Followers

Thursday, January 31, 2013

Apa Tu ???

Assalamualaikum......

Boring dah terbaring jer...... 
nak tanya sape2 tahu tak apa dalam gambar ni .......

*


*


*



Klu : Dari kumpulan tumbuhan......

Hehehe...... ada tak sape2 berani teka??  Tak berani nak janji hadiah sebab hutang kak tini dengan um pun belum langsai, tapi kalau ada rezki insyaAllah...... kalau tak der hadiah, kira suka suki main teka teki jer lah yer......... aci tak ? hehhee

Kalau lah...

Assalamalaiku...

Bila badan mula rasa tak sihat seperti biasa.......
Mulalah hati ni tak sabar nak ada pembantu rumah....
Kalaulah sekarang ni ada maid, boleh la layan firas....
Bukan apa, susah hati tak dapat nak fokus pada firas...
tak larat nak ketuk2 kuali dan nak layan mcm2 kehendak si bujang...
tentu firas bosan, mama hanya terbaring lesu...

Sejak balik Ipoh haritu sendi2 jari kaki kanan ni sakit....
dah elok, jari tangan kanan plak yg terasa...
sakitnya tak kuat mana pun tapi tak selesa dan rasa kebas2..
semalam pulak start sakit tekak dan demam.
Hari ni sendi tangan dan kaki sakit semula..

Mohon kawan2 doakan cikgu segera sembuh ya...
Mintak jauhkan cikgu dari sebarang penyakit....

Terima kasih kepada yg sudi mendoakan.....
Semoga kalian juga diberi kesihatan yang berpanjangan....aaminn

Cara Pakai Cincin Yang Betul

Assalamualaikum



Pemakaian Cincin Mengikut Islam | “Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.
sumber: harianislam.com

Wednesday, January 30, 2013

Tips Melancong : Hati-hati Bila Pergi Melancong Ke Sini

Assalamualaikum

Masa dalam flight hari tu kan, cikgu sempat la baca tips2 melancong ke beberapa buah negara dlm majalah 3sixty.
Opsss bukan tips nak ke tempat menarik. Tapi lebih kepada waspada di tempat2 tertentu.Walau pun tips ni lebih byk ttg luar negara, tapi rasanya boleh gak dipraktik waktu melancong kat dalam negara.
Kalau lah ada kawan2 or sanak sedara yg terasa nak ke tempat2 yg cikgu tulis ni, harap2 dapat la berwaspada cikit yer....

Vietnam: 
-Isu Rompak/Pencuri-
Sape2 yg pi sini sebaik2nya tak payah la sewa kete. Kete yang disewakan nombor plat nya lain sikit. So orang tempatan bleh tau la yg bawak kete tu pelancong ke tak. Selalunya pelancong yg sewa kete ni mudah kena rompak. Biasalah tempat diaorang kan,mesti la diaorang tahu pelancong suka pi mana. Nanti diaorang pancitkan tayar ke contohnya pastu pura2 dtg nak tolong. Kita plak bila dah kete bermasalah cepat jer keluar. Akhirnya kena la rompak.

Tips: dinasihatkan kalau nak sewa kete tu sila deal betul2 dengan penyewa. jgn lupa amik no telefon diaorang in case kereta tiba2 ada masalah. Jangan sesekali keluar dari kereta sewa tu. Kalau nak keluar jugak cepat2 kunci kereta tu. Kekadang org yg pura2 datang nak tolong tu sengaja buat kita leka, diam2 kawannya masuk dalam kete dan amik barang berharga.


Tokyo, Japan:
-Sami Palsu-
cikgu dah lupa nama2 tempat yang disebutkan. Maklumlah ai kan lidah melayu huhu. Kalau pi sana pastu ada monk/sami yang tiba2 datang mintak sedekah, korang tak yah la layan. Sebabnya kalau betul2 sami, depa takkan pi mintak sedekah atau mintak apa2 makanan dari orang ramai. Kalau ada jugak yg buat mcm tu, sah sah la sami palsu namanya.

Tips: ignore jer diaorang. 


Filipina, Indonesia dan Malaysia :
-Isu Teksi-
Yang ni plak masalah teksi tak pakai meter. suka la sangat amik kesempatan nak nak kat pelancong asing. 

Tips : sila cari teksi yg pakai meter dan kalau boleh tanya kat hotel jarak tempat yg nak pergi tu jauh ke tak. 

Bangkok :


-Tawaran Pemandu Tuk Tuk dan Jualan Murah-
Hak ni cikgu pun pernah terkena tau. Kat hotel2 selalunya ada jer tuk tuk duk cari pelanggan. rega tuk tuk memang murah. Bayar 20 bath kononnya nak bawak pusing banyak tempat. Bila dah naik dia cakap ada tempat batu permata berkualiti tinggi ler sangat tgh sale. Sale tu hanya utk hari ini jer....tak nak beli cuci mata pun tak per katanya. Kalau korang pi sana tak berniat utk membeli atau tak buat sebarang kaji selidik kedai batu permata yg betul2 bagus, tak payah la pergi walau sales nya 70% sekali pun. cukup ler takat pusing2 dengan tuk tuk tengok keindahan bandar bangkok.

