Followers

Thursday, February 28, 2013

Putera Kayangan

Assalamualaikum....

Psssssstttttt...... esok putera kayangan cikgu nak datang ke kelate.......
yahuuuu ya bedal buduuuuu.......
Siang tadi sempat ler cikgu ajak ayahanda ke shopping mall.
Nak beli sesuatu utk putera kayangan kesayangan hamba tu ehekkk....
Maklum la dah 3minggu berjauhan.
Kiranya hadiah tu sbg ucapan trima kasih sbb si dia izinkan cikgu balik kg.
Harap2 dia suka.
Hurmmm xsabarnya nak tgk reaksi dia hihihi.....

Wednesday, February 27, 2013

Terjawab Sudah Apa Sakitku.....

Assalamualaikum...

Kabare rakan2 blogger yg dirindui.....cewahhhh ayat pembuka ala2 tulis surat cinta ...ahakssss.
Satu hari satu mlm cikgu tak sentuh laptop.jeling pun tak sanggup sbb dlm kepala duk gelisah dan tak keruan. Tido mlm pun 2 jam jer. Duk pk memanjang ttg sakit apa yg duk kacau cikgu ni.

Akhirnya lepas jumpa doktor pakar, terjawabla segala soalan . Nak tau apa nama sakit cikgu tu jeng jeng jenggggg.....
Nama penyakit cikgu ni ialah 'penyakit sendiri cari pasal".....hihihi.Ada sape2 pernah dgr nama penyakit ni?Kikiki itu nama yg cikgu buh sendiri.Nama sebenarnya ialah anxiety.....

Memula doktor tanya sakit apa. So cikgu pun citerla bla bla bla....
Kerut2 muka doktor.......pastu dia cakap bukan tanda2 masalah saraf......fuhhhhh legaaaaa.
Dia test plak, dia suruh cikgu genggam jari montel dia dengan jari telunjuk cikgu sekuat hati.....doktor kata ok jer. Pastu dia selitkan kaki dia kat betis cikgu dan tarik kaki cikgu ke depan. Masa tu dia suruh cikgu tahan kaki tu sekuat yg boleh. Doktor kata ok jugak. Mmg sah bukan masalah saraf. Pastu doktor pandang muka cikgu dan tanya cikgu keja apa. Pastu dia renung lagi muka jelita penuh jeragat ni.  Pelan2 dia tanya, awak ada masalah ker....erkkkk terkejut cikgu dia tanya mcm tu. Cikgu tanya balik.....errr masalah apa? Saya rasa saya xde apa masalah.

Lepas sembang2 tu cikgu terpk mungkin betul kot cikgu stres.....stres yg dah bergunung2 dipendam dalam hati. Sudahnya memakan diri hohoho....... kata doktor, bila kita selalu pk negatif, dlm badan kita pun akan hasilkan byk cas negatif, banyak hormon2 yg tak baik pun dirembeskan menyebabkan badan kita sakit2. Asid dlm perut pun akan keluar banyak dan menyebabkan gastrik dan sendawa angin......huhuhu betul la kata suami cikgu huhuhu. Tak pasal2 cikgu kena jumpa kaunselor hahahaha.

Bahaya rupanya kan byk fikir ni. Serius cikgu cakap, cikgu tak rasa pun cikgu tgh stres sebelum sakit ni melarat ke seluruh badan. Mgkin dah terlalu byk cas negatif dan hormon yg badan dah rembes sebelum2 ni, maka 28hb jan lepas tu badan cikgu dah takleh nak kontrol, mula terasa sakit sana sini.
So sekarang cikgu belajar bertenangggg.
Kata doktor, laporan ECG normal. Cuma  jantung masih laju,tp insyaallah akan normal semula if cikgu dah kembali menghappykan diri....alhamdulillah.
Doktor bg dua jenis ubat jer kat cikgu, ubat penenang dan ubat gastrik.
Lepas jumpa doktor terus cikgu pi menghappykan diri kat shopping mall.....hurmmm betuller, sakit cikgu dah makin kurang. Malam pun tido lena jerrr....hihihi...
Harini pun dah tak der rasa letrik2, lenguh2 kat kaki tangan.
So kawan2, jgn jadi mcm cikgu yer.....selalu2 lah pk positif.


Monday, February 25, 2013

buntuuuuuu!

Assalamualaikum.

