Followers

Showing posts with label Macam-macam Arenis. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam Arenis. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Tak Jadi Kembang!

Assalamualaikum

Aduhaiii semalam memang la menyebabkan diriku ini hilang mood.
Semalam tengok suami member dok puji masakan isteri dia kat fb, cikgu pun jadi semangat nak masak sedap2 utk en asben. Sekali sekala nak rasa gak lobang hidung ni kembang kikiki.

Memandangkan Firas buat perangai skit. 
Jadinya cikgu plan nak buat nasi goreng yg paling sedap di atas muka bumi ini muahahaha.
Nasi goreng pun nasi goreng lah yer. Yang penting sodappp! Plannya nak makan dengan ayam bakar. Makanya cikgu perapkan dulu ayam bakar tu. 

So dalam pukul 3ptg, cikgu tanak nasi. Nak masaknya malam. Sengaja la tanak nasi awal cikit. Lepas tanak nasi tu, cikgu ajak firas pi beli barang skit kat bawah. Sejam lebih jugak la 'menyoping'. Balik2 tengok lampu periuk nasi dah kat warm. OK nasi dah masak jap lagi lah tutup suisnya. Nak kemas barang2 yg dibeli dulu.

Malam pun menjelma. Jeng jeng jengggggggggg..... Firas pun dah tido.
Cikgu pun bersilat nasi goreng la kat dapur. Siap tumis segala mak nenek, sampai la turn nak buh nasi. Bukak2 tudung, huk alohhhhhhhhhhhhhh nasi mantahhhhh la pulok! Apa sudah jadi ni ???. Renung dan tenung dengan muka comey skit dari ikan kering, rasa2nya cikgu lupa tekan button cook la kat rice cooker tu. Warm memanjang la jadinya tadi. Sebab tu la nasi tu mantah jer. Bila dah masak, adusssssssss lembekkk la pulak. Nak masak nasi lain rasa sayang, so guna la jugak nasi lembek tu. Hati masa tu memang dah ke laut hitam dah la. Dah la en asben anti dengan nasi lembek. Sabo jer lah. Sib baik ada ayam bakar. Harap2 dapat membuka selera en abangku.

Bila time hidang, en abangku dah tunjuk reaksi tak best huhuhu. Dah agak dah sebab nasi tu. Mujur ler ayam bakar menjadi. tapi bila cikgu ngap, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnn! hehe. MASIN! Sudahnya lobang hidung cikgu tetap kekal kempis. 

Sapo la nak puji kan kalau dah masak cenggitu. If masuk masterchef pun gerenti terus terkeluar......huhuhuhu. Mesti chef jo komen cenggini "ni ler nasi goreng paling tak sedap dan ayam bakar paling masin yg pernah saya makan. Maka pada malam ini, saya terpaksa menyingkirkan cikgu anis dari program ini. Apa pun saya harap cikgu anis takkan putus asa untuk terus belajar buat nasi goreng " Huwaaaaaaaaaa!

Sunday, April 28, 2013

Resign kah????

Assalamualaikum...

aduhhhh terharunya la dengan feedback kawan2 tentang resign keja. Jawapan adik kakok semuanya menenangkan jiwa raga cikgu hehehe. Terima kasih ye kawan2.

Buat masa ni cikgu tak berniat utk resign. Lepas2 ni tak tahu lah kan kot kot mengikut jejak langkah Puan Zaila kita tu hehehe. Macam jiran kesayangan cikgu cakap la memang sayang nak berenti bila jadi cikgu nak nak keja kerajaan pulak. Bukan senang tau cikgu nak mohon jawatan perguruan ni. 'Tanam anggur' lama gak la baru dapat keja tetap ni. Mengenangkan susahnya nak dapat keja ni lah yg buat cikgu pk berulang kali.

Nak kata suami mampu sangat sangat sangat tu tak juga. Cukuplah setakat menanggung keluarga kecik dan cute kami ni. Banyak juga tanggungjawab lain yg suami kena pikul. Best memang best jadi surirumah. Jawatan kaum hawa antara paling tinggi darjatnya di sisi agama. memang bertuah sape dapat jawatan ni. Tapikan cikgu rindu la nak belai dan manja2 dengan anak2 istimewa cikgu tu. Cikgu rasa bahagia dan bertuah sangat dapat didik ahli2 syurga ni (insyaAllah). Harap firas pun sayang kat abang2 dan kakak2 istimewa dia tu.