Tips: sila tolak segala bentuk offer nak bawak ke tempat jual batu permata atau kedai2 lain kecuali korang dah mmg tahu tempat tu jual barang baek punya. Selalunya driver tuk tuk ni akan dapat komisyen bila bawak pelanggan ke kedai batu permata tu. Harga batu permata tu bukan murah2 yer. Konon2 kualiti bagus tapi hampeh sebenarnya. Psssttttt cikgu pun dah terkena. Rega cincin ratusan hengget, bila keluar dari kedai jer baru perasan awat cam cikai sangat batu permata yg dibeli tu. Tadi kemain lip lap lip lap.

Kebanyakkan Negara:
-Polis Palsu-
Ada jugak rupanya polis palsu. Bahaya betul. Kalau pi ke tempat asing tetiba ada polis atau sape2 la mintak nak check duit yg kita bawak konon2nya nak bantu kita supaya tak dapat duit palsu, berhati2 la ye. Boleh jadi polis tu hanya palsu semata. Time kita keluarkan dompet, dia akan terus sambar dompet kita tu dan bawak lari.

Tips: Elak dari terus keluarkan dompet. Kalau didesak jugak, ajak polis tu ke balai polis berhampiran dan bg tau korang nak tunjuk duit2 tu kat balai polis. Atau pun korang kelentong jer dah ada polis sahkan duit korang tu tak palsu hohoho

Paris:
-Penyeluk Saku dan Peminta Sedekah-
Yang ni cikgu tambah sendiri. Kalau pi paris, sila berhati2 dengan kumpulan gipsi dan peminta sedekah. Gipsi selalunya akan dtg dekat kita beramai2 cthnya waktu nak cross jln . time2 tu kita tak perasan ada antara gipsi ni akan seluk beg sandang/poket seluar. Diaorang memang sgt pro mencuri. Peminta sedekah pplak,kalau dah bagi sorang, nanti akan datang la yg lain2 plak kerumun nak mintak duit jugak

Tips: sila pakai beg sandang ke depan, bukan di belakang yg selalu kita  pakai tu. kalau letak duit dalam beg sandang, letak kat bawah sekali. Kalau boleh jgn simpan semua duit kat satu tempat.Asing2kan lebih selamat.Yg peminta sedekah tu, ignore jer....lantak la depa nak marah pun.......bukannya kita paham pun hihi

Sedap Sungguh Triple Chocolate Muffin Ni...

Assalamualaikum.....





sape pernah makan Triple Chocolate Muffin macam kat atas ni ???
Seriussss cakap memang sangat SEDAP rasanya. Sesuai sangat2 dengan namanya Triple Chocolate Muffin.
Sekali makan, rasa nak beli lagi. Kat bahagian atas muffin ni ada taburan bar2 coklat gitu.
Bila makan memang terasa ala2 triple chocolate kak-kak Jemah oiii..... mmmmmmmmmmm lazat sungguh !!
Kalau nak tau kat mana cikgu beli sila tengok gambar ni.....

+


+


+



Hehehe....... Cikgu beli dalam flight Air Asia daaaa....
Kedai kat atas udara la pulakkkk. Tak tau lah kat daratan nak cari kat mana muffin sedap ni.
Kalau sape2 jumpa jgn lupa bagi tau cikgu yer.

Lupa nak bagitau, harganya ialah RM7. Dah namanya pun triple kan, harga apa2 barang kat atas udara pun cenggitu la jugak hohohoho. Sekali sekala Kak Jemah teringin nak makan boleh ler. 


Cara Atasi Blog Dijangkiti Atau Kena Malware / Hack

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Kakzakie (pengguna Google Chrome) dah sahkan blog Aisy Nasiha, Mama Zharfan dan KY juga selamat dan tak dijangkiti Malware...

Rasa lega sangat blog ni dah sihat. Ni cikgu nak perturunkan beberapa penawar untuk blog2 yang sakit kerana dijangkiti Malware. Tak tau la manusia mana yg terlebih bijak pi cipta Malware yg tak berguna ni. Dari duk rosakkan blog orang, baik la korang hack kan ajer sistem penjahat2 dunia,agama dan bangsa ! Huhhhh !!

Ni antara cara atasi masalah blog kena atau dijangkiti Malware......

Cara 1 : Kalau tahu blog mana yang pernah diterjah ada Malware sila ikut langkah ni ....

- scan blog korang kat sini  http://onlinelinkscan.com/...... tujuannya nak tengok betul tak ada malware dan nanti bleh compare hasilnya selepas dah nyah malware.

- DELETE segera link blog yg dijangkiti tu dalam blog list korang. Caranya klik terus kat blog list atau klik button Design > Layout >Blog List (atau apa saja nama yg korang letak utk list blog kawan2) > Edit > klik Remove pada blog yang menjadi punca pembawa Malware > Save

- Kemudian scan semula kat sini  http://onlinelinkscan.com/

atau :

1. Log in Blogger - Klik View Profile di Dashboard
2. Scroll sampai bawah dan klik pada button Manage Blogs I Follow
3. Cari blog yang dijangkiti Malware tu
4. Klik Settings pada blog yang korang nak remove dari list dan klik pula Stop Following This Site.

atau :


Confirmkan link dalam blog yang mana ada malware. Go to Dashboard - Other staff - Webmaster Tools - Klik website korang - Diagnostics - Malware

Kalau ada, sila la remove link yang ada Malware tu. Kalau dia kata "Google has not detected any malware on this site" maknanya blog korang tu bersih lah. 


