Followers

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Kesian Dia....

Assalamualaikum....

Kat Brunei tengah hujan lebat ni.....
Anakanda dah lena dibuai mimpi......
Omak nya pulak tak mengantuk lagi sebab siang tadi dah tido...
3 jam si omak dan si anak bujang bantai  tido tadi...ish ish ishhh 
mengalahkan orang melancong ke Europe kekdahnya...
Ala2 jet lag gitu... hihihi

Kesian kat ayah firas la...
Penat drive menempuh jam dari kg pun belum hilang,
terpaksa bangun awal pagi sebab nak balik brunei.
Sampai brunei nak kena pi keja pulak.....
Balik keja terpaksa keluar lagi nak pi sambut VVIP dari malaysia kat airport..
Hurmmm ........ kesiannnnnnnnnnnn

xpa, sat gi u balik ai urut cakar harimau naaa...... jgn tukang urut tido dulu sudah la hak hak hak....

Psssttttttt !!!

Jom pakat tolong VOTE slogan Mama Zharfan ni kat SINI...... best tau slogan dia...... silap aribulan sape yg bertuah dapat hadiah lagi dari Mama Zharfan hihi.....sekali sekala tolong kawan apa salahnya kan.... ^_^

Selamat Akhirnya

Assalamualaikum


Alhamdulillah akhirnya kami selamat jejak kaki semula ke bumi Brunei. 
Huhuhu tak puas lagi rasanya nak lepak2 kat rumah sendiri.
Memang sangat lah semput masa yang ada.
Sampaikan janji cikgu kat ummu muhammad dan umi alya (errr bila plak janji dengan umi alya hihi) tak dapat jugak ditunaikan.
Baru teringat kat malaysia cuti thaipusam, pejabat pos tutup daaaa
Sori yer, cikgu usahakan dilain waktu pulak yer..........harap bersabar dan jgn mareeee

Balik kali ni kami naik Air Asia. Flight jam 6.45 pg. 
Amik flight paling awal sebab en suami keja hari ni. Kesian sungguh.
Dah la penat drive dari ipoh ke shah alam semalam belum hilang. Jam wooo sepanjang highway.
Sampai kat rumah dah 10.30 malam. 
Nak kena bangun pulak pukul 3.30 pagi sebab nak bertolak ke LCCT pukul 4 pg huhuhu.
Tak sangka ramai betul manusia di pagi buta kat LCCT tu.
Siap ada yg berselimut bagai ala2 popia kat atas lantai. Kesian plak tengok.

Sebagai kenang-kenangan utk kesekian kali....cewahhh
cikgu abadikan bumi brunei dari udara plak....
pssstttt depa pesan dah suh off kan segala mak nenek alat elektronik.
cikgu ja buat2 degil hihihi.........
Haaa jangan sesapa berani tiru tau. Ini special case punya.
Cikgu ja yang boleh buat, anak murid NO! NO! NO!.....paham semuaaaaaa???? kekekeke



Tak sure ni Miri ke Brunei. Miri dengan Brunei dekat sesangat.


Ni memang sah sah brunei sebab dah tak jauh dari airport 



Masih tertanya2 sungai ke tasik tu.....



Kata firas gambar pompuan yg tengah letak beg tu Mama, lelaki yg duk pakai jaket tu Ayah dan gambar baby tu Firas hehehe....... hurmm nampaknya Firas dah bleh bezakan lelaki dan perempuan, orang dewasa dan kanak2. Abang dan kakak pun dia dah boleh bezakan..... alhamdulillah dah makin besar anak mama ni :)

Wednesday, January 9, 2013

Sweetnya Firas Buli Mama....