Esok appointment dgn doktor .....huhuhu takutttttt.
Harap2 sakit cikgu ni hanya  sementara dan bukan penyakit yg xleh sembuh aminnnnn...
Dah sebulan tau duk rasa sakit2 kat urat2 ni.
Dari hujung kaki sampai kepala duk rasa sakit.
Kadang rasa pedih menyucuk, kdg rasa mcm letrik, kdg rasa gatal dan kdg rasa lenguh.
Moga bertemulah dgn penawar yg mujaraab.
Ada xsape2 pernah alami apa yg cikgu rasa ni?
Kalau ada, share la dgn cikgu yer....

Hurmmm tajuk kemain lagi buh 'buntu' kikiki
Sbenarnya nk bgtau buntu xtahu nak masak apa arini.
Tapi mukaddimahnya lg pjg dari isi....kah kah kah.
Ini kalau cikgu bm nak bg markah karangan, mrmang pening kepala cari isi karangan xjumpa2 hihi.
Korang nak masak apa arini? Share ler dgn cikgu.....huk huk huk

Sunday, February 24, 2013

Firas Baca Quran

Assalamualaikum....

Alahaaaii rasa seronok tengok firas sekarang ni rajin baca quran.
Seriussss cikgu x tipu.
Walau pun iqra al furqannya tak bergerak2, tapi imam muda dan doktor cilik cikgu ni rajin nak baca quran.
Time cikgu nak solat, dia mula la pi amik quran.
Pastu baca bismillah n baca quran hihi.
Nak tahu firas baca mcmana?
Haaaaa dia baca penuh penghayatan dan bertarannum kikiki

"Bismillah..... ku....ku.....ku"
"Bismillah..... ku...ku.....ku"

Badan tu siap goyang2 mcm org tengah ngaji quran....
Hihi....
Comelkan....

Lepas baca pandai plak tu dia letak balik quran tu atas meja.
Syabbbasssss bethaaaa!
Moga rajin baca quran sampai akhir hayat dan khatam selalu yer.

Saturday, February 23, 2013

Kurang hasam punya penunggang motor

Ingat x kisah cikgu xmandi semalam?
Sebenarnya kisah xmandi tu xhabis kat situ jer tau.
Lepas mamat bergaya lg wangi semerbak tu tlg umi cikgu reverse kete,
Umi cikgu ajak pi jalan2 cuci mata kat tempat lain pulak.
Maklum ler ada org teman, seronok la umi cikgu ronda2 tgk rumah org cantik2.
Cikgu ok jer sebab cikgu pun suka gak kikiki.

Dalam xmandi tu akhirnya sampai ke kota bharu jugak tau.
Alkisahnya teringat ayah cikgu pesan suruh belikan basikal roda tiga kat cucu dia.
Si kecik tu la, main basikal kat rumak kawan tok ayah dia sampai xnak balik.
Akhirnya rembat la sebuah, rega rm38.
Xtau la tokey tu perasan tak mama firas lum mandi kikiki.

Lepas tu, umi cikgu ajak plak meronda kat taman uda murni.
Kawasan ni glamer rumah besar2. Cikgu ngikut je la.Jauh bebenor mkn angin sambil xmandi hihi.
Sampai kat satu jalan, umi nak buat u turn.Alahaiii laju2nya kete.
Waktu umi nak belok, cikgu nampak dari jauh geng2 baju merah (geng2 kibar bendera politik) tunggang motor kemain laju.
Ikut perkiraan cikgu mmg penunggang tu dah nampak kete umi cikgu u turn.
Patutnya depa slow down la.
Ini tak, duk tekan minyak jugak, harap org lain bg laluan, banyak cantekk.nyebuk kat jln raya jer.
Mat rempit ke apa ke tak tahulah. Geram betul cikgu.
Siap hon panjang plak tu kat umi cikgu. Umi cikgu yg xpnah2 geram pun balas balik,tekan hon dua tiga kali.
Terkejut beruk mat yeh jugak la depa.

Tapi umi cikgu xserik, terus meronda2 cuci mata hihi.
Balik rumah dah kul 2 ptg. Makin nasi segala, kul 3 ptg baru cikgu mandi hahaha...
Tu pun mandi dgn penuh kesabaran, air kecikkkkkk jer....huhuhu

Benarkah Sakit Itu Indah?

Assalamualaikum

Maaf kawan2, semlm cikgu xmenyinggah kat mana2 blog.
Cikgu tetiba diserang sakit belakang. Risau juga takutnya ada kaitan dgn saraf.
Maklumlah rasa kebas2 ala letrik tu masih ada dan xbrkurang.
Mungkin jugak posture badan mengadap laptop tak betul menjadi punca sakit blakang ni.
Apa pun cikgu berharap ujian ini berakhir segera.