Sila maklumkan kepada tuan punya blog yg dijangkiti tu melalui emel atau apa saja cara supaya dia nyahkan malware tu segera. Nanti x pasal2 lagi banyak blog lain yg kena dan dia pun rugi, traffic akan jatuh merudum sebab orang takut dah nak singgah. Bila dah clean sila la maklum semula kpd kawan2. Korang pun jgn la takut2 nak add semula.


Cara 2 : Kalau tak tahu atau lupa blog mana yang jadi pembawa Malware 

- Memula scan dulu blog korang kat sini :


- bila sudah scan tu, jika masih ada malware, sila rescan balik sehingga korang boleh login blog semula.

- kemudian sila buka EDIT HTML di Template, klik expand widget .

- Ctrl + F dan cari code yang telah di beri warning malware tersebut.

- Delete code  tersebut. 

atau:

uncheck 'icon' kat configure blog list. Caranya bukak dashboard >layout> blog list >edit > klik kotak 'icon' yg bertanda (uncheck)



atau :


- Delete semua link dalam blog list korang dan scan.

Syukur Blog CeqGu FREE MALWARE !!

Assalamualaikum

Alhamdulillah blog terchenta dah pulih seperti sedia kala. Cikgu tak tau la sape yg sempat bukak blog cikgu tadi. Cuma perhatian kepada :

Aisy Nasiha

Mama Zharfan 284

KY

kalau korang terbaca entry  atau ada kawan2 yang kenal tuan punya blog kat atas tu sila bagitau segera pesanan penaja ni, sangat PENTING dan sebagai langkah BERJAGA2 !! :

"sila DELETE blog CeqGu dalam bloglist korang dengan kadar SEGERA !

Pastu sila masukkan semula blog CeqGu dalam bloglist korang dengan kadar SEGERA jugak hahahaha .

Opsss sebelum add balik tu, kalau korang ada Google Chrome, sila google blog CeqGu. Kalau takder apa2 warning memang sah la blog CeqGu dah selamat."

Sesapa yg pakai Google Chrome memang akan dapat warning if blog yg nak dibuka tu ada MALWARE. Maka jom la pakat2 install google chrome muaahahahaha. 

Cikgu dah cuba usahakan sepantas kilat tadi. Mujur ler cikgu selalu check blog di awal pagi.  Dan sekali lagi cikgu nak mintak maaf sebabnya terpaksa dedahkan nama blog yg menjangkiti blog cikgu. Bukan marah atau tak puas hati, tapi utk keselamatan blog kawan2 yang lain.

Semalam cikgu buka blog suteraungu87.blogspot terus keluar warning dijangkiti Malware. Silapnya cikgu tak terus delete link blog tu dalam bloglist cikgu. Kesannya blog cikgu dijangkiti. kiranya cikgu bernasib baik sebab tahu link ni yang jadi puncanya. Jadi setelah bertanya pada en google, penyelesaiannya adalah dengan cara DELETE saja link yang dijangkiti tu dalam bloglist cikgu. Pastu cikgu scan blog CeqGu ni kat sini :


dan hasilnya blog cikgu dah pulih....................alhamdulillah....... ini buktinya yer 




http://arenis.blogspot.com ............. Overall Result : This site is Safe !!!

sebelum cikgu delete link yg ada Malware tu, ovrall result : This site is not Safe !

dan kalau blog cikgu masih tak selamat, cikgu pun tak dapat bukak blog ni di Google Chrome.


Blogger Kena Saman ?

Assalamualaikum



Terbaca kat satu blog tentang saman menyaman blogger ni. Tak tau la cerita ni tahun bila berlakunya.
Saja la nak ingatkan diri sendiri dan kawan2 supaya lebih berhati2 nak hebahkan satu2 cerita terutamanya kisah2 retis ni. Menyebarkan cerita yg kita sendiri tak tahu kesahihannya  dah dikira menyebarkan fitnah tu. Dan fitnah tu lebih teruk dari membunuh...... masyaAllah mintak jauh la kan. Semoga kita lebih prihatin lepas ni. Pendek kata kena pk betul2 apa yg nak dishare dan diluah. Jgn pk traffic semata. Kerana kuasa menulis ni sangatlah hebat. Mata kursor itu lebih tajam dari mata pedang !! Sebaris ayat yg kita tulis, akan ada bermacam komen yg turut menyokong dan menambah asam garam serta ajinomoto sesedap rasa. Padahal tukang komen pun tak tahu menahu hal sebenar hehehehe...... termasukla tukang yg sdg menaip ni hehehehe, sila lah ingat pesanan ini sampai bila2 ye cikgu anis !!.....



"KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya 
Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lalu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan. 
Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin. 
Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes. 
Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. 
Noorfarashikin mendakwa pada Januari lalu defendan melalui laman web ohbulan menerbitkan satu artikel. 
Beliau berkata, artikel itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia. 
Wanita itu berkata, reputasi peribadi dan profesionalnya rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu.   - BERNAMA "



Apa Nak Buat Jika Terkena Merkuri Termometer (Check Suhu Badan) Yang Pecah ?

Assalamualaikum......

Kejap tadi cikgu terbaca kat status kawan di facebook. anaknya terpecahkan termometer klinik yg ada merkuri tu. Err tau tak termometer klinik tu macam mana? Yang doktor selalu guna untuk check suhu badan tu la. Tengok gambar ni......

ni salah satu contoh termometer klinik. Kat hujung bawah termometer tu kan ada merkuri. Kalau merkuri tu pecah tersangatlah BAHAYA walau pun kandungannya sikit saja. Merkuri ni beracun tau. Sekiranya benda yang sama berlaku pada anak kita atau pun kita sendiri, sila ambil langkah2 berikut dengan segera :


1. Suruh anak banyak berkumur-kumur. Periksa mulut sekiranya ada luka. If ada luka kat 

mulut atau badan terus bawa ke hospital/klinik

2. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond atau kipas tutup semua. Biar udara beredar 

semulajadi. 

