Assalamualaikum
Semalam kami tak jadi nak makan kat luar sebab en. asben tetiba banyak keja plak kat ofis.
Pukul 10 lebih baru sampai umah. Lepas makan kami layan kejap Maharaja Lawak 2012. Firas memang dah lena dari awal lagi. Sempat la terkekeh kekeh duk gelak tengok Maharaja Lawak tu. Ntah pukul berapa cikgu terlelap depan tv.
Tiba2 cikgu terdengar macam loceng rumah duk ting tong ting tong.... Dalam separuh sedar tu cikgu cuba tengok jam kat tepi tv. Oh dah pukul 12 tgh malam rupanya. Errr betul ke bunyi loceng rumah tadi tu. Cikgu assume mungkin bunyi tu datang dari TV kot. Tapi separuh dari hati ni mcm yakin jer itu bunyi loceng rumah. Takkan ler ada tetamu datang tengah2 malam pulakkan. So cikgu pujuk hati bahawa bunyi tu datang dari tv. En. suami dan firas tido lena tak bergerak2. So cikgu pun amik keputusan tido ajer lah depan tv terbuka. Seram jugak nak tido dalam suasana sunyi sepi bila dah jadi macam tu.
Baru nak lelap mata tiba2 loceng berbunyi ting tong ting tong. serta merta darah cikgu menyirap...............eh ehhhh bukan bunyi dari tv ni. dah lupa rancangan apa kat tv time tu. tapi memang tak sesuai la bunyi tu dengan rancangan yg tengah duk tayang. Sah sah la bunyi loceng rumah. Cikgu tak buat apa2. Just diam2 jer. Saja nak tunggu tengok berbunyi lagi tak. .Terfikir jugak ke tuan rumah datang nak bagitau apa2 yg penting. Tuan rumah ni duk sekitar kawasan rumah sewa cikgu jugak. Hampir2 nak bukak pintu, tapi tak beranilah. Nak intai bawah pintu tak nampak la pulak. Dah la pintu tu tak ber gril. Kunci pun bukan kuat mana. Sekali tendang pun boleh terbuka. Nak intai kot tingkap lain, dah tuan rumah pasang gril kot luar pulak dah, langsung tingkap tak leh bukak. Ntah2 apa la pi pasang tingkap kot luar, camno la nak bukak. haduiiiii! Teringat plak gate yang memang dibiarkan ternganga luas kat luar nun. Memang kat sini diaorang jarang tutup dan kunci pintu pagar. Al kononnya kat sini negara selamat. Kami pun terikut ler sama dek kerana malas nak bukak tutup gate. Padahal duk kat K.L boleh jer hohohoho
Dannnn..................... tak lama selepas tu berbunyi lagi! Aduiiii
siapakah gerangan kat luar rumah ku ini. Tetamu manakah yang tak
diundang datang tengah2 malam ni. Jejaka dua beranak tu langsung tak sedar. Aishhh badan dah start ketar2, rasa panas sejuk panas sejuk jer. Malas nak kejutkan suami sbb nampak dia keletihan sangat.Slow2 cikgu bangun pi intai kat tingkap bilik dari jauh. Tingkap tu sebelah ajer dengan punat loceng rumah. Tak nampak bayang apa2.Lagi la rasa seram. cepat2 cikgu padamkan semua lampu putih dan bukak lampu kuning. Tutup semua langsir dan pintu dapur rapat2. Lepas tu cikgu duk diam, tunggu lagi kot2 masih berbunyi.
Yerr dia berbunyi lagiiiiii. Rasanya time tu memang dah pucat kesi muka cikgu. Cikgu amik keputusan nak tanggalkan ajer bateri loceng tu. Kalau bunyi jugak, memang cikgu nak kejutkan suami. Tak tahan dah nak berjaga sorang2. Mujur ler lepas tanggalkan bateri tu, loceng dah tak berbunyi. Fuhhh legaaaa! Rasa nak terkucil tapi takut nak pi toilet. Maka kutahan la sampai ke pagi. Tido pun kongsi bantal dan tilam firas. Takut nak pi ke bilik amik toto dan bantal.
Pagi ni cikgu bangun terus pi bukak tingkap tepi loceng tu. Hurmmm tak nampak tanda2 mcm orang datang. Pintu utama masih tak berani nak buka. Teringat bateri yg cikgu tanggalkan semalam. Try buh balik............eh eh berbunyi sendiri la. Hohohoho legaaaaa. Rasa2nya mungkin loceng ni rosak atau dah nak habis bateri kot. Dua tiga kali la dia bunyi. Bila dah puas hati cikgu letak penutup bateri dan letak balik kat tempat asal. Tak kisah la kalau loceng tu nak berbunyi banyak mana pun. Dah plan nak ganti bateri baru. Cikgu rasa memang loceng ni ada masalah kot.
ini ler rupa loceng rumah sewa cikgu yg duk berbunyi tu. Jenis ni memang pakai bateri. Bila orang picit suis loceng,loceng ni akan berbunyi dan keluar lampu merah.
Tapikan lepas tu jeng jeng jengggggg........................ada sesuatu yg pelik berlaku............... Cer teka apa yang berlaku? Hehehe.....................Mana tahu kot2 cikgu bermurah hati nak bagi hadiah special kat sape2 orang pertama yg bagi jawapan yg tepat hehehe, insyaallah kalau ada rezki.................sila tinggalkan jawapan korang kat kotak komen. Cikgu akan hide jawapan korang sehingga ada yg bg jawapan tepat atau sipi2 tepat hihihi..............bye nak pi breakfast dah.
9 comments:
lorrrr.. loceng rosak rupanya.. akak ingat lagi masa hanimun kat cameron highlands awal2 pagi tu dlm pukul 3 pagi tetiba bunyi orang bising2 kat luar pastu ketuk2 pintu bilik kitorang. ketuk banyak kali macam nak gaduh lak tu. seram nak bukak.. sampai sekarang tak tau sape yang ketuk..
tak terfikir dek akalku dek jawapannya..
ape yg berlaku? loceng cikgu dah berfungsi jengjengjeng haha!
ummu Muhammad :yeayyy dah ada pemenang,sorang jer yg teka dan tepat pulak jawapannya hahaha.if ada rezki, anis hadiahkan something special kat UM.
kak tini: ala akak ni,len kali letak jer apa2 jawapan hehehe
kak mas: errr rasa2 tak rosak la kak mas.elok jer plak loceng tu
noen: pgni loceng tu berbunyi lagiiiii huhu.nak kena tukar bateri rasanya
alhmdulillah yeeehaaaaaa!!! hehe..kwn2 jgn mare i teke tept sasaran hehe!
hahaha, um sorang je pun yg berani teka .sib baikla tepat plak tu. tgh pk nak bg hadiah apa ni kat um hehe.Lambat skit takpa kot noo
no prob! name pun game santai hehehe..kite santai!
Post a Comment