Assalamualaikum..
Lepas buat entry tentang makhluk penghisap darah yang hensem kejap tadi (klik SINI kalau nak baca) tiba2 terkenang plak nostalgia belajar mengaji quran masa cikgu kecik-kecik dulu. Masa tu cikgu sekeluarga tinggal kat rumah nenek di Kg. Pendek. Rumah nenek cikgu tu tepi jalan raya jer. Tapi tempat nak belajar ngaji tu kat dalam kampung skit. Tak der la jauh mana pun. Cumanya rumah tok guru cikgu tu kat dalam kebun getah. Maknanya setiap pagi cikgu kena redah kebun getah. Jalan kaki jer tau. Tu yg jadi nostalgia sangat2 tuh hehehe.
Waktu tu cikgu sekolah petang. So, terpaksa pi belajar ngaji di sebelah pagi lah kan. Bleh bayang tak pagi-pagi kat kebun getah tu macam mana? Kebun getah of course la ada rumput hijau kan. Nasib tak baik, bleh tahan gak panjangnya rumput2 tu. Pagi-pagi pulak tentulah rumput tu masih basah berembun. Dah basah-basah tu tentu lah ada sejenis makhluk penghisap darah duk menanti. Opssss coppp coppp bukan geng2 Edward Cullen dalam cerita Twilight tu. Penghisap darah yg ni kecik jer. Ni ha gambar istimewa untuk tatapan korang hehehehe.......
Eeee cikgu tengok gambar pacat ni pun dah geli geleman rasanya. Terasa cam ada yg tengah memanjat kat badan huhuhu
So setiap pagi cikgu mesti liat nak pi mengaji. Mana taknya, tiap kali pergi mesti cikgu akan berlari ala-ala kijang gitu. Bleh bayang tak? Cikgu selak kain sampai paras lutut (opss masa tu tak baligh lagi yer hohoho) dan lari dengan langkah besar-besar gitu supaya cepat sampai dan dengan harapan pacat tak sempat terkam kaki cikgu hehehe. Bila sampai kat tempat ngaji memang tercungap2. Tok guru cikgu paham dah, dia senyum jer tengok cikgu. Nanti lepas ngaji dia mesti hadiahkan gula-gula 'nnisey' (err gula melaka ke apa orang panggil, ala inti yg dalam kuih onde-onde tu ler). Itu ler part paling best kalau pi ngaji hehehe.
Ni ler gula-gula manisan atau nnisey. Banyak dijual di Pasar Siti Khadijah. Tok guru cikgu buat sendiri tau.
Part yang tak best plak, bila balik rumah tengok-tengok jadi macam ni .........
huwaaaaaaaaaaaaaaaa nanges terjerit2 la sebab cikgu geli tengok makhluk ni kat badan cikgu. Menciiiii tau. I bukan macam Bella jatuh cinta dengan makhluk penghisap darah macam Edward tu. I tak rela u hisap darah I tau. Syuhhh syuhhhhh pi ngorat orang lain. I tak sudi sampai bila2!
Kalau nak tau cara nak tanggal/ buang pacat yg melekat kat badan kita dengan betul klik kat SINI
13 comments:
sama la kita NoEn :)
hehehe... geli geli....
amirini:hohoho geli lagi geleman
Hihi oh mak goli den! Hihihihi
Oh mak goli den! Hihihi
xmo tgk gambar pacat tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
pejah :hati2 pejah, jgn sampai ada yg merayap kat kaki tuuuuu eeeee geli!
izan: anis pejam sebelah mata masa nak tempek gambar makhluk tu
pejah :hati2 pejah, jgn sampai ada yg merayap kat kaki tuuuuu eeeee geli!
izan: anis pejam sebelah mata masa nak tempek gambar makhluk tu
salam kenal. TQ sudi follow KA ye n kA dah follow back juga 62. Happy blogging
salam kenal ceqgu...guru ngaji dolu2 mak aihh grg dia!jmput follow kmbali :)
KA n QA's : terima kasih sudi singgah sini. jenguk2 la selalu yer baca celoteh basi ceqgu ni hehe
Tak menahan M tgk pacat tu..gelinya
ceqgu anis pun tahan geli masa duk baca balik entry ni. Laju2 jer scroll hehe
Post a Comment