3. Jangan Vacum tumpahan merkuri tu.(panas sedutan vacum buat merkuri senang 

meruap!) - bahaya!

4. Kalau ada glove guna glove. kutip merkuri tu perlahan2 sbb merkuri ni bila disentuh dia 

pecah-pecah.Lebih baik letak sulphur atas merkuri tu dan kutip perlahan.

5. Letak dalam beg kertas/plastik. ikat atau balut semula. Buang atau tanam lebih selamat.

6. Bawalah anak itu ke hospital untuk pemeriksaan...

7. Pantau kesihatan anak dalam masa 2 minggu. Lihat sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah,

 demam atau lemah -lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki.


Psssssttttt cikgu dulu masa tingkatan satu pernah la curi2 buat eksperimen kat rumah. Senyap2 masuk dalam bilik amik termometer dalam laci. Maklumlah baru lepas belajar sains bab termometer. Terlupa pulak termometer yg kat rumah tu utk check suhu badan. Mana boleh guna utk check suhu air baru mendidih. Elok cikgu letak jer termometer tu, bebuli yg ada merkuri tu pecah. Panik tak hengat la wehhh. Merkuri jatuh merata2 atas lantai. Kerana panik cikgu lupa merkuri tu beracun. Siap kutip dengan tangan lagi tau. Pastu siap belek2 lagi rupa merkuri tu. Bila merkuri jatuh, dia akan jadi bebola kecil. Sebenarnya tak boleh sentuh tanpa lapik. Mujur la tak jadi apa2 kat cikgu....syukur sangat. So tolonglah simpan termometer tu kat tempat selamat dari anak2. Tak pun cakap siang2 kat anak bahayanya merkuri tu. Kalau pecah, jangan kutip atau jangan masukkan dalam mulut. Uiii sangat la bahaya !!

Tips Langsir Cantik : Langsir Kontemporari Pilihan CeqGu

Assalamualaikum....

Balik aritu cikgu duk tenung langsir coklat yg dah makin mereput kat rumah cikgu. Dahla rail nya dipasang rendah. Nampak kurang cun. Maka berangan la cikgu nak ada langsir baru kikiki.....

Moden kontemporari selalu jadi pilihan hati cikgu. cikgu suka hiasan ala2 moden yg nampak kemas dan segar gitu. Kurang suka dengan English Style sebab terlalu byk munge-munge kata en suami. Juri segak bergaya cikgu tu memang anti betul dengan corak munge2 ni. Kalau boleh dari langsir sampai ke cadar corak bunga tu nehi ! nehi ! Moden kontemporari ni nampak macam tak serabut......haiii bila hati dah berkonan apo nak dikato hehehehe. Cikgu ada terbaca, langsir moden kontemporari yg terkini banyak menekankan warna hak striking2 gitu...... adakah seperti dalam gambar kat bawah ni?????



Sekali pandang macam tadika pun yer hehehe............tapikan kalau berani, apa salahnya try buat kaler warna warni cenggini hehehe.....meriah gitu rumah mak jemah hehehe



cikgu suka gak langsir jenis eyelet ni .......senang nak pasang. tak gaduh nak cucuk2 macam yg biasa tu. Last2 sampai langsir tu nak reput baru la ganti dgn yg baru......cikgu tak berani nak guna langsir yg warna dasarnya nak sama dengan kaler dinding. tapi bila tengok rumah jiran cikgu tu cam ok jugak. Nampak rumah  lagi luas gitu..


satu lagi nak nampak ruang sempit lagi luas, buh langsir yg corak jalur mendatar gini. Kalau rumah korang jenis siling rendah, pilih langsir yg corak jalur menegak. Haihhhh dah macam perunding langsir la pulak wakakakaka....


ishhh mata ni kalau nampak warna coklat + cream cenggini mesti hati terpaut.


Hak ni plak sweet sangat warnanya.......mesti juri segak bergaya reject sbb ada kaler pink tu......


cikgu teringin nak buat langsir tinggi macam ni. Ala2 hotel gitu. Dari siling sampai ke lantai dan kepalanya tersembunyi cikit di sebalik plaster siling. Tapi kalau buat jenis ni, langsir memang macam ni jer lah rupanya. Pastu nak pakai eyelet pun tak boleh dah la. Ada tak rumah sape2 yg pakai langsir macam ni? Susah tak nak pasang langsir ni? Nak gak tahu kelebihan dan kekurangan langsir jenis ni.


Atau jenis langsir ni lagi cantik. Tetap pasang setinggi siling tapi tak semunyi di sebalik plaster siling. Yang macam ni bleh la kot nak pakai jenis eyelet kan sbb boleh buh rod.

Ni plak tips yg cikgu amik dari blog husnamn.blogspot.com............. mintak izin share kat sini yer kak. Cikgu nak buat panduan dikemudian hari hehehe....

1)     Tips pilih kain, jangan cari yang keras kejung ye..nanti macam langsir pakai skirt kembang plk kan.