Pagi ni seawal subuh ayah cikgu terima brita sedih tentang pemergian bosnya.
Arwah bukan saja bos tp kawan lama ayah cikgu.
Memang ayah cikgu nampak sedih dan terkejut trima berita tu.
Katanya semalam arwah segar bugar kat ofis. Tahu2 pagi ni ayah trima berita arwah dah takder.
Katanya kena serangan jantung. Walhal arwah xpernah ada masalah jantung sebelum ni.
Kiranya pemergian arwah ni adalah kematian mengejut.

Biar hanya kenal nama, tp cikgu tetap rasa sedih.
Trrkenang umi ayah cikgu yg semakin hari semakin tua.
Dan paling gerun, ajal x mngenal usia.
Dengan berita ni, cikgu tiba2 faham kenapa bila sakit kita diminta bersyukur.
Sedar x bila kita sakit, byk keinsafan yg hadir dlm diri kita.
Secara xlangsung kita cuba perbaiki kekurangan diri dan pertingkatkan hubungan kita dengan Allah.....
Tapi sekiranya allah ambil nyawa kita tanpa sebarang warning, alangkah ruginya kita mgkin tak sempat nak bertaubat pun

Alhamdulillah...alhamdulillahhhh allah uji dgn kesakitan.
Betapa indahnya sakit itu hingga saban waktu kita pasti mengadu dan mengingati Nya

Al fatihah untuk arwah pakcik Wahab Patelo. Semoga rohmu bersama orang2 soleh...amin

Tak Mandi

Assalamualaikum....

Pagi tadi rumah cikgu tetiba takder air.
Kata ayah cikgu enjin tangki air rosak. Lepas ayah pi godek2, berfungsi ler balik.
Cumanya air masuk sikit2 jer.
Tak dapat la cikgu nak mandi huhu.
Firas pulak melabor besar, mujur ler ada air sikit, cukup utk cuci dan mandikan sekali dak kecik tu.

Dalam pukul 10 lebih gitu umi cikgu ajak keluar kejap.
Katanya nak tunjuk contoh pergola yg dia duk berkenan kat kg cikgu ni.
Pi ler cikgu dengan xmandi hihi.
Lepas tengok pergola tu, umi saja nak jamu mata suasana kg.
Kebetulan jalan kg tu muat2 sebuah kete jer, so agak terketar2 jugak la umi cikgu tiap kali berselisih kereta.
Dah agak jauh, cikgu ajak umi balik.
Masa nak balik tu kereta umi bertembung dengan 4 buah kete.
Semua lelaki dlm kete tu.

Apa lagi kelam kabut la umi cikgu.
Kete umi plak masa tu betul2 atas jambatan yg muat satu kete.
Nak x nak umi cikgu yg kena undur. Jambatan tu pulak xder pagar kiri kanan.
Agak mwncabar jgk la nak reverse. Yg diaorg plak mmg xleh reverse dah .
Jenuh undur jenuh ke depan, akhirnya umi surrender. Malu xyah cakap la huhu.
Last2 keluar la sorang mamat yg segak bergaya harum semerbak nak tolong reversekan
Cikgu duk pangku firas yg tgh lena so xkeluar la dari kete.
Agak segan jugak la kalau2 dia perasan cikgu xmandi hahaha.
Mujur ler perfume dia menyahkan bau org xmandi hihihi.
Memang mencabar betul la nak reverse kat situ sebab jln sempit dan dekat selekoh.
Punyala malu sampai cikgu xngaku kat adik tu yg cikgu mmg asal dari kg ni
Konon2 kami ni mcm tersesat la hahaha.
Adehhh gara2 xmandi kot jadi mcm tu hihi
Syyyyyy diam diam tauuu!

Friday, February 22, 2013

Lunch dengan ' Ttijoh '

Assalamualaikum.

Sedap sungguh makan tengahari ni.
Lauknya simple2 jer. Tapi menyihatkan. NO santan2, NO lemak2.
Maklum ler kolestrol jahat cikgu tinggi skit. Kenalah berhati2 dengan makanan lepas ni.
Kolestrol dah tinggi baru nak terhegeh2 nak makan menu sedap dan sihat hehe.

Sape pernah makan ni ?
Dah masuk dalam periuk baaru teringat nak amik gambar.