Sekarang ni cikgu pasrah sajalah, kalau ditakdirkan cikgu ditukarkan sekolah, cikgu redha. harapnya dapat tempat terbaik utk cikgu sekeluarga. Pas pas (opssss bukan parti politik hehehe) ni kalau timbul masalah atau mungkin asben lama kat tempat orang, baru cikgu nak pk balik offer resign keja tu. Eh eh resign keja pun ada offer ker? hik hik hik. Kecualilah suami keluarkan arahan kuasa veto. Tak yah pk panjang2, maka dengan itu saya yang menurut perintah sebagai isteri solehah (solehah kerrrr????) akan bersedia meletak jawatan saya sebagai guru dan berkhidmat untuk suami yang soleh dan anak2 tercinta...... hehehe boleh gitu?

Tuesday, April 23, 2013

Akhirnya...!

Assalamualaikumm


Yuhuuuuuuuuuuuuu kak kak Jemah sekaliann...
Alahaiii berabuk betul tengok blog ni.......... kesian sungguh!
Tuan blog bz skit...... lepas balik brunei, ke sabah pulak hampir seminggu.
Lepas tu pindah rumah duk kat hotel.
Internet pulak problem.
Hari ni ler baru dapat online.....yaaaa bedalll buduuuuu

cikgu sebenarnya tak sabar nak citer tentang pendakian Gunung Kinabalu tempoh hari.
Tapi pagi ni tak sempat lagi nak story mori.
Anak bujang dah kelaparan ajak pi makan.
Maklum ler rumah baru ni keliling penuh dengan tempat makan, shopping dan tempat main si kecik.
So hari2 la keluar. Duit pun mengalir ler macam air sungai huhuhu
kemphisssss beg mama tau firas huk huk huk....

Oklah, nak pi mandikan si kecik sebelum tukang kemas bilik datang.
Segan lorrrr kalau time depa datang tu bilik duk bersepah lagi.
byeeeeeeeeeee

Friday, March 29, 2013

LV Brand Pasar Malam??!!

Assalamualaikum

Cikgu ni kan sebenarnya buta brand. Dulukan kalau orang sebut LV ke, Prada ke, Coach ker, cikgu pandang semua tu mcm brand pasar malam jer hihihi. Sungguh ! Cikgu tak tipu! Yang cikgu tau Bonia, Sembonia, dan Bosnia...opsss terlebihhhh dah tu cikgu anis oiiii

Kalau beg LV tu cikgu siap kutuk sakan. Entah apa2 la corak beg ni. Padanla berlambak kat pasar malam! Hohoho. Erkkkk jgn mare yer peminat2 LV. Itu duluuu la. Sekarang pun cikgu dah tangkap satu walau pun diriku bukan peminat Lv....tu pun tangkap yg murah jer hik hik hik. Dah org nak bg hadiah, xbaik tolak kan kan kan.

Masa nak masuk boutiqe LV kat paris aritu cikgu dah cakap siap2 kat asben, nak masuk cuci mata jer ni hohoho .baiknya isteri solehah tuan syed ni kan kiki. Belek satu....hoh mahalnya!, belek yg kedua ayoooo juling mata, belek yg ketiga, jom bang kita balik. Tup tup Asben suh pilih satu, cikgu siap cakap, xpayahhhhh lahhhh, mahal nii. tapi last2....errr yg kecik ni pun cantik jugakkan bang....hahaha. Mulut jer kata xnak, xminat. Tapi tangan gatai tunjuk jugak, kah kah kah.....pompuannnnn!

Nasib baik la tok ti suka beg LV. Kalau tak, sampai ke sudah cikgu duk ingat beg tu  sekadar brand jalanan hohoho. Teruk betul cikgu ni kan.
Padanla cikgu pelik masa pestaim jejak kaki ke KLCC . Ngaper la deme ni jual barang brand yang pelik2. Tods la, Hugo la, Roul la......ada ker orang nak beli barang2 yg brand ntah apa2 ni. Dahla harga kaw kaw. Padanla tak der orang masuk beli. Bila cikgu dah kawin baru ler cikgu tahu, rupa2nya semua tu jenama yg  tip top. Adehhh malu nak citer kat korang sebenarnya ni hehehe. Jgn gelak tau. Org kampung la katakan. Kalau ler tau LV, Prada tu jenama high class, masa kawin dulu dah nanges guling2 suh tuan syed bagi sebiji letak atas dulang hahahaha.