2)     Dapatkan anggaran (at least) tinggi dan lebar tingkap masa pergi survey harga. Ukur sendiri dulu. Kalau dah ada rod atau rail kat tingkap tu lagi senang nak ukur. Untuk yang belum ada, nanti bila diorang datang ukur akan terlebih terkurang sket je. Biasanye lebih la kan. Bila dah ada ukuran, nanti diorang boleh kirakan berapa harga anggaran walaupun tak tepat tapi kita boleh bajet brp nak berhabis untuk langsir. Macam saya dah ada bajet sendiri, so kena cari langsir yang fit that bajet. Kalau mahal reject..terus keluar kedai. Errr..saya senyum jela ckp..’nnti kalau saya confirm saya datang lagi ye.’ Maka confirm saya tak masuk dah kedai tu! Tak sanggup nak berhabisan sampai RM7K-RM8K yang macam Elyza’s quote tu!

3)     Macam saya, saya suka beli warna-warna yang tak di telan zaman (bukan bermusim) dan design yang simple. Sebab langsir ni kita nak pakai lama. Biasa org pakai 5-10 tahun baru tukar kot. Tapi terpulang pada citarasa masing2 dan juga bajet.

4)     Untuk nampak efek siling tinggi, langsir biasanya di pasang lebih daripada tinggi atau hingga paras siling. Tapi masa pilih kain, contohnya kain bidang 110 inci, kalau corak kat kain tu melintang, paling tinggi boleh buat langsir adalah 104 inci, ni dah tolak lipat basi. So, jangan berangan nak langsir sampai siling ye. Kalau nak jugak, pilih kain yang sesuai yang tak kacau corak kain. Kalau kain bidang 110 inci, tak banyak guna kain tapi harga kain jd double dengan harga yang 60 inci.

Tuesday, January 29, 2013

Di Sebalik Mee Goreng Lembap.... Rupanya Ada Ayam

Assalamualaikum...



pagi tadi cikgu goreng mee basah jer. Kalau kat Melaka, sebut mee goreng basah, gerenti berkuah la mee tu.       Kena sebut mee goreng lembap baru ler mee goreng tu dimasak tak kering macam mee mamak.  Cikgu suka resepi mee goreng ni. Amik di My Resepi tapi cikgu dah ubahsuai ikut selera juri segak bergaya dan juri taj berganjak.

Asalnya resepi ni utk mee basah yang ada kuah tu. Sedap tau. Tapi kalau buat berkuah nak kena makan segera sbb takut kembang. So cikgu ubah skit jadikan mee goreng lembap. Kalau nak resepi, blh tgk kat bawah entry ni. Kali ni cikgu goreng tak pakai mee kuning biasa tau. Tapi guna stick noodle mcm kat dlm gambar ni.....



cikgu tak sure kat malaysia ada ke tak mee ni.......... yg ni sebenarnya produk singapore. Tapi ada jual kat brunei. Bila dah rebus, rupa mee ni sebijik rupa mee kuning.... Ni rupa stick noodle yg dah selamat digoreng.



Tadaaaa....................rasanya saling tak tumpah dengan mee kuning biasa tu.......Pssttttt sengaja tabur cili hijau sbb nak cover mee gorenng tanpa sayur.....stok sayur dah abishhhh........cikgu selalu guna resepi ni sbb juri segak bergaya suka yg amat. Nanti cepat jer ibu jari si juri segak ni tegak berdiri, thumbs up ler tu hihihi



RESEPI MEE GORENG BASAH/LEMBAP ALA CEQGU.....

600g mee kuning
ayam/seafood/daging
3 ulas bwg putih - tumbuk pecah. kekadang cikgu buh 1 labu. Sedap dan wangiii gitu
sebiji tomato - belah 6
1 sudu besar pes lada kering/cili boh
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar sos tomato - xbuh pun tak per
1/2 sudu besar kicap pekat
kicap manis sesedap rasa
1 cawan air panas- kalau nak berkuah, buh 3 cawan air panas, sukatan bhn lain tetap sama.
1 kiub ayam knorr - tak buh pun tak per
sawi
garam, gula
daun sup - cikgu potong kasar mcm potong sawi

Cara-cara:

- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tumis sekejap then masukkan tomato.Kacau
- Masukkan ayam/seafood. Buah tomato tu masak biar hancur.
- Masukkan sos tomato,sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. Kacau
- Masukkan air panas dan kiub ayam knorr. Biarkan mendidih dan pekat sedikit.
- Masukkan daun sup dan batang sawi. Kalau agak kering, tambah air.
- Masukkan mee kuning dan daun sawi.Kalau suka boleh juga buh hirisan cili merah. Kacau.
- SIAPPP!!!










Siapa Pernah Makan Stick Noodle ?

Assalamualaikum.....

Haaa pernah dengar tak stick noodle ? cikgu pestaim kenal stick noodle ni. Al kisahnya semalam elok jejak kaki jer ke brunei, cikgu singgah cari bahan masak2 sikit. Maklumlah kat dalam peti dan gobok tu dah kurang stoknya. Teringat plak nak goreng mee untuk buat breakfast. Cari punya cari mee kuning yg biasa duk beli tu, tak dak la pulak. 

Tuan kedai pun suggest stick noodle ni. Erkkk ada tulisan cina la pulak !



Terus rasa nak cancel. Tup tup nampak logo halal kat bawah ni. Haaa tok sah pelik la logo tu tak macam logo halal yg biasa kita tengok. Memang lain la sebab ini produk singapore dan tanda halal tu pun Singapore mari :) Bila dah yakin, terus sambar dua paket sbb sebungkus mee ni cikgu kira2 dapat la dua orang makan jer.