Cikgu tak tahu orang lain panggil apa , tapi cikgu panggil 'Ttijoh' hehehe. Cara sebutnya sila kasi tekan bunyi T tu hihi. kalau bahasa standard 'Tijah' la kot namanya, ker jadi nama 'Katty'? hohoho.
Orang kelantan tentu tahu ni. Tadi saja la google nak cari resepi. Cikgu taip ler 'Tijah'...................
wahhh banyak betul yang keluar.
Tapi nama orang daaaaaaaaaaaaaa kikiki.
'Ttijoh' ni selalunya umi cikgu buat masak lemak kuning atau kuah serai.
Tadi cikgu teringin nak buat kuah serai. Nak sihat punya pasal la ni hihihihi

Memula cikgu rasa, macam ada tak kena jer. Kurang apa ntah. Lepas tu mintak tolong ketua chef adjust.
Tinggg! terus jadi sedap. Kata umi cikgu, kena buh gula cikit baru sedap.

Semalam pun cikgu buat ikan singgang jer. Satu lagi resepi utk kontrol kolestrol hehehe. Sengaja letak ikan lebih sikit dalam singgang tu.Nanti nak goreng........................perghhhh sedappp !

Tadi umi cikgu bakar ikan pari, pastu cicah dengan air asam umi.
Hullamakkkk sedap tak terkata. Ntah jampi apa umi cikgu guna, air asamnya mesti cikgu hirup macam kuah!
Cikgu buat sama jugak, tapi tak sesedap air tangan umi.
Pastu makan pulak dengan ulam beluntas ke bebuas namanya.....

Sedap weh ulam ni. Menambah2 la makan.

Dan dan tu jugak, cikgu pun teringat kat dia. Makan apa la dia hari ni.
Bini dia makan sedap2 kat kg. Dia plak makan kat kedai huk huk huk.
Kak kak dan adik adik Jemah pulak makan apa lunch tadi? :)

Thursday, February 21, 2013

Padanan Warna Dinding Rumah Dengan Langsir dan Perabot



Assalamualaikum,

hari tu cikgu balik ke shah alam. Sedih tengok langsir pun dah hampir2 nak reput. Mula la hati rasa nak tukar langsir baru. Langsir sekarang ni kaler coklat. Dinding rumah cikgu pulak kaler kuning cream gitu. Perabot pun banyak yang kaler coklat. Rasa dah bosan pulak nak beli langsir kaler coklat.


Petang tu terus pujuk en asben pi kedai langsir yang harga bajet hehehe. Malas nak beli hak mahai-mahai sebab lepas ni kami ada plan baekkk punya. Itu pun kalau duit tabung dah cukup la kan. Dalam kepala teringin nak cuba langsir yg warna lain plak.....memandangkan rumah cikgu banyak earth colour (errr yer ker orang panggil earth colour, belasahhh jer la kekeke) so cikgu decide nak beli kaler hijauuu pulak. Tapikan jenuh cari kaler hijau yang cun, tak jumpa la pulak. Semua yg cikgu tunjuk en asben kata nehi nehi......hurmm last2 kami terbekenan kat satu langsir warna ala2 gold. Sekali kain tak cukup la pulakkk. Tak jadi la beli. Pastu balik rumah duk pk, hurm coklat dengan gold tak der la jauh beza mana pun kan.............hurm warna apa lagi agaknya yg sesuai dengan warna rumah dan perabot cikgu tu....?


Di sini cikgu nak share artikel mengenai padanan warna dinding dengan perabot dan langsir,


sumber :http://hiasanrekaindah.blogspot.com/


Hijau
-sesuai di padankan dengan warna hIJAU(LIGHT), COKLAT, HITAM, KELABU & PUTIH. Di bawah contoh beberapa padanan untuk dinding warna hijau




 padanan dengan perabot warna hitam ia dapat menonjolkan suasana
ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat dan sesuai untuk menonjolkan bentuk perabot untuk di gunakan




padanan dengan perabot warna putih mewujudkan suasana yang tenang dan dengan keserlahan warna dinding





Biru
-sesuai di padankan dengan perabot/langsir berwarna BIRU (family), KUNING, JINGGA, CREAM, COKLAT, & PUTIH. Di bawah contoh beberapa padanan untuk dinding warna hijau



Jika ingin lebih mudah cuba bermain warna perabot/langsir dengan BIRU (family) ia kelihatan spektrum biru dapat dilihat di mana-mana, ia mampu menyuntik ketenangan ketika berada di rumah



















jika inginkan kelainan cuba padankan perabot atau langsir dengan warna terang seperti kuning ia lebih menonjolkan aksesori seperti langsir atau perabot dan ia juga membantu meningkatkan energi dan aktiviti mental serta meringankan fikiran.



