taat kepada Allah. Wallahualam

Friday, December 28, 2012

Jawapan Lucu Lagi Menggelikan Hati ^_^



Adehhhh sakit perut cikgu baca jawapan ust azhar ni..................... Paling tak tahan jawapan ust untuk soalan 'Betul ke ustaz kata  pakai tudung tu tak wajib?'..............hadoiiii lawak betul, tapi jawapannya sangat la tepat hehehe...............

Photo: LAWAK USTAZ IDRUS.

doa-doa pilihan : http://ow.ly/f5LiV 
info menarik http://ow.ly/f7o7z
























Terima Seadanya...

















Thursday, December 20, 2012

Kesilapan Dalam Solat Yang Kita Tak Sedar

Assalamualaikum


Malam semalam cikgu tengok program Tanyalah Ustaz kat TV 9 tajuk Kesilapan Dalam Solat. Sayang sungguh waktu bukak tu rancangan tu dah nak habis. Cikgu sempat dengar satu jer kesilapan yang disebut oleh ustaz (lupa pulak namanya). Walau pun hanya sempat dengar satu jer, rasanya sangat perlu di share kan kat sini sebab cikgu yakin ramai di antara kita tak perasan atau tak sedar yg kita mungkin dah buat silap.

Rasanya ramai yg tahu. Tak perlah nak share jugak. Perasan tak dalam bacaan tahiyat ada yang baca 'Saidina Muhammad'. Kalau ada yg baca cenggitu, lepas ni tukarkan sebutan 'Saidina Muhammad' tu kepada 'Sayyidina Muhammad'. Sayyidina tu baru betul sebab perkataan asalnya adalah 'sayyidun' (eceh macam nak ajar bahasa arab plak kikiki)......Saidina tu bukan ker macam nama sejenis permainan?

Nampak cam benda remeh jer kan, tapi kesilapan yg kecik ni boleh menyebabkan solat kita kurang sempurna. Jom pakat2 perbetulkan apa yang terkurang dan tersilap ^_^

Psssssttttt...............result PMR dah kuar kan, sape2 yg anaknya/adiknya/sedara maranya/ dirinya sendiri yg dapat result cemerlang tu cikgu ucapkan alfun mabruk.....tahniahhh. Yang kurang cemerlang pun tahniah jugak sebab kalian dah pun berusaha gigih cuma rezeki je belum menyebelahi kalian. Jgn give up ! Teruskan berusaha..!
Orang yg BERJAYA tu kebanyakkannya bermula dari KEGAGALAN tau.... ^_^

Wednesday, December 19, 2012

Siapa QARIN dan Siapa MAYA KARIN Sebenarnya?

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua, pagi ni cikgu nak share sarapan rohani yang cikgu dengar dari Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, program Tanyalah Ustaz. Di samping tu cikgu tambah sikit dari sumber pembacaan yang lain.

SIAPA QARIN DAN MAYA KARIN SEBENARNYA?



QARIN 





Vs.






MAYA KARIN













Cikgu cite tentang  Qarin dulu lah yer. QARIN ni sebenarnya adalah dari kumpulan JIN sama macam iblis/syaitan/ifrit dsb. Cuma tugasnya menggoda manusia dan juga nabi. Di katakan Qarin ni wujud seiring dengan kelahiran Manusia .  Orang yg  lebih senang mintak tolong dengan jin adalah orang yg berdampingan dengan Qarin. Contohnya kita nak cantik, kita pun mintak tolong dengan jin supaya nampak cantik. Haa tu maknanya orang tu dah buat kawan dengan Qarin lah. Contoh lain plak, kononnya kita nak rumah kita terpelihara dari perbuatan jahat manusia lain, kita pun pi mintak tolong dengan jin, haaaa itu pun sama la jugak bersengkokol dengan Qarin. Macam bomoh yang menurun jadi orang lain dan tetiba jer tau tau jer hasrat kita datang berubat, itu pun dikatakan berdampingan dengan Qarin!