Wednesday, February 20, 2013

Setuju?

Assalamualaikum...




Hurmm..... benarkah anda mahu cikgu buat begini?

Percaya tak kalau cikgu kata sebenarnya ibu bapa lebih garang dari cikgu bila mengajar anak2 di rumah.
Baru ajar 2,3 orang anak, suara mak dah high volume. Itu belum masuk bab ketap gigi dan cubit anak yg payah nak paham hehehe. Cikgu perlu berdepan dengan kira-kira 40 orang anak murid yg pelbagai karenah.
Ada 40 mulut, 40 pasang kaki , 40 pasang tangan dan 40 perangai yang perlu cikgu urus.
Kalau ada seorang murid selalu tak buat kerja sekolah dan malas belajar, cikgu senyum saja, maka ada 39 orang murid lagi akan ikut serta.
Ala tak buat kerja pun tak pe..............cikgu tak marah!
Ala malas belajar pun tak pe............... cikgu tak marah!
Agak-agak siapa yang jadi mangsa dan dipersalahkan ?
sebenarnya kan, cikgu tak marah pun baca isu kat atas tu. Tapi agak menyampah tang nak amik tindakan pada guru. Lepas ni tak der orang lah nak jadi cikgu kalau sikit2 nak ambil tindakan....


Dalam  mendidik ni perlu juga ada ketegasan. Mendidik dalam kelompok yang ramai bukan perkara mudah. Walau bagaimana pun kita sebagai guru pun harus selalu muhasabah diri. Rasanya sebelum kita marah2, denda dan sebagainya, kita praktikkan cara didikan Rasulullah yg lebih lembut , boleh rujuk kat blog ni http://parentinggayarasulullah.blogspot.com/
Cikgu sangat tertarik dengan cara Rasulullah. Sangat berhemah dan impaknya sangat besar.. Cuma cikgu cikgi kena sabar dan luangkan masa mendalami cara mendidik mengikut sunnah ni. Marilah kita sama2 menambah baik cara mendidik pelajar2 kita. Mungkin cara ini lebih membuahkan hasil yang lebih cemerlang dan gemilang ... :)....Pelajar suka, guru suka, mak ayah punnnn suka..... :) 




Tuesday, February 19, 2013

Buku Comel

Assalamualaikum...

Sebelum ni cikgu ada bagitau beli buku kan.
So kali ni cikgu nak komen skit la tentang buku pop-up yang cikgu beli untuk Firas.

Buku pop up Firas posing atas katil hehehe

Inilah buku yang cikgu beli tu. Cikgu memang suka sangat dengan buku cerita yang comel2 cenggini.
Nak nak yang jenis pop up ni. Belek jer muka surat, toingggg toingggg terpacak watak2 cerita.
Suka tauuu hehehe...

Sebelum ni memang susah la nak jumpa buku pop up dalam bahasa melayu.
Dalam kata lain, buku pop up terbitan malaysia memang payah nak jumpa atau memang tak dak langsung.
Selalu cikgu tengok mesti dari overseas mari punya.
Tentulah harga pun mahal sikit kan. Yerlah buku tu kena naik kapal terbang atau kapal laut, pastu pulak beza matawang pun penyebab utama gak buku dari seberang laut jadi mahal.

So bila cikgu jumpa buku pop up terbitan negara sendiri, senyum sampai tinge la kan.
Ssebab dalam kefala ai tentula buku tu lebih murah kennnn...
Rasa nak rembat semua siri yang ada.Tapi bila cikgu belek harga, adehhhhh RM9.90 sebuah.
Dah la kualiti buku tak hebat macam obersi punya.
Tebal memang tebal, tapi tetap kalah dengan ketebalan buku dari luar negara. Meleding semacam jerk.
Akhirnya beli sebuah jer la.