Merah
-jika ingin dinding warna merah pastikan jangan satu rumah bewarna merah, pastikan salah satu feature wall itu berlainan dengan warna merah seperti kelabu atau hitam jika ingin suasana tak terlalu terang, atau combination dengan warna cream atau putih jika ingin suasana terang di ruang tamu. Aksesori perabout atau langsir sesuai dengan warna putih, cream, kelabu dan hitam


Kitchen Cabinet




Amboi kitchen cabinet ni dah ala ala peti sejuk cikgu tengok.
Berapa hengget la gamaknya kalau nak tempah kitchen cabinet macam ni kan.
Hurmm lepas ni mesti duk berangan tentang kitchen cabinet plak kih kih kih.

Rumah cikgu kat shah alam nun belum ada kitchen cabinet.
Cikgu masih duk guna rak pinggan yang macam dulu2 tu.
Pastu ada la sebuah cabinet biasa2 yang cikgu beli kat kedai perabot.
Tu pun dah tak muat nak simpan barang hohoho

Tiap kali balik ke shah alam, Firas paling suka main2 kat dry kitchen tu.
Maklum ler rak pinggan kan terbuka, mana ada pintu2 ni.
So senang ler dia nak capai pinggan mangkuk.
Haiiii nampaknya lepas ni nak kena buh pagar la kot kat laluan ke dapur.
Kesian plak kat maid kalau Firas rajin duk memunggah.
Bila la ada rezki nak reno rumah dan buat kitchen cabinet ni......huhuhu

Wednesday, February 20, 2013

Setuju?

Assalamualaikum...




Hurmm..... benarkah anda mahu cikgu buat begini?

Percaya tak kalau cikgu kata sebenarnya ibu bapa lebih garang dari cikgu bila mengajar anak2 di rumah.
Baru ajar 2,3 orang anak, suara mak dah high volume. Itu belum masuk bab ketap gigi dan cubit anak yg payah nak paham hehehe. Cikgu perlu berdepan dengan kira-kira 40 orang anak murid yg pelbagai karenah.
Ada 40 mulut, 40 pasang kaki , 40 pasang tangan dan 40 perangai yang perlu cikgu urus.
Kalau ada seorang murid selalu tak buat kerja sekolah dan malas belajar, cikgu senyum saja, maka ada 39 orang murid lagi akan ikut serta.
Ala tak buat kerja pun tak pe..............cikgu tak marah!
Ala malas belajar pun tak pe............... cikgu tak marah!
Agak-agak siapa yang jadi mangsa dan dipersalahkan ?
sebenarnya kan, cikgu tak marah pun baca isu kat atas tu. Tapi agak menyampah tang nak amik tindakan pada guru. Lepas ni tak der orang lah nak jadi cikgu kalau sikit2 nak ambil tindakan....


Dalam  mendidik ni perlu juga ada ketegasan. Mendidik dalam kelompok yang ramai bukan perkara mudah. Walau bagaimana pun kita sebagai guru pun harus selalu muhasabah diri. Rasanya sebelum kita marah2, denda dan sebagainya, kita praktikkan cara didikan Rasulullah yg lebih lembut , boleh rujuk kat blog ni http://parentinggayarasulullah.blogspot.com/
Cikgu sangat tertarik dengan cara Rasulullah. Sangat berhemah dan impaknya sangat besar.. Cuma cikgu cikgi kena sabar dan luangkan masa mendalami cara mendidik mengikut sunnah ni. Marilah kita sama2 menambah baik cara mendidik pelajar2 kita. Mungkin cara ini lebih membuahkan hasil yang lebih cemerlang dan gemilang ... :)....Pelajar suka, guru suka, mak ayah punnnn suka..... :) 




Wajah Comel Kesayangan Hamba

Assalamualaikum...

Hari ni cikgu nak ceria-ceria.
Tak mo dah pikir yang bukan2....insyaAllah cikgu yakin Allah sentiasa bersama cikgu.
Sakit ke tak sakit ke, susah ke senang ke cikgu yakin Dia akan sentiasa ada untuk bantu cikgu kan kan kan :)

Hari ni saja nak tempek gambar Firas. Best pulak bila tengok semula gambar2 dia dari waktu keluar perut sampai la dah hensem bergaya macam sekarang ni hehehe....... 