Bila cikgu pk pk kan, macam bagus jugak beli mee kuning yg kering ni. Boleh simpan lama nak banding dengan yang biasa tu. Rasanya pun lebih kurang jer. Cuma yang leceh skit, nak kena rebus dulu. Ala bukan susah mana pun nak rebus. Just rebus macam spagetti tu jer. Taruk air dan minyak sikit, if nak rasa masin2 skit taruk la garam.


Ini ler rupa stick noodle yang dah direbus selama 4-5 minit tu. Bila dah lembut cepat2 angkat, tos dan curahkan air sejuk (air paip) dan tos sekali lagi. Mana ada susah pun kannn kak2 Jemah sekalian.....hehehe 
Pernah jumpa tak mee kuning kering ni kat Malaysia? Kalau tak der kena borong lebih skit buat balik Malaysia. Mana tahu kot2 ada kak Jemah yang nak beli dengan cikgu hahahaha....

Kesian Dia....

Assalamualaikum....

Kat Brunei tengah hujan lebat ni.....
Anakanda dah lena dibuai mimpi......
Omak nya pulak tak mengantuk lagi sebab siang tadi dah tido...
3 jam si omak dan si anak bujang bantai  tido tadi...ish ish ishhh 
mengalahkan orang melancong ke Europe kekdahnya...
Ala2 jet lag gitu... hihihi

Kesian kat ayah firas la...
Penat drive menempuh jam dari kg pun belum hilang,
terpaksa bangun awal pagi sebab nak balik brunei.
Sampai brunei nak kena pi keja pulak.....
Balik keja terpaksa keluar lagi nak pi sambut VVIP dari malaysia kat airport..
Hurmmm ........ kesiannnnnnnnnnnn

xpa, sat gi u balik ai urut cakar harimau naaa...... jgn tukang urut tido dulu sudah la hak hak hak....

Psssttttttt !!!

Jom pakat tolong VOTE slogan Mama Zharfan ni kat SINI...... best tau slogan dia...... silap aribulan sape yg bertuah dapat hadiah lagi dari Mama Zharfan hihi.....sekali sekala tolong kawan apa salahnya kan.... ^_^

Ragam Pemandu Teksi

Assalamualaikum....


Situasi 1:
Cikgu kan baru jer balik Malaysia. Macam biasa amik teksi kat KLIA. Pakcik ni tak der la ramah sangat. Tapi kerap jugak tanya jalan ke rumah cikgu. Ke kanan ke...... kiri ker. Sekali bila dah sampai kat roundabout area rumah cikgu, dia tak tanya plak nak amik jalan mana. Yang cikgu plak duk sibuk sembang dengan asben. Sekali pakcik main belasah jer jalan kat raoundabout tu. Sib baik cepat perasan, cepat2 suruh dia pusing balik. Kata pakcik tu " dah ko tak bagi tau suh amik simpang tu, aku belasah jer la jalan ni " ...... hahaha amboiii bahasa, comeynya...apo apo la pakcik. Tadi rajin bebenor bertanya. Sori ek pakcik kami pun lupa nak bgtau.

Situasi 2:
Yang ni plak cikgu naik teksi yg suka cilok2. Aduhai rasa nak tercabut jer jantung ni ha. Dah la mencilok tu dekat2 dengan kete depan. Laju plak tu dia bawak. Suami cikgu dah berapa kali nak tegur,cikgu kata sabar dulu. Bukan apa takut nanti karang makin ditekan minyak sebab nak marah kena tegur. Pastu tetiba dia cilok lagi dan hampir2 terlanggar montot trailer yang besar tuuu. Kusssss semangat. Apa lagi terus la kena sound. Terus dah tak cilok, tapi masih bawak laju walau dah ditegur. Kami yg ngantuk pun terus tak leh tido. Gerun punya pasal.

Situasi 3:
Kali ni dari rumah nak ke KLIA. Alhamdulillah kali ni dapat pemandu yg ramah. Katanya dulu keja tourist guide kat Sabah. Pemandu ni bukan setakat ramah tapi tersangat la berhemah. Dah la kami nak kejar masa sebab dah lewat. Sekali dia bawak slow la pulak.... huhuhu. kelam kelibut plak la nak check in huhuhu

Situasi 4:
yang ni citer lama. masa tu cikgu n kawan nak pi zoo negara. Dah terbiasa sebelum naik tanya dulu berapa tambangnya dan pakai meter tak. Elok dah masuk dalam teksi tu, tak pasal2 cikgu kena dengar ceramah driver tu. Marah betul dia sebab cikgu tanya tambang. Dia kata kerana pertanyaan yg macam tu la ramai driver teksi tak suka pakai meter. Pulak dahh..... ceq jugak yg salah....hurmmm report karang baru tau.

