Friday, December 28, 2012
Buku Resepi Cikgu
Hurmm malam ni cikgu tak jadi keluar makan kat luar. Walau pun tak jadi, malam ni tetap makan masakan tukang masak khas ( tukang masak kat kedai lerrr). Sekarang dah jam 10 malam, tapi kete pinjam en asben belum gak sampai ke rumah. Bz ler tu. Perut dah kruk krak kruk krak tanda mogok lapar.
Nak makan, takut nanti kenyang pulak. Tak syiok nanti nak makan Nasi Ayam Penyet. Peberet cikgu tuh. So untuk hilangkan rasa lapar ni, baik cikgu karang cerpen kat blog tak laku ni.
Cer teka buku apakah di bawah ini ...............jeng jeng jenggggggggggg........
Ini ler buku resepi cikgu. Kebanyakkannya resepi yg cikgu dah cuba. Setahun cikgu salin resepi kat dalam buku ni. Dan akhirnya buku ni hampir penuh isinya. Nak kena ganti buku baru lah nampak gayanya.
Malu pulak nak tempek isi dalam buku ni. Tulisan tangan cikgu penuh kesenian. Takut nanti ada yg sakit mata menengoknya. So biarlah dirahsiakan saja bentuk tulisan yg maha seni itu hehehe.
Cikgu memang suka cari resepi. Dulu-dulu cikgu cari resepi pastu cikgu peram kan ajer kat dalam laptop. Jumpa resepi terus 'save' pastu tak try2 pun. Bila perlu barulah teropong. Lecehnya bila nak cari resepi dalam laptop tu , terpaksa la on kan laptop tua ni. Nama pun laptop tua kan, lambat betul nak buka satu2 application. Biarpun tua, namun dirimu sangat berjasa (ayat jaga hati laptop tua hohoho). Pastu nak kena usung plak laptop ke dapur. Akhirnya cikgu amik keputusan salin saja resepi kat dalam buku ni. Buku free gift dari syarikat telekomunikasi kat Brunei.
Kekadang balik umah MIL, siap bawak sekali buku ni. Takut nanti MIL suh masak special2,haiiii mati kutu la menantu yg tak reti masak ni.............kih kih kih
Hurm, baru kejap en asben call, katanya takut kedai nasi ayam penyet tu dah tutup. Alahaiii syedihhnya, mulut dah terasa kesedapan ayam penyet. Kalau tak dapat nasi ayam penyet, nasi katok pun jadi lah huhuhuhu
Labels:
Kenangan,
Macam-macam Arenis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam ceqgu...terima kasih jengah blog saya..slm kenal
wsalam,sama2 intan.singgah2 ler selalu
b-mobile... hehe.. sini noris pakai khidmat t-mobile utk phone :P
Post a Comment