Cikgu tak tau la mungkin korang rasa buku tu dah berbaloi kot dengan harganya.
tapi bagi cikgu, kalau boleh biar ler murah cikitt hehehe.
Mungkin sebab kos penghasilan buku kat malaysia tinggi kot sebab tu la reganya tak murah mana.
Jeles tau tengok buku2 kat UK yang macam2 pesen dan menarik tu murah2 jer.
meleleh ayaq liuq tau ! huhuhu


Tuesday, February 12, 2013

Geram!!!

Assalamualaikum...

 Arrrghhhhhhhhhh!!!!

 
Eeeeeeeeeeee!!!!!!

Geram tak hati bila pagi2 dah tertunggeng tunggeng amik gambar , tergaru garu kepala nak karang ayat tapi tetiba bila nak publish asyik fail ?

Huh panasssss jer hati ni dengan streamyx kat kampung.
Time jadi macam ni memang la sangat merindui line internet kat brunei..
Laju tok sah cakap...

Memang puas hati lah. Rasa cikgu la, selain ayam penyet yg mabeles kat brunei, line internet pasti jadi kenangan terindah yang tak dapat dilupakan hohoho
Hurmm sabar je lah.....

Thursday, January 31, 2013

Kalau lah...

Assalamalaiku...

Bila badan mula rasa tak sihat seperti biasa.......
Mulalah hati ni tak sabar nak ada pembantu rumah....
Kalaulah sekarang ni ada maid, boleh la layan firas....
Bukan apa, susah hati tak dapat nak fokus pada firas...
tak larat nak ketuk2 kuali dan nak layan mcm2 kehendak si bujang...
tentu firas bosan, mama hanya terbaring lesu...

Sejak balik Ipoh haritu sendi2 jari kaki kanan ni sakit....
dah elok, jari tangan kanan plak yg terasa...
sakitnya tak kuat mana pun tapi tak selesa dan rasa kebas2..
semalam pulak start sakit tekak dan demam.
Hari ni sendi tangan dan kaki sakit semula..

Mohon kawan2 doakan cikgu segera sembuh ya...
Mintak jauhkan cikgu dari sebarang penyakit....

Terima kasih kepada yg sudi mendoakan.....
Semoga kalian juga diberi kesihatan yang berpanjangan....aaminn

Tuesday, January 29, 2013

Kesian Dia....

Assalamualaikum....

Kat Brunei tengah hujan lebat ni.....
Anakanda dah lena dibuai mimpi......
Omak nya pulak tak mengantuk lagi sebab siang tadi dah tido...
3 jam si omak dan si anak bujang bantai  tido tadi...ish ish ishhh 
mengalahkan orang melancong ke Europe kekdahnya...
Ala2 jet lag gitu... hihihi

Kesian kat ayah firas la...
Penat drive menempuh jam dari kg pun belum hilang,
terpaksa bangun awal pagi sebab nak balik brunei.
Sampai brunei nak kena pi keja pulak.....
Balik keja terpaksa keluar lagi nak pi sambut VVIP dari malaysia kat airport..
Hurmmm ........ kesiannnnnnnnnnnn

xpa, sat gi u balik ai urut cakar harimau naaa...... jgn tukang urut tido dulu sudah la hak hak hak....

Psssttttttt !!!

Jom pakat tolong VOTE slogan Mama Zharfan ni kat SINI...... best tau slogan dia...... silap aribulan sape yg bertuah dapat hadiah lagi dari Mama Zharfan hihi.....sekali sekala tolong kawan apa salahnya kan.... ^_^

Thursday, January 24, 2013

Biar Tak Nampak Rupa Tapi Ingat Sampai Mati

Assalamualaikum 

Haihhhh menjelma lagi cikgu anis ni.....
semalam kemain buat entry nak balik mesia hihihi....
tak reti2 nak balik ke cikgu oiiii
Sabarrrrriahhhhhh ye kawan-kawan jangan la muntah tengok entry cikgu bersiaran lagi
ewahhhh ayat TV3 la pulak..

flight cikgu petang karang
so masih ada waktu nak tinggal ucapan sepatah dua kata
hehehe.....

