Assalamualaikum...
Pagi ni just nak share cerita pi kenduri kat rumah sedara en suami di singapore. 1st time pi kenduri kat Singapore ni, so teringin gak la nak tau apa bezanya dengan kenduri kawin kat Malaysia dan Brunei. Jom kita tengok gambar. Tapi nak habaq awai2 na, jurufoto ni bukannya dari golongan profesional, makanya dia snap jer gambo tu ikut dan hehehe.......... layanzzzz
Elok kami sampai kat rumah pengantin di Wootlands, telinga dah dengar pok pok kepang kepang...pok pok kepong kepong. Rupa-rupanya pengantin lelaki dah sampai daaaa
Lama jugak pengantin lelaki nak dapat duduk sebelah pengantih pompuan tu, ada acara bayar tol rupanya. Hak ni memang macam kenduri kat Johor. Kata kak ipar cikgu yg sampai lebih awal, elok pengantin panjat tangga ke tempat kenduri jer dah kena bayar tol, nak duduk kat pelamin pun kena bayar tol hehehe, kesiannnnnnnn!
Kenduri ni dibuat kat bawah apartment jer. So jimat kos khemah kan :)
Antara hadirin yang datang
Geng catering, bleh tahan gak masakan diaorang. Cikgu pulak tengah lapar. Makan bertambah la wehh hehehehe
Macam-macam ada......... nasi beryani, nasi putih, mee rebus, laksa penang, kuih muih, bubur dan tak lupa juga eskrimmmmmm..........yummmyyyy!!!
Dok tengah sibuk2 cedok laksa oenang, terdengar announcement keluarga cikgu dijemput bergambar dengan pengantin. Kelam kabut ler cikgu. Tapi laksa tetap dicedok. Takut habis punya pasal hahahaha. Oh ya, gambar kat atas tu, di snap selepas acara bergambar. Makanya terlindung ler wajah pengantin......
Crettttt (bunyi iPod time snap gambo)...................... akhirnya berjaya juga amik gambar kedua2 pengantin dua sejoli. Ish tapi gaya ala tak ready la plak. Sabaq no, nanti cikgu tempek gambaq hak elok skit.
Jeng....jeng.....jengggggg
Tadaaaaaaaaa......
Elok jer duduknya, tapi pengantin pompuan pulak mata ke lain huk huk huk. Gitulah kekdahnya bila snap gambo ala2 candid hohoho
Ni poster kat pintu gerbang pengantin.......sweet jer tengok. Depa buat ala2 zaman 60-an gitu
Haaa ni la pintu gerbang pengantin hihihi. Yang depan kaler putih tu poster pengantin. Masa cikgu duk snap gambar ni, pengantin lelaki tengah nyanyi sebuah lagu khas utk pengantin perempuan. Ala2 Dato Siti Nurhaliza kawin gitu.......
Ni ler door gift yg cikgu dapat. Sebenarnya cikgu buat muka tak malu suruh kak ipar mintak dengan tuan rumah nak door gift yg ada marshmallow ni kih kih kih. Lepas perut kenyang, kami pun balik semula ke hotel.
Gambar anak bujang dengan gaya macho la kononnn hihihi
Ok, kesimpulannya, kenduri kat singapore nampak macam nak sama jer dengan malaysia. Tapi kalau kat brunei ada beza cikit. Nanti cikgu crite next time naaa......bye
5 comments:
Bes jugak tu dpt tgk/rasa knduri kat singapore kan...
Bes jugak tu dpt tgk/rasa knduri kat singapore kan...
pengalaman berharga tengok budaya tempat lain:)
Menunya sama ngan tempat kita kan...
umialya: haah sama jer, macam2 ada hihi
Post a Comment