Ni just pengalaman cikgu. Apa pun masih ramai driver taxi kat malaysia yang masih berhemah dan sopan. Penuh dengan info2 yang berguna bila menyembang. Budi bahasa pun elok. Haaa yang macam ni la cikgu respect. Macam dalam situasi 3 tu, driver taxi tu tersangat la berbudi bahasa orangnya. Cumanya kalau nak cepat, agak resah gak la hati ni hehehe

Selamat Akhirnya

Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya kami selamat jejak kaki semula ke bumi Brunei. 
Huhuhu tak puas lagi rasanya nak lepak2 kat rumah sendiri.
Memang sangat lah semput masa yang ada.
Sampaikan janji cikgu kat ummu muhammad dan umi alya (errr bila plak janji dengan umi alya hihi) tak dapat jugak ditunaikan.
Baru teringat kat malaysia cuti thaipusam, pejabat pos tutup daaaa
Sori yer, cikgu usahakan dilain waktu pulak yer..........harap bersabar dan jgn mareeee

Balik kali ni kami naik Air Asia. Flight jam 6.45 pg. 
Amik flight paling awal sebab en suami keja hari ni. Kesian sungguh.
Dah la penat drive dari ipoh ke shah alam semalam belum hilang. Jam wooo sepanjang highway.
Sampai kat rumah dah 10.30 malam. 
Nak kena bangun pulak pukul 3.30 pagi sebab nak bertolak ke LCCT pukul 4 pg huhuhu.
Tak sangka ramai betul manusia di pagi buta kat LCCT tu.
Siap ada yg berselimut bagai ala2 popia kat atas lantai. Kesian plak tengok.

Sebagai kenang-kenangan utk kesekian kali....cewahhh
cikgu abadikan bumi brunei dari udara plak....
pssstttt depa pesan dah suh off kan segala mak nenek alat elektronik.
cikgu ja buat2 degil hihihi.........
Haaa jangan sesapa berani tiru tau. Ini special case punya.
Cikgu ja yang boleh buat, anak murid NO! NO! NO!.....paham semuaaaaaa???? kekekeke



Tak sure ni Miri ke Brunei. Miri dengan Brunei dekat sesangat.


Ni memang sah sah brunei sebab dah tak jauh dari airport 



Masih tertanya2 sungai ke tasik tu.....



Kata firas gambar pompuan yg tengah letak beg tu Mama, lelaki yg duk pakai jaket tu Ayah dan gambar baby tu Firas hehehe....... hurmm nampaknya Firas dah bleh bezakan lelaki dan perempuan, orang dewasa dan kanak2. Abang dan kakak pun dia dah boleh bezakan..... alhamdulillah dah makin besar anak mama ni :)

Monday, January 28, 2013

Tips Gantung Gambar atau Lukisan Di Dinding Rumah

assalamualaikum


Masih dalam mood nak deco-deco rumah. Terjumpa tips ni.....

  • Pastikan anda menyesuaikan gambar atau hiasan dengan latar dinding. Pilihlah gambar yang sesuai digandingkan dengan skima warna ruang atau tema dekorasi yang diingini. Jika memilih rona gelap pada dinding, pilihan terbaik ialah gambar atau lukisan daripada nada cerah.


  • Perkara utama yang harus difikirkan ialah setinggi mana gambar itu harus digantung. Untuk mendapatkan sesebuah ruang itu kelihatan cantik dan menarik pastikan anda meletakkan bingkai gambar atau lukisan pada paras penglihatan mata.





  • Pilihan perabot sama ada bergaya moden mahupun tradisional juga harus diambil kira supaya dapat menggambarkan keseimbangan lukisan atau gambar yang digantung. Pastikan saiz lukisan tidak melebihi 70 peratus kelebaran daripada perabot di ruang itu.





  • Gambar atau lukisan bersaiz besar cukup menjelaskan segala-galanya. Cara ini membantu ruang tidak dipenuhi dengan bingkai gambar atau hiasan yang menyerabutkan. Kehadiran gambar atau hiasan bersaiz besar sebenarnya menjadi titik tumpu sesebuah ruang.





  • Jika ingin menampilkan ketinggian dinding, gunakan susunan bingkai secara vertikal untuk koleksi gambar anda. 







  • Susunan secara horizontal pula menekankan kelebaran dinding.


  • *** Ni cikgu tolong promote. Tuan punya lukisan tu tak suruh pun hihihi. Tapi sbg tanda terima kasih sebab share tips yg berguna ni, cikgu share kan maklumat berikut kot2 la ada yg berkenan ....

    Kepada yang berminat boleh membuat tempahan/pertanyaan dengan 

    menghantar e-mail ke  luna_sharif@yahoo.com atau sms ke 019-426 5525. 

    Atau search di facebook 'Uniq Deco" untuk melihat katalog penuh. 


    Thursday, January 24, 2013

    Sambutan Maulidur Rasul di Brunei

    Assalamualaikum

    Ni ler rupa sambutan Maulidur Rasul kat Brunei......cikgu tak pi pun. Just amik gambo dalam tv utk tatapan kawan2 dan sanak sedara di Malaysia dan luar Malaysia hehehe
    Selebihnya utk cikgu sekeluarga buat kenang-kenangan bila dah balik Malaysia....sob sob sob

    Perarakan yang diketuai oleh Sultan dan anakanda Sultan bermula di sini....





    Ramai kan....




    Jeng jeng jengggg......cer teka siapakah yang memakai baju hitam tu?


    Ini lah jawapannya Sultan Hassanal Bolkiah yang dah berumur lebih 60 tahun.
    Yang sorang lagi tu anakanda sultan yang sulong.
    Masih gagah dan gigih join perarakan sempena maulidur rasul ni.
    Walau bertongkat, baginda Sultan tetap sporting berarak bersama rakyat jelata.....

    Hotel Paling Mewah Di Brunei : The Empire Hotel & Country Club


    Assalamualaikum....