ADA TAK QARIN YG BAIK?
Kalau dah tugasnya memang menggoda dan menghasut, maknanya memang tak der la Qarin yg baik. Allah pun dah kata, Qarin adalah SEJAHAT-JAHAT kawan. So hati-hati, jangan sampai berkawan dengan Qarin plak. Apa2 masalah mintak pertolongan dari Allah atau rujuklah quran dan hadis.




KALAU QARIN TU JIN, ADA TAK JIN ISLAM DAN JIN KAFIR?
Kata ustaz, jin ni dijadikan dari lidah api. Sejak awal dicipta jin adalah jahat. Hinggalah diutuskan nabi Muhammad. Waktu Nabi balik dari taif dan berehat di bawah sepohon pokok. Sambil rehat sambil baca quran. Tiba2 lalu sekumpulan jin ( waktu tu semua jin adalah kafir). Jin terpegun mendengar bacaan nabi (rujuk surah Jin,ayat awal). Lalu jin kata kami dengar sesuatu yg dibaca dan ia sangat menakjubkan. Dipendekkan cerita, jin tersebut terus masuk islam. Bila kembali ke tempatnya, jin tu berdakwah kepada jin2 lain. maka wujudlah jin islam dan jin kafir. Yang kafir itulah syaitan,ifrit,iblis, hantu dsb.


KALAU ADA JIN ISLAM, BOLEH TAK NAK KAWIN DENGAN JIN TU?
Errr ada ke yang teringin? Meh nak tolong habaq. Jawapannya TAK BOLEH. Sebab Allah hanya benarkan setiap makhluk tu berpasang-pasangan dari jenis yang sama. Jin walau pun islam tak boleh kawin dengan manusia sebab ia dari jenis dan alam yg berbeza.

APA BEZA IBLIS DAN QARIN?
Depa berdua tu memang dari jenis yg sama iaitu kumpulan JIN tapi tugas lain-lain. Iblis mmg ada banyak dalam badan manusia dan tugasnya adalah mewas-waskan manusia. Qarin plak tugasnya menggalakkan manusia buat benda yang mungkar.



KENAPA ISLAM LARANG BERKAWAN DGN QARIN?
 Sebenarnya apabila kita berdampingan dengan Qarin, kita diperhambakan oleh jin. If kita nak sesuatu, jin akan mintak macam2 dari kita. Kalau tak bagi mungkin jin akan mengamuk. Maka jadilah kita seperti bertuhankan jin. Memang itu pun yg jin nak. Sebab tu lah Islam melarang kita berdamping dengan jin. 

BOLEHKAH JIN DILIHAT DAN BERKOMUNIKASI DENGAN JIN?
Perbahasan ulamak tauhid mengatakan. manusia dan jin adalah dua kejadian yg berbeza, tak boleh bertemu dan berkomunikasi kecuali berada dalam satu alam (sama ada alam kita atau alam ghaib), contohnya manusia masuk ke alam bunian. manusia tu bleh tengok jin dan kehidupannya. Pd masa yg sama, manusia yg berada di dunia jin tu dianggap hilang kat dunia nyata sehinggalah dia kembali semula ke alam manusia.

SO SIAPA PULAK MAYA KARIN NI? Jeng...jengg....jenggggg

Ada ke yg tak kenal makhluk allah yg bernama Maya Karin ni? Maya Karin ni yg sebenarnya ialahhhhh.............  sape lagi kalau bukan retis Malaysia yg berlakon dalam Ombak Rindu tu ler hehehe. Hak ni tak der kaitan pun dengan Tanyalah Ustaz dan Qarin. Saja suka suka nak buat gempaq. Hohoho................Jangan mareeeee 







Tuesday, December 18, 2012

Bukti Doa Ibu Itu Benar-benar Keramat




Cikgu yakin ramai yang tahu tentang hebatnya doa dan kata-kata seorang ibu. Tapi cikgu nak share jugak kisah yang sangat bermakna ni. Korang baca dan hayati lah yer. Semoga anak kita semua jadi manusia yang baik2 dan berguna pada masyarakat, bangsa dan agama macam dalam cerita kat bawah ni... aaminn




Thursday, December 13, 2012

Kisah Ngeri Di Sebalik Tarian GANGNAM Style

Assalamualaikum....

ehsan google

Huk huk........huk huk , baru plan nak gi cuci mata kat KLCC, anak bujang cikgu tido la pulak. Takperlah, mungkin dia saja nak bagi peluang kat mama dia berbelog kot hehehe.