sebenarnyakan cikgu rasa happy sangat baca komen Kasih Salina ni...... terima kasih yer atas pujian mu itu. Cikgu memang peramah + ceria + mesra alam + pemalu (hak hak hak sendiri tulis sendiri nak gelak, pemalu la sangattt).......... tapi bila sedih tu mengalahkan budak kecik gayanya. Asyik nak berkepit jer dengan semua orang huk huk......

cikgu harap semua yg sudi singgah sini seronokla kawan dengan cikgu yer....
cikgu pun seronok sangat dapat kawan2 yg sporting macam korang ni....
walau pun tak kenal bulat ke sepet mata masing2, tapi tulisan korang semua tetap melekat di hati cikgu...
bak kata pepatah...
biar jauh di mata, tapi dekat di hati hehehe
biar tak nampak rupa , tapi ingat sampai mati cewahhhh ni pepatah baru yer hihihi


Yaaa bedal budu !!!

Assalamualaikum.....

Pssssttttt.....Psssstttttt esok cikgu nak balik Malaysia..
Yahuuuuuuuuu yaaa bedalll buduuuuuuu..... hihi

Ecehhh macam jauh bonar bunyinye kan hik hik hik..
2 jam lebih jer pun perjalanan udara.
Balik kejap jer pun. Hari selasa pepagi buta sebelum ayam bangun tido
cikgu tiga beranak dah nak balik semula ke Brunei.
Balik kali ni nak tengok keadaan rumahku syurgaku kat shah alam nun.
Pastu nak pi sekolah nak jumpa bos cikgu dan kawan2.

Doa2 la yer cikgu dapat terus mengajar di sekolah lama cikgu ni

Entah depa ingat lagi ke tak dgn cikgu pun tak tahu la kan.
Jangan tetiba ada yang tanya Puan nak daftar anak ke Prasekolah sudah lah.....huhuhu
Sedih ler kalau dua tahun tak jumpa dah lupa kawan yg sorang ni kan ...

Jadinya jangan terkojut kalau-kalau tetiba korang singgah sini tengok berlambaknya entry baru cikgu hehehe...
al maklum sajalah rumah kat shah alam nun tak der line internet..
cikgu check yg draft saja ada dekat 164....hamekkkk ntah apa yg cikgu tulis pun tak tau la ...hihihi
Jangan susah hati, tak dernya cikgu nak tempek semua entry tu......mau juling muntah hijau la blogspot ni kalau dalam satu masa nak post entry sebanyak tu....

Cikgu tak paksa baca semua tau.

Kadang cikgu tulis sebab memang nak share, kekadang tu memang nak syiok sendiri, 

dan banyak kadang memang nak orang singgah baca dan komen lerr hahaha

Cikgu nak habaq awai2 la, cikgu tak kecik ati pun kalau kawan2 tak baca semua entry tu...

Pilih la yang mana suka, yg penting singgah ler tetiap hari ke rumah cikgu ni walau tidak bertuan hehehe

Cikgu paham, korang seme ada komitmen. Banyak rumah2 kawan nak kena terjah kannnnnnnnnn
Eh ehhhhh Kak Jemah ni tak ngaku lak diaaaaaaaa hehehehe..... 
Erkk tu Kak Jemah tau, bukannya korang hik hik hik


Wednesday, January 23, 2013

Padah Rajin SMS

Assalamualaikum..........

Hurmm hari ni malas sungguh nak masak. Lunch tadi pun dengan nasi goreng je huhuhu
Cenggitu ler bila dah 'terlebih rajin' kekdahnya. Tapi petang tadi datang jugak la mood nak masak,
sinsing lengan baju dan bersilat cekak la cikgu dengan dua menu.

maka menu untuk malam ini adalah jeng jeng jengggg.....

tom yam campur segala mak nenek  dalam periuk dan......


ikan tomato dalam periuk, resepi yan's cottage  yang telah cikgu derhakai 
kiranya tunggu big boss balik nak goreng ikan utk lauk ikan tomato tu jer la


Selepas Maghrib menjelma....
Tengah duk suap si bujang teruna kesayangan hamba tu,
tiba2 dapat sms dari big boss

Alahai frustnyaaaaa !! big boss nak makan dengan geng2 ofis la pulak.
Cikgu pun reply ler dengan ayat sedih............... yer la penat masak tetiba cikgu sorang nak makan
tak syiokkkk la kan ...
Big boss tak sampai ati, dia kata nak balik makan kat rumah dulu pulak,
tapi kena make sure makanan semua dah siap terhidang bila big boss sampai....