Assalamualaikum

Firas yang bijak, dirahmati dan diredhai Allah ^_^
 Pagi-pagi lagi cikgu dah kena buli dengan Firas tau.
Celik-celik mata jer, firas tersenyum manis.............sukeeeeee betul cikgu tengok dia senyum waktu bangun tido. Nampak semua baris gigi yang tak berapa rajin nak diberus tu.......haihhh

Tetiba dia ngadu.......
"Cakittt" sambil tunjuk kat seluar. Muka pun kerut2 jer. 
Cikgu pk mungkin pampers ketat kot. So cikgu longgarkan sikit. Cikgu tanya firas sakit lagi tak.

Pastu tau dia cakap apa?
"TTTEEEEYYYPUUUUU !" (tipu) sambil gelak-gelakkan mama dia ni ha

Ooooo pepagi buta dah kenakan mama yer.............tak per!............tak per! 
hehehehe ................... bahagia hati mama dikenakan sikecik ni pagi2 buta. Baru umur setahun jagung dah pandai sakat mama yer :) Ikut perangai sape la tu....

Kata ayah firas, sape lagi kalau bukan ikut loyar buruk mama dia tu hohohoho.....oppssss...
like mother ,like son hehehe

tak lama lepas tu dia nampak iklan Mickey Mouse Clubhouse kat TV. Cepat2 dia pi amik baju mickey mouse. Pastu sua kat cikgu. Haihhh budak2 zaman sekarang ni macam2 akal yer. Nak tengok mickey mouse punya pasal, belum mandi pun sibuk nak pakai baju mickey. Ikut tema la tu konon2nya hehehe

Photo: Peminat mickey mouse clubhouse

Sweeeeeeeeeettttttttttt la anak mama ni.......... kemain berseluar pooh, berbaju mickey padahal belum mandi kih kih kih

Semoga anak mama ni jadi hamba Allah yang bertaqwa dan anak soleh ye sayang. Mama tak tahu mama mampu bagi adik lagi ke tak utk firas. Kalau ditakdirkan Firas seorang saja anak mama, biarlah yang satu ini jadi anak yang terbaik dunia akhirat. aaminn ya rabb...

Thursday, January 3, 2013

Budak Umur Setahun Pujuk Rayu Wanita 30-an

 Assalamualaikum

Firas yang pintar dan diredhai Allah, mama n ayah sayang kamu ketat2 (ewah tiru ayat style orang muda2 la pulak hik hik)

Perghhhh tajukkkkkkkkkkk, bikin diri sendiri rasa nak gelakbesar muahahaha ....

Anak bujang cikgu ni kalau nanges memang tahap paling kuat volumenya. Tapi sangat mudah nak pujuk. Selalunya nak suruh dia stop nanges, cikgu alihkan perhatian dia dengan tunjuk kat langit tu ada birds. Nanti dia akan terus diam dan sengih2 kalau mmg ada bird.

 Tadi tengah gurau2 dengan firas, tetiba kaki dia singgah kat muka mama dia ni.
Cikgu pun pura2 nanges. Tetiba dia datang dekat dan peluk cikgu.  pastu siap tunjuk kat tingkap sambil cakap "bird!"...."bird!" hahaha...............terkedu mama, terus berenti nanges kui kui kui.

Tak sangka sungguh petang ni dia pujuk cikgu dgn helah yg sama........hahaha memang berkesan la nak oiii. pandaiiii anak mama ! (cekali cekala puji anak sendiri tak per la kan ngeeeeeeee)

Jom tengok gambar anak teruna cikgu yang baru lepas kena cucuk semalam.......


Firas suka main slide kat kfc ni. Semalam lepas amik injection, cikgu upah firas main kat sini. Selalu ramai jer budak2 duk main. Memandangkan semalam hari pertama persekolahan, sorang budak pun tak der. Maka anak bujang cikgu pun main jer lah dengan beg dia. Kesiannnnn!!!.................tak der kawan,beg pun jadilah kan Firas!










Saturday, April 7, 2012

ANDA SETUJU ?

Assalamualaikum...

SILA ANGKAT JARI JIKA ANDA SETUJU? ; )                                                                                              
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...