Followers

Tuesday, December 4, 2012

Choc Brownies.....Simple, Easy and Delicious!!

Assalamualaikum....



Pagi ni cikgu nak share satu resepi brownies yang sedap.....simple and easy to make............moistttt jer...tak payah nak guna mixture bagai. Guna senduk atau whisk pun dah cukup. Bahan pun tak banyak. Murah  pulak tu.

Sebelum nak salin resepi ni (ecehh aa ker yang nak salin hehehe), cikgu nak habaq awai-awai. Resepi yang ada ni untuk ahli keluarga 3-4 orang ok la. Kalau keluarga besar, sila gandakan bahan-bahannya yer. Untuk yang guna sukatan asal, sila gunakan loyang kecik. Brownies ni bukan macam kek, bila masak mengembang naik tinggi tau. Kalau dalam loyang tinggi adunan tu3cm, maka lepas masak pun macam tu la jugak ketinggiannya. Ni cikgu punya eksperimen la. Tak tau pulak kot2 orang lain buat dia meninggi pulak. Oklah  malas nak citer panjang2. Jom kita tengok resepinya :


Bahan-bahan Yang Akan Kena Belasah :

6 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula castor - bleh dikurangkan. kalau guna serbuk koko van houten, x kurangkan pun ok kot, sbb pahit.
1/3 cawan minyak/butter yang dicairkan - ikut ler minyak apa pun asal jangan minyak telon sudah huhu
2 biji telur ayam
1/3 cawan tepung gandum.
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan kekacang - tak suka tak yah buh.

Cara Nak Belasah :
-Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius.
-ayakkan serbuk koko dan tepung gandum bersama.
- masukkan gula,garam, telur,minyak dalam campuran koko dan tepung.
-kacau sebati dengan senduk/whisk
-masukkan kekacang jika suka.Gaul lagi.
-Tuangkan adunan dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak.
-Bakar selama 20-30 min. Cucuk dengan pisau, if tak der kesan koko melekat kat pisau, dah masak la tu.
-kalau nak cantik, boleh tabur kacang kat atas adunan sebelum masuk ke dalam oven.

2 comments:

syafisyifa' said...

Wah ringkaskan bhn dia?...bagusnya insyaallah bebila leh coba

CeqGu said...

try la pejah, kawan kak long dah try buat. dia kata sangat la senang dan sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...