Hari tu cikgu ada terbaca satu kisah tentang Gangnam Style yg tengah hot sekarang ni. Cikgu baca kat facebook, so tak sure la kesahihan cerita tu. Sumber pun tak ditulis. Apa pun cikgu nak share jugak kat sini. Ada moral yg baik boleh diambil dari kisah ngeri ni. Terpulang la pada individu nak percaya ke tak. Pada cikgu, cikgu memang kurang berkenan la dengan Gangnam Style tu, nak2 kalau orang kita yang menari. Lebih2 lagi perempuan......... ish tak cun lah.

Kisahnya lebih kurang macam ni lah, dikatakan Gangnam style ni berasal dari salah satu daerah di korea yg namanya Gangnam. Kat situ sering diadakan satu pertandingan antara perempuan2 muda, cantik dan seksi. Perempuan2 ni biasanya dari kalangan penganggur dan orang miskin. Jadi untuk nak cepat kaya dan hidup mewah, diaorang sanggup masuk pertandingan ni.


ehsan google

Kata si pencerita tu lagi, yang menganjurkan pertandingan tu adalah orang2 kaya raya dan sangat berpengaruh di Korea. Pertandingan tu memang dasyat dan ngeri. Perempuan2 tu mesti berlawan sesama sendiri untuk menang. Katanya lagi, perempuan2 tu berlumba dengan menaiki kuda ke istana. lepas tu diaorang perlu memanjat pagar/tembok istana yang tinggi untuk sampai ke istana. Kat situ memang ramai lah yang akan mati kerana terjatuh dan sebagainya. Maklumlah masing2 nak menang, tentulah mereka saling berebut kan.  Dan kalau nak tahu peserta2 pertandingan tu wajib pakai seksi2 dengan kasut tumit tinggi. Bayangkanlah, dengan pakaian macam tu nak berkuda, panjat tembok dan berlari2, tentulah tak selamatkan. Dan paling sedih, semua tu sekadar jadi bahan tontonan dan gelak tawa orang2 kaya yg tak der hati perut tu.

Peserta yang berjaya sampai ke istana tu perlu bergelut lagi sekiranya ada peserta lain yg turut sampai ke situ. Kalau tak mati, memang akan cedera tahap teruk. Peserta yang menang plak dijanjikan dengan wang ringgit yg melimpah, rumah mewah dan segala2nya mewah. Itu yg menyebabkan ramai perempuan kat sana sanggup nak join pertandingan tu. Kata pencerita tu la lagi, sebenarnya, peserta yang menang tu tak hidup bahagia pun. Diaorang akhirnya hidup dalam trauma dan dikawal ketat oleh orang2 kaya tu. Tak ubah macam pelacur atau perempuan simpanan kekdahnya.

Dan yang paling sedih, rupa-rupanya adik si pencerita tu turut menjadi salah seorang mangsa pertandingan tu. Kematian adik si pencerita menyebabkan ibunya membunuh diri dan ayahnya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Hidup si pencerita terumbang ambing sehinggalah dia bertemu rakan muslimnya. Akhirnya dia temui ketenangan yg baru setelah memeluk Islam...

Hurmm......kalau benarlah cerita ni, memang sangat ngerilah kan pertandingan di Gangnam tu. Patutlah si pencerita tu marah betul bila orang tanya tentang Gangnam Style yg konon2nya hit giler kat serata dunia  skrg ni. 

Apa pun sebagai iktibarnya terutama utk adik2 pembaca kat blog ni, usahlah kita nak kejar kemewahan dan kekayaan. Semua tu sekadar bersifat sementara. Bahagia sekejap, susahnya mungkin berpanjangan. Biar hidup bersederhana tapi diredhai Allah.... betul tak? :) 

Bye!

Gay Marriage?? Oh Apa Nak Jadi Dengan Dunia Ni....

Assalamualaikum....