Tadaaaa ini la rupa putera sulong cikgu waktu baru keluar dari perut. Jam 4.05 pg pada 5.4.2011 keluar la anak soleh ni dengan suara nyaring sekali. Bergema satu Hospital Pakar Perdana. Sesuai betul suara tu untuk azan. Kuat yang amat hehehe. Sampai tok ayah yg tunggu kat luar bilik pun boleh dengar suara dia.

Firas masih belum dimandikan. Muka pun nampak sembab lagi.

Kali pertama tengok Firas menguap...comelnya imam muda mama ni :). Terpaksa bermalam kat hospital sebab cikgu pitam waktu nak discharge.....huhuhu terbang lagi ringgit malaysia. Sib baik company asben tlg bayarkan.


Hari pertama kat rumah tok mi selepas keluar dari hospital. Lentok manja kat bahu tok mi. Nak bodek apa tuuuu? hehehe


Firas yang suka nanges, Bergambar dengan kakak Wafa yang lahir bulan 12. Perasan tak baju Firas besar giler hehehe

Ada rupa doktor muda tak ?kikiki..... waktu ni firas kena jaundice. Mata pun nampak jelas kuning. Alhamdulillah tak perlu masuk ward. Setiap jam cikgu susukan firas dengan susu badan. Ubat Jaundice paling mujarab!

Jom la lawan boxing...hehehe

Alololorrrrr......nasib baik tak masuk lalat

Alahaiii keciknya dia.... pampers lagi besauuu hehe

Seksi! Baru lepas kena cukur. Umur sebulan baru berkesempatan nak cukur huhuhu

Chef Firas....camno nak masak dengan sarung tangan tu sayang oiii :)

Oh nooooooooooooo! Kena buli dengan mama hihi. Kali pertama firas jalan2 selepas mama habis pantang. Lokasi pertama yg dijejak ialah Tesco hahahaha

Payah nak tengok Firas senyum macam ni.... happy dapat pi Tesco kot kih kih kih


Firas makin membesar bagai johan hihi. Waktu ni cikgu bawak Firas ziarah anak2 istimewa cikgu kat sekolah. Lepas tu cikgu dan Firas ikut suami tinggal kat Brunei.

Dan dan tu jugak rasa nak ada anak kecik lagi hehehe..... doa cikgu sape2 yang teringin nak dapat anak tu, lepas tengok gambar Firas ni, keinginan tu makin membuak2 dan seterusnya usaha serta doa makin dipertingkatkan. InsyaAllah moga Allah perkenankan hasrat kita semua. Amin

Jiwa Kacau!

Assalamualaikum...

Tengok Firas lena, air mata ni mula nak menitik lagi.
Tinggal beberapa bulan jer lagi Firas akan merasa pelukan mama dia 24 jam.
Lepas ni cikgu dah start keja balik dah.

Sebenarnyakan, bukan Firas yang tak bersedia nak berenggang dengan mama.
Tapi mamanya ni yang belum puas nak tatap, nak bebel, nak tengok kerenah dan nak bagi susu kat dia.
Cikgu yang sebenarnya belum bersedia nak berenggang dengan anak teruna yang satu tu.
Sebab tu lah masuk je tahun 2013 ni hati cikgu sedikit emosi, takut nak tengok kalendar.
Firas tak pernah berenggang dengan mama. Tak pernah walau sekejap!
Dari sejak dia lahir, hingga lah dah nak masuk dua tahun, Firas membesar dalam pelukan mama.
Tidur bawah ketiak mama. Nangis mama yang pujuk. Mandi mama yang jiruskan.
Makan pun mama yang suapkan. 
Tapi lepas ni, terpaksa cikgu serahkan Firas pada tangan lain.
Harapnya dia sayangkan Firas macam mama.
Dan harapnya dia lebih sabar melayan karenah Firas yang sejuta macam lebih dari mama yg macam singa ni

Cikgu paling resah kalau-kalau dia meraung bila cikgu start enjin keta nak pi keja.
Cikgu takut cikgu yang tak kuat. Tentu sampai kat sekolah ada cikgu yang mata merah bengkak2.
Mana nak semunyikan mata yg macam tu.
Kekadang terasa kejamnya peraturan dan undang2 yang manusia buat.
Tak fikir ke susah payah ibu dan anak nak berpisah.
Tak fikir ke jauh dekat orang yang mohon cuti.
Jejak kaki jer terus kena lapor diri dan keja. Nak amik cuti pun belum layak.
Mujur lah cikgu kat Brunei jer. Orang yang ikut suami kat tempat yang jauh jauh tu lagi la susah.
Dengan jetlag belum hilang, dengan urusan anak belum settle.....tahu tahu kena terus pi keja.
Aduhh hanya yang merasa tahu berat tak berat nak pikul. 
Mungkin orang yang buat peraturan tu tak pernah rasa kot....wallahualam.

semoga Allah kuatkan semangat cikgu, gembirakan hati Firas dengan penjaga yang keibuan dan permudahkan urusan cikgu dan suami....aminn

Tuesday, February 19, 2013

Stresssssss!

Assalamualaikum

Hurmm tak tahu nak mula ayat macam mana.
Tiba2 semangat nak berblog hilang sebab pk macam2.

Sepatutnya semalam cikgu ada appointment dengan doktor.
Tapi alih2 cancel plak dan tunda seminggu lagi.
Maknanya cikgu tak dapat la nak balik ke pangkuan suami hujung minggu ni.
Makin lama la nampaknya kami tinggal asing2.
Cikgu teringin sangat nak jumpa dia. Tapi kesian pulak nak paksa dia datang sini.
Buat penat badan saja datang sekejap2. Bukannya dekat.
Karang tak pasal2 dia pulak yang tak sihat. Maka cikgu redha sajalah menahan r.i.n.d.u


Semalam  cikgu call Jabatan Pelajaran Selangor bertanyakan tentang urusan lapor diri.
Cuti cikgu akan berakhir pada 31 Mei ni. Plannya nak balik awal sikit utk uruskan rumah dan penjaga Firas kalau tak dapat cari maid. Huh pikir ttg maid pun ngeri sebenarnya. Tutup telinga sajalah.
Berbalik pada lapor diri, lepas call tanya itu ini, nampak gayanya terpaksa la cikgu ubah plan. 
Sebabnya bagi penjawat awam yg unpaid leave kerana mengikut suami ni kena lapor diri segera sebaik saja sampai ke malaysia. Maknanya kalau cikgu balik awal pun tak guna. Otomatik cikgu kena pi lapor diri dan start keja. Tarikh 31 mei tu secara otomatik terbatal. Huhuhu.....
Fenin kefala nak settle macam2. Tu belum masuk bab kena tukar ke sekolah lain yg entah dekat ker jauh dari rumah. Cikgu harap sangat dapat kekal kat sekolah lama tu sebab dekat jer dengan rumah.
Cikgu dah dua tahun tak drive. terkial2 tau nak bawak kete balik.
Kalau kena pindah sekolah lain, lagi haru la sebab cikgu tak cekap memandu.
Nangesss. Doakan cikgu kekal kat sekolah lama yer kawan2


Satu lagi bikin cikgu stress tentang kesihatan cikgu yang belum baik2 ni. Masih lagi duk kebas kaki tangan.
Bukan kaki tangan saja la, satu badan macam ada yg tak kena.
 kadang2 urat2 ni rasa pedih sangat. Berdenyut2.
Kalau tak serang kaki tangan, kepala ni pulak yang sakit. Berat satu macam.
Kaki tangan ni kalau umi cikgu picit terasa macam ada letrik gitu.
Sungguh cikgu rasa takut sebenarnya.
Dan saat itu lah cikgu sangat berharap putera raja cikgu ada dekat dengan permaisurinya yg manja ni.
Hurmmm tapi apa boleh buat.
Cikgu pasrah....................huk alohhh rasa nak nanges balik la pulakkk....huhuhu

Doa sajalah jadi penawar duka lara cikgu. Hurmm doakan cikgu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan yer. huk huk huk dalam tak tau nak tulis apa, terpanjang pulak luahan hati ni. sorryyy....

Buku Comel

Assalamualaikum...

Sebelum ni cikgu ada bagitau beli buku kan.
So kali ni cikgu nak komen skit la tentang buku pop-up yang cikgu beli untuk Firas.

Buku pop up Firas posing atas katil hehehe

Inilah buku yang cikgu beli tu. Cikgu memang suka sangat dengan buku cerita yang comel2 cenggini.
Nak nak yang jenis pop up ni. Belek jer muka surat, toingggg toingggg terpacak watak2 cerita.
Suka tauuu hehehe...

Sebelum ni memang susah la nak jumpa buku pop up dalam bahasa melayu.
Dalam kata lain, buku pop up terbitan malaysia memang payah nak jumpa atau memang tak dak langsung.
Selalu cikgu tengok mesti dari overseas mari punya.
Tentulah harga pun mahal sikit kan. Yerlah buku tu kena naik kapal terbang atau kapal laut, pastu pulak beza matawang pun penyebab utama gak buku dari seberang laut jadi mahal.

So bila cikgu jumpa buku pop up terbitan negara sendiri, senyum sampai tinge la kan.
Ssebab dalam kefala ai tentula buku tu lebih murah kennnn...
Rasa nak rembat semua siri yang ada.Tapi bila cikgu belek harga, adehhhhh RM9.90 sebuah.
Dah la kualiti buku tak hebat macam obersi punya.
Tebal memang tebal, tapi tetap kalah dengan ketebalan buku dari luar negara. Meleding semacam jerk.
Akhirnya beli sebuah jer la.

Cikgu tak tau la mungkin korang rasa buku tu dah berbaloi kot dengan harganya.
tapi bagi cikgu, kalau boleh biar ler murah cikitt hehehe.
Mungkin sebab kos penghasilan buku kat malaysia tinggi kot sebab tu la reganya tak murah mana.
Jeles tau tengok buku2 kat UK yang macam2 pesen dan menarik tu murah2 jer.
meleleh ayaq liuq tau ! huhuhu


Marathon Dalam Kedai Buku

Assalamualaikum..

Petang semalam cikgu bawak Firas pi KB Mall.
Kesian tengok doktor muda al-hafiz tu bosan kat rumah.

Elok menapak jer kat KB Mall tu, mulut Firas bising sebut "main ! main!"
Selalunya kalau dia sebut macam tu, ada la tu dia nampak tempat untuk budak2 main.
Jenuh cikgu intai dan teropong, tak nampak pulak benda yg boleh Firas main.
Firas tunjuk kat restoran RasaMas. Padan la nak main sangat, ada slide rupanya.
Cikgu malas nak layan, terus ajak dia pi makan kat tempat lain. Mujur ler ok.
Tapi lepas dah habis makan, dia boleh teringat balik kat restoran yg ada slide tu.
Mulut tak berenti duk sebut main ! main!

Tak sampai ati la plak kan. 
Akhirnya dapat la Firas main slide. 
Gumbira sungguh, nak nak ada pulak bidadari comel kat situ.
Lagi la dia teruja kekeke. Siap berlakon jatuh golek2 lagi hahaha.

Lepas dah jatuh betul2,  nanges keluar air mata, baru ler reti nak stop main. 
Pastu cikgu ajak Firas pi kedai buku. Adoiii dia siap buat marathon plak kat dalam kedai buku tu.
Nasib baik ler cikgu bawak adik. Dia la yg kena buli dengan Firas hahahaha.
Cikgu dengan senang hati pilih buku.... inilah hasil tangkapan cikgu semalam....


Entah bila nak baca hehehe. Dua buah buku tentang Rasulullah tu berkulit tebal, tapi harganya baru RM35. Untuk Firas cikgu beli buku pop-up Bahasa Melayu. 
Kemain dia seronok.Bagi jer buku tu terus duduk bersila kat lantai. 
Habis belek, dia ajak pakcik bongsu dia marathon lagi hahaha.
Last2 pakcik dia tak tahan, terus pikul letak kat bahu......kikiki.....lagi la dak kecik tu suka.
Firasss....Firasss....:)

Monday, February 18, 2013

Kisah Lucu Firas dan Tok Ayah di Pagi Hari

Assalamualaikum...

Alahai pagi pagi Firas dah bikin semua orang gelak besar.
Itu budak kicik memang la penghibur hati.
Pagi tadi dia nampak tok ayah masuk bilik, dia pun ikut masuk sama.
Tapi tok ayahnya masuk bilik sebab nak buat 'pelaburan besar' hehehe.....
Kebetulan tok mi dah sedia ada kat dalam bilik.
So Tok Mi perati jer apa Firas nak buat..

Firas nampak ada cahaya lampu kat bawah pintu.
Terus dia cakap kat tok mi "eyak! eyak!"
Umi cikgu pun saja la suruh Firas pi ketuk
Sekali Firas pi tolak pintu bilik air tu...

Yang pintu tu pulak rupanya tak kemas
Terjerit2 la tok ayah suruh tutup pintu tu hahahaha.
Haiiihhh bikin ganggu pelaburan la ini budak kicik kikiki...
Umi cikgu siap tanya sape kat dalam tu, Firas kata "tuk ayyah"
Umi tanya lagi " Tok ayah tengah buat apa?"
Firas jawab "eyakkkkkk" hehehe

Haihhh terbantut hajat Tok Ayah tau kikiki...

Sweetnya Islam...

Assalamualaikum...

A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.

 
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman.



-My Islam Media-


Betapa Islam itu sