Followers

Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts
Showing posts with label Tutorial Blog. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Cara Letak Kod HTML di Entri atau Post

Assalamualaikum...

Ingat tak hari tu cikgu share cara nak Disable Right Click. Jenuh tau duk pk awat la kod HTML tu tak menjelma bila dah publish entry. Aduhh baru cikgu tahu rupanya nak tempek kod HTML kat post/ entri bukan dengan copy paste biasa2 tu. Lepas google sana sini, baru la cikgu tahu kita kena encode kan dulu kod HTML tu then baru la bleh nampak atau keluar kat post yg kita publish. Kalau tak encode dulu , kod2 tu takkan keluar atau menjelma bila korang dah publish. Haiiihhh gitu ler kalau baru nak berjinak2 dengan blog.........dapat la satu ilmu baru.

Jangan sape2 berani nak tanya lebih2 apa maksud encode tu yer hihi.....yg cikgu tahu, encode tu maknanya mengekod, decode tu tidak mengekod hehee. sama dengan menyahkod kot....err tak tahu...tak tahu....kikiki

Jom tengok cara nak tempek kod HTML kat post/entry .....

- copy kod HTML/Javascript dari mana2 blog atau sumber
- klik SINI untuk buka Encode Decode tools

- klik HTML Encoder  macam yang cikgu bulatkan tu.
- Paste kan kod HTML kat ruangan yang disediakan macam kat bawah ni.


- klik button HTML Encode
- Nanti akan keluar satu kod HTML baru yg telah di Encode kat ruangan bawah mcm dalam gambar kat atas tu.
- Copy kod HTML yg baru tu dan paste kat New Post korang.
- Try preview untuk nak tengok keluar tak kod HTML tu
- Kalau keluar, maka ucapkan lah Alhamdulillah.....menjadi la tu hehehhe

Wednesday, February 13, 2013

Cara Nak Lindungi Gambar dan Hasil Tulisan di Blog | Disable Right-Click

Assalamualaikum.

Pagi tadi kawan cikgu ada tanya macam mana nak lindungi gambar2 yang ada dalam blog. Yerlah kalau kita selalu cerita tentang family, mesti la kita tempek gambar family kan. Takkan nak tempek gambar lesung batu plak hohoho.

Bila dah gambar family tu, tentu la kalau boleh kita tak nak orang copy sesuka hati. Yerlah, manusia ni ada yg niatnya murni macam minyak masak cap murni, ada gak yang tak berapa nak murni. Haaa yang tu risau banyakkk. Maklumlah dengan gambar ajer macam2 orang boleh buatkan. So hari ni cikgu nak share la cara nak lindungi gambar dan jugak hasil tulisan kat blog. Caranya ialah dengan disable right-click. Biarlah dah ramai yg tahu, selain share, cikgu nak simpan kot2 lupa cara nak disable right-click ni. Ada baik buruknya disable right-click ni.....nak nak kalau orang nak salin resepi, agak menyampah gak la kan nak copy tapi tak boleh. Sebab tu cikgu kejap enable kejap disable....haihhh susah jugak.

Ok cara-caranya ialah....

- Copy code ni dulu :

<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="Masukkan Mesej Anda Disini";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>

- Lepas tu buka Design > Layout > Add A Gadget > Cari HTML/JavaScript

- Nanti akan keluar satu kotak Configure HTML/JavaScript. Kemudian paste code tadi kat ruangan content. Title cikgu biarkan kosong jer.

- pada baris var message tu buh la ayat jiwang karat ker ayat hangin satu badan ke. Nanti bila orang right-click ayat tu ler yg akan keluar. Cer try test right click kat mana2 blog cikgu ni kalau nak tengok contoh. 

-Akhir sekali Save.

Psssttt.....sesetengah readers tak suka blog yg ada fungsi ni tau......so kalau tetiba rasa cam nak enable kan semula right-click..... just click remove kat kotak yang kita paste code tadi.

Wednesday, January 30, 2013

Cara Atasi Blog Dijangkiti Atau Kena Malware / Hack

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Kakzakie (pengguna Google Chrome) dah sahkan blog Aisy Nasiha, Mama Zharfan dan KY juga selamat dan tak dijangkiti Malware...

Rasa lega sangat blog ni dah sihat. Ni cikgu nak perturunkan beberapa penawar untuk blog2 yang sakit kerana dijangkiti Malware. Tak tau la manusia mana yg terlebih bijak pi cipta Malware yg tak berguna ni. Dari duk rosakkan blog orang, baik la korang hack kan ajer sistem penjahat2 dunia,agama dan bangsa ! Huhhhh !!

Ni antara cara atasi masalah blog kena atau dijangkiti Malware......

Cara 1 : Kalau tahu blog mana yang pernah diterjah ada Malware sila ikut langkah ni ....

- scan blog korang kat sini  http://onlinelinkscan.com/...... tujuannya nak tengok betul tak ada malware dan nanti bleh compare hasilnya selepas dah nyah malware.

- DELETE segera link blog yg dijangkiti tu dalam blog list korang. Caranya klik terus kat blog list atau klik button Design > Layout >Blog List (atau apa saja nama yg korang letak utk list blog kawan2) > Edit > klik Remove pada blog yang menjadi punca pembawa Malware > Save

- Kemudian scan semula kat sini  http://onlinelinkscan.com/

atau :

1. Log in Blogger - Klik View Profile di Dashboard
2. Scroll sampai bawah dan klik pada button Manage Blogs I Follow
3. Cari blog yang dijangkiti Malware tu
4. Klik Settings pada blog yang korang nak remove dari list dan klik pula Stop Following This Site.

atau :


Confirmkan link dalam blog yang mana ada malware. Go to Dashboard - Other staff - Webmaster Tools - Klik website korang - Diagnostics - Malware

Kalau ada, sila la remove link yang ada Malware tu. Kalau dia kata "Google has not detected any malware on this site" maknanya blog korang tu bersih lah. 


Sila maklumkan kepada tuan punya blog yg dijangkiti tu melalui emel atau apa saja cara supaya dia nyahkan malware tu segera. Nanti x pasal2 lagi banyak blog lain yg kena dan dia pun rugi, traffic akan jatuh merudum sebab orang takut dah nak singgah. Bila dah clean sila la maklum semula kpd kawan2. Korang pun jgn la takut2 nak add semula.


Cara 2 : Kalau tak tahu atau lupa blog mana yang jadi pembawa Malware 

- Memula scan dulu blog korang kat sini :


- bila sudah scan tu, jika masih ada malware, sila rescan balik sehingga korang boleh login blog semula.

- kemudian sila buka EDIT HTML di Template, klik expand widget .

- Ctrl + F dan cari code yang telah di beri warning malware tersebut.

- Delete code  tersebut. 

atau:

uncheck 'icon' kat configure blog list. Caranya bukak dashboard >layout> blog list >edit > klik kotak 'icon' yg bertanda (uncheck)



atau :


- Delete semua link dalam blog list korang dan scan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...