Selamat Pagi Semuaaaaa....!!!!
Hari ni cikgu bersiaran di bumi Malaysia, tanah air ku tercinta (ayat patriotik gitu)
Petang semalam selamat tiba kat mesia dan terus check in kat Mandarin Hotel sebab pagi ni en. asben ada meeting kat sini.
Puan bini dia bizi jugak. Bizi update blog keh keh kehhh...

Hurm tadi terbaca kat yahoo tentang gay marriage. Geleng kepala dibuatnya.
Macam-macam perangai betul la manusia sekarang ni. Makin lama, makin menjadi-jadi.
Semua benda yg diluar tabii' tu kalau boleh nak dijadikan benda yg tak salah dalam kehidupan. 
Elok2 tuhan jadikan lelaki dan perempuan, alih2 ada sekelompok manusia yang beriya nak kawin sama sejenis. Berjuang habis-habisan pulak tu. Siap diperdebatkan kat court supaya dibenarkan perkahwinan sejenis ni. Mintak2 tak lulus la....

Eeeee....geliiii!!!
Memang betul la kan, akhir zaman nanti semua benda yang berlaku pada zaman nabi2 akan muncul balik. Mintak jauh la dari berlaku kat ahli keluarga dan keturunan kita semua ye. Semalam pi pekena nasi kandar pelita. Tiba2 mata cikgu ni ternampak perempuan seksi yang cun giler. Giler pun tak cun macam dia! Kulit halus mulus, rupa cute miut, rambut jer berkarat tapi padan la dengan rupa dan gaya. Dada tu tok sah cakap la, terjojol sampai orang pompuan tengok pun akan pandang dua tiga kali. Bila terpandang jer tang peha dan kaki........aihhhhh.....LELAKI rupanya !! Astaghfirullahal azim......
Kesian mak ayah dia kan. Sampai macam tu sekali dia terpesong. Harap2 jangan la ada lelaki2 kat malaysia ni pilih LELAKI jugak sebagai ISTERI....nauzubillahhhhh.....

Cikgu doakan LELAKI yg nak jadi pompuan semalam tu segera diberi hidayah....aminnnnn

Monday, December 10, 2012

Penghijrahan Pierre Andre

Assalamualaikum


Saja nak share......


Kagum Meliha Pierre Andre pabila beliau menceritakan kisah penghijrahannya..... walaupun kawannya kini mula menjauhkan diri darinya, beliau tetap teguh dengn pendiriannya untuk berjuang demi agama islam... beliau kini merancang untuk membuat satu filem bercirikan islamik sepenuhnya dan juga kini beliau mula menulis novel-novel islamik yang bertujuan untuk berdakwah kepada anak-anak muda... semoga Allah memberkati perjuangannya....
Kagum Meliha Pierre Andre apabila beliau menceritakan kisah penghijrahannya..... walaupun kawannya kini mula menjauhkan diri darinya, beliau tetap teguh dengn pendiriannya untuk berjuang demi agama islam... beliau kini merancang untuk membuat satu filem bercirikan islamik sepenuhnya dan juga kini beliau mula menulis novel-novel islamik yang bertujuan untuk berdakwah kepada anak-anak muda... semoga Allah memberkati perjuangannya....

sumber : Majalah I



Alhamdulillah sangat2 kan makin ramai retis kita dah melangkah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah sentiasa tetapkan hati mereka dan hati hati kita semua ke arah jalan yang benar.

Sekarang ni kan bila dengar bunyi kapal terbang kuat kuat atas bumbung rumah, darah mesti berderau semacam. Kalau duk menumbuk sambal, sah sah berenti kejap. Nak tau kenapa? Terbayang2 macam bunyi kapal terbang perang daaaa..............

Aduhhh cikgu gerun la sejak-sejak Israel serang Gaza. Bunuh orang awam termasuk kanak-kanak tanpa perikemanusiaan. Selalu terbayang macam mana la kalau orang serang tempat kita pulak kan ....nauzubillahi min zalik! Amalan hujung kuku jer ni. Syahid belum tentu............. huhuhu. 
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dari bala yang menggerunkan, aaminnnn.....















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...