Cikgu pk pk......... macam kelam kabut jer
Kalau tak suap firas makan tak pe.......... itu budak kalau suap makan amik masa nak habis
Dah la ofisnya jauh pulak, cikgu sms tak payah la balik, lauk lebihan nanti bleh jer makan utk esok

Dalam masa yg sama big boss sms lagi kata dah on the way....
Alahai kelam kelibut la mama firas. Terus stopkan dulu suap firas.
Berdezupp pi ke dapur siapkan segala tok nek. 
15 minit yg dijanjikan big boss tak muncul2 jugak........
cikgu pun nak sms tanya la kan jadi ke tak balik ni, lauk pauk dah nak siap ni

Elok pegang henpon baru perasan ada sms dari big bos "ok lah" katanya
Aikkk??? apa yg ok
Baru ler tergerak hati nak call setelah sekian lama saling duk membalas SMS!

Rupa2nya suami cikgu dah balik semula ke ofis sbb baca sms cikgu yang tak payah balik tu.
yang cikgu pulak dah baca sms suami kata on da way tu ingatkan dia tetap nak balik la.
Haiii nasib....nasibbb....
Itulah padahnya kalau ada telefon tapi tetap nak sms.
Xpasal2  miss communication jadinya huhuhuhu

Pssssstttttttt....Ada sesape tak nak teman cikgu makan malam ni? Mai ler mai lerrrrr... 


Tuesday, January 22, 2013

Cucur Keju, Berendam Vitagen !

Assalamualaikum.

Pagi-pagi lagi dah bikin hati mamanya PANASSSS !!!
celik-celik mata firas terus tarik tangan cikgu ke dapur.
Laju jer dia ajak pi bukak peti. Kesian pulak anak teruna ni, duk tilik makanan tapi satu pun tak der.
Lately cikgu malas cikit nak ber baking. Nampaknya hari ni kena masak something la.

Akhirnya firas pilih vitagen kaler ungu. Peberet dia tu.
Cikgu pun selongkar gobok dan terjumpa ni........

Cucur Keju cap Adabi

Stok bahan segera ni mmg ada untuk kes2 emergency cenggini hehehe...
Tadaaaa.........


Goreng separuh jer untuk anak bujang dan ayahnya.
Sedap juga weh cucur keju ni. Peminat keju mesti suka, rasa dia macam keju.
Eh dah tentu lah kan, namanya pun cucur keju takkan rasa pisang plak kot hahaha.....


Dengan hati berbunga2, nyanyi lagu lenggang kangkung nak hidang cucur ni utk si bujang teruna...
Sekali nampak si bujang tu tengah berenang2 keriangan atas tilam.....
dengan air vitagennya bersepah2 kat tilam dan lantai....
Huwaaaaaaaaa terus bertukar lirik lagu lenggang kangkung jadi lirik pong prang pong pranggg
Geram punya pasal, lupa nak amik gambo firas berenang dalam air vitagen huhu

Sunday, January 20, 2013

Kisah Mee Goreng

Assalamualaikum

Hari ni umpama hari makan mee sedunia. 
Breakfast tadi dengan mee goreng basah. 
Masak sebungkus, nak makannya hanya 2 1/2 orang. Yang 1/2 tu kiranya utk firas la kan. 
Dak kecik tu bukan makan banyak mana pun.
Akhirnya ada lagi baki untuk makan tghari. Tup tup baru teringat tengahari tu ada jemputan ke majlis menghantar berian (majlis pertunangan belah pihak lelaki). 
Sudahnya baki mee tu cadangnya buat makan malam la pulak kalau masih elok.