    Pssssttttt rasanya ni entry terakhir utk hari ni......esok tak tau lagi hahahaha

    Kali ni cikgu nak share tentang hotel paling mewah di Brunei. Entry ni nampak mcm pjg tapi tak pun sebenarnya. Ada byk gambar tu pasal nampak cam pjg. Sape tak layan entry ni mmg rugi hehehe.

    Hotel ni bukan setakat mewah tapi sangat la besar dan luas.Kalau tak silap ada lebih kurang 9 buah kolam kat sini. selain tu kat sini jugak ada kelab golf, mini cinema, tempat main bowling, gym,gelanggang badminton,tenis dan macam2 lagilah
    Hotel ni letaknya kat tepi laut, kalau naik flight nak balik ke Malaysia, selalunya boleh nampak kat cermin kapal terbang. Cantik sangat!

    Kalau sape2 nak datang Brunei, kalau tak nak duduk sini pun tak pe, tp jgn lepaskan peluang datang tengok hotel mewah ni. Jangan malu jgn segan, masuk jer. Cakap jer cikgu anis yang suruh datang tengok2 hahahahaha
    Nanti kalau diaorang tanya sape cikgu anis, pepandai la korang jawab kah kah kah....

    Jom tengok betul ke hotel ni mewah......

     Pintu masuk utama. 

    Hotel ni letaknya di Jerudong. Kalau sape2 pernah baca entry cikgu tentang restoran malaysia di Brunei, hotel ni letaknya memang tak jauh dari restoran tu.


    Ini ler mini cinemanya. Keluarga kerabat selalu jugak datang tengok wayang kat sini. Kalau tetiba ada kete mewah park depan2 panggung ni, haaa sah sah la tu ada kaum kerabat yg datang tengok wayang.

    sebelum jumpa panggung wayang ni, korang akan jumpa bangunan kelab di sebelah kiri. Agak ke dalam jugakla. Sesapa yg nak main gym ke badminton ke golf ke bleh ler ke sini.Cikgu suka sangat mandi kat bilik persalinan kelab ni. Ada jakuzi dan sauna lagi hehehe..... 

    Water Fountain kesukaan firas. Mama dia pun suka. Bila dengar air fountain ni kan, terus rasa macam nak tido hehehe. Fountain ni letaknya opposite dengan pintu masuk hotel.

    Ini la pintu masuknya. Otomatik dengan kuasa tangan manusia hehehe. 

    Jeng jeng jeng...... ini antara gambar di sekitar lobby. Ni gambar yg cikgu amik masa 2011.
    Sekarang depa dah tukar dengan sofa lain yg nampak lagi mewah. Lobi ni luas sangat. Kat sini ada kedai kek yang famous dengan kek batik brunei ....

     kek batik yg kaler hijau dan coklat ni hanya ada dihotel empire ni. Kalau tak stay kat hotel ni pun korang boleh pi beli kat situ. Memang glamer abis la kek batik ni hehehe. Kalau ada event apa2, mmg orang selalu order kek batik tu. Rugi sape tak rasa hehehe

    Chandelier dengan batu swarovski (errr main hentam jer ejaan, malas nak google, sori la yer kalau silap)



    Ni level paling bawah.


    Ni tempat breakfast. Makanan boleh tahan sedap dan macam2 ada. Tiles marmar yg digunakan kat hotel ni memang high class punya.


    Haaaa ada gak terselit gambar anak raja yg tengah mogok tak puas hati tak dapat main 'kakalam' (kolam) hehehe


     Ni view sebahagian kawasan hotel. Nampak tak laut yg terbentang luas tu? Kalau malam memang boleh nampak lampu dari atas pelantar minyak. Siang hari pun boleh nampak tau.......sayup2 mata memandang gitu. 


     view hotel dari luar

    gempak tak bangunan hotel ni......memang macam istana kan


    ni antara bangunan bilik hotel yg mengadap view taman dan laut


     
    Bilik hotel. Tilam dia bestttt. Empuk gitu.Bantal plak ala2 tenggelam bila letak kepala hehehe

     Dalam toilet pun guna marmar mahal tau. Siap boleh mengintai lagi time nak jadi badak berendam hihihi

    Jom tengok view kat luar hotel plak......



     salah satu kolam yg selalu jadi tumpuan mat dan minah salleh. Kolam menngadap laut. Sambil berenang, teropong la ikan duyung brunei keh keh keh


     tak jauh dari kolam tadi tu, ada kolam khas utk budak2 mandi sambil berjimba2. 

     kolam ni plak bersambung dengan kolam yg memula tadi. kat sini korang bleh berkayak.


     ni view kolam dari pandangan atas

    Kalau korang nak stay sini, sila jgn amik yang bangunan sea view. Sangat tak cantik biliknya. viewnya pun sekadar lagun jer. tak menarik langsung. cikgu lupa dah apa nama bangunan hotel yg siap ada kolam tu. yg tu                              
    siap ada kolam cetek utk budak dan kolam dalam utk dewasa. Memang dekat dengan bilik. Tu yg cikgu suka tu. Cumanya jauh skit dari lobby dan harga pun mahal la skit.

    Haaa duk gebang2 tentang hotel ni, tak nak tau ke berapa reganya? hehehe
    kalau tak silap cikgu harga penginapan untuk satu malam bagi bilik paling murah ialah $180-$200 ++  (brunei dollar.....utk RM sila darabkan dengan 2 . 4 hehehe)
    Tapi kalau nak tau harga lebih tepat boleh check SINI



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...