Elok sampai rumah kenduri, tengok2 menu hidangannya ialah MEE GORENG jugak. Aduhh menu sama la pulak. Bila nak balik, tuan rumah pulak bungkuskan mee goreng tu utk cikgu. Alahai memang nasib ko la perut, malam ni sila lah hadam mee goreng lagi yer hohoho

Pssssttttt sekali sekala pekena mee goreng dengan cili padi memang terangkat. Walau pun dari pagi sampai ke malam duk ngadap mee goreng jer, bila dah ada cili tu makan memang tak cukup sepinggan ler jawabnya hehehe
Burrrpppppp !! Alhamdulillahhhhh

Thursday, January 17, 2013

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum

Sejak duk di Kuala Belait ni sempat la cikgu layan drama2 Melayu Malaysia kat TV3
Ada dua cerita yang cikgu naik syiok tengok.
Satu tajuk Setia Hujung Nyawa...........satu lagi plak lupa apa tajuknya,Ruby ke apa. Kisah bos kilang jatuh hati dengan stafnya sendiri. Ada sape2 tengok dua2 cerita ni?

Setia Hujung Nyawa tu macam best jugak. Katanya adaptasi dari novel.
Sejak dua menjak ni banyak pula drama adaptasi dari novel yer....

Baru syiok2 layan dedua cerita ni,
pagi ni dah nak balik Bandar..........
huhuhu tak dapat dah la layan cerita Setia Hujung Nyawa ...
Takpalah, tak dapat setia dengan cerita tu pun tak kisah.
Yang penting cikgu setia hujung nyawa dengan en suami dan keluarga sudahlah hehehe

ok nak bersiap2 untuk balik ke bandar seri begawan. Rindu kat rumahku syurgaku.
Doakan perjalanan kami selamat ye.
Bye

Wednesday, January 16, 2013

Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba

Assalamualaikum....

Mata dah berat sangat2 dah ni.
Syiok je tengok firas duk bergolek sorang2 atas katil hotel.
Rasa nak join sekali tapi tak berani ..
Bukan takut apa, cuma risau terlelap sampai pagi jer..
Nanti ada jugak yg terpaksa tido kat depan pintu huhuhu

en suami keluar makan dengan kawan2 course....
Tadi dah pesan siap2 jangan balik lewat sangat takut cikgu tertido
Katanya alahhh kat Brunei ni mana ada kedai tutup lewat.
Paling lewat pun akan balik pukul 10 mlm.
Fuhh lega mendengarnya sbb masa tu pun mata cikgu dah mula mengantuk

Sekarang dah 10.30 mlm, bulan yg ditunggu2 tak jatuh2 ke riba.
Aduhaii mata sabar la sekejap yer,
kesian bulan tak der kunci bilik.
Hotel kedekut, satu bilik just satu kunci jer....adehhh
Haaiiii ada jugak yg tido depan laptop nampaknya ni....
huhuhu


Tuesday, January 15, 2013

Pecah Rahsia!

assalamualaikum.....

Seksanya la nak baca dan nak reply comment........
line ternet hotel ni macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap xder...
nak blogwalking pun jadi sangkut2.

malam ni tetiba jer rasa nak perkenalkan diri yg tak berapa nak glamer ni hihi. bukan apa rasa ralat plak bila nak reply comment tu. tak tau nak bahasakan adik ke kakak ke sebab xramai yg tahu umur cikgu kan.

malam ni cikgu nak dedah rahsia besar yg artis2 kalau boleh xnak sape tahu ttg benda ni. haaaaa rahsia apakah itu? jeng jeng jeng rahsia umur cikgu yg dah x brapa nak muda ni la...
biar ler tak der sape nak tahu san berminat nak amik tahu pun...nak cakap jugak hihi

psssssttttttt......psssstttttt cikgu dilahirkan pada thun 1979 (ikut kalendar cina, tahun kambing mengembek)


ada sesapa yg sama muda dgn cikghu tak??
kalau ada sila angkat jari tinggi-tinggi yer hihihi....  
cikgu tak kisah kawan2 nak panggil apa pun.... anis ke, kak anis ke, cikgu ke......si manis ke hihihi
 yg penting biarlah panggilan yg baik-baik ^_^

satu lagi nak maklumkan cikgu adalah guru pendidikan khas. cikgu ajar anak2 istimewa yg geng2 cikgu gelarkan ahli syurga...^_^. nanti bila cikgu dah start keja balik, bersedialah dgn kisah2 lucu dan sedih ttg anak2 kesayangan cikgu tu yer..... Sebelum2 ni pun dah ada entry tentang anak2 istimewa cikgu. Kalau sudi jemputlah baca, lucu2 tau gelagat anak2 istimewa cikgu ni , antaranya......


ok itu jer nak bgtau ttg rahsia yg x berapa nak rahsia kikiki

Friday, January 11, 2013

Teringin Nak Ke Sini...


Assalamualaikum


Agak2 kat mana tempat ni?
Tinggi-tinggi betul bangunannya. Teringat pulak kat cerita Jack n The Bean Stalk hehe..
Inilah Dubai. Tapi cikgu tak tau la gambar ni memang real ke tak.
Jumpa kat FB tadi.

Teringin nak pi sana, tapi ada terbaca katanya kat sana serba serbi mahal.
Hurmmmm ada sape2 pernah pi sana?
Best tak?
Err....tak der ke sapa2 yang nak buat GA hadiahnya tiket pergi balik ke Dubai.....
Kalau ada, cikgu orang pertama akan join hehehehe

Oklah selamat malam.................
 cikgu nak mimpi pi Dubai kejap, kalau ada nak kirim apa2 sila sms yer hik hik hik....
byeeeee

Thursday, January 10, 2013

Tangkap Kuman

assalamualaikum.....


adeehhh la.........ntah apa yg tak kena tetiba web browser cikgu kat laptop buruk tu stop responding. ker laptop yg penuh berjasa tu yg tak sihat. sekarang ni tgh cuba tangkap kuman. mana la tau kot kot kuman tu yg buat laptop tu sakit. dah la tua, kena penyakit pulak.....kesiannnnnn.
mujur ler ada gadget baru ni.......tp lenguh pulak jari2 yg kurus kedin nak picit2. harap2 cepat sembuhlah duhai laptoku. dapat tgkap kuman tu nanti, taula kita kerjakan dia yer .....buat sup ke, panggang dalam oven ker.........biar padan muka kuman2 tu hohoho.

Monday, December 31, 2012

Teringin Nak Jadi Super Model ;p

Assalamualaikum....


Terus terang cikgu nak cakap, cikgu memang dah lama pasang niat nak jadi super model. Mesti ada yang pk cikgu ni dah buang tebiat ke apa kan hehehehe. Itulah azam tahun baru cikgu. Bermula tahun 2013, cikgu nak jadi super model yang cun melecun. Kalau boleh nak kalahkan semua super model yg ada hik hik hik

Errr cop coppp, jangan la berenti baca. Cikgu belum habis citer lagi ni ha. Kasi can la cikgu nak berangan kejap hehehe. Sebenarnya kannn, cikgu nak jadi super model untuk en suami di rumah jer hehehehe. Patutnya dah lama kan cikgu jadi super model untuk suami. Tapi tu lah tahun ni baru rasa nak buat sungguh2. 

Actually, cikgu dah pun start sikit2. Sebelum husband sampai rumah, cikgu dah pastikan mesti mandi, lepas mandi, tuang la bedak wangi sebotol hohoho. Minyak wangi memang tak der. Tang muka sapu cikit2 bedak nak kasi putih.Bibir tu kasi calit skit liptik merah yg tak menyala. Rambut pulak kasi ikat rapi. Siap beli pin rambut bagai tauuu. Baju pulak, pakai cantik2 skit......tp kekadang bantai jer baju tido lusuh yg ada hehehe. 

Tapi kannn, en suami tak puji ponnnnn! Hurmmm agaknya nak kena kasi merah lagi kot lipstik tu. Pastu buh eye shadow ala2 smokey eyes (eh ada ke istilah ni....bantai je lah), pipi nak kena beli blusher kot, kasi menyerlah tulang pipi yg kian terserlah sebab kurus keding. Tak pun satu lagi, cikgu kena praktis jalan ala2 cat walk kot hahahaha. Ish geli hati plak aihhhh. Rasanya mesti tak puji jugak tu.........maklum la dah balik keja penat xdan nak perati btul2.  

Bz tak bz suami cikgu ni sampai kain langsir kat rumah sewa ni pun boleh en suami tak perasan. Hampir setahun menyewa kat sini, x pernah tuan rumah tukar langsir. Tetiba semalam suami cikgu tanya, eh bila tuan rumah datang tukar langsir??
Erkkk......bini dia terus ternganga sambil buat muka blurr. Haduiii, kalu cenggini cikgu jadi super model pun tentu suami tak perasan kann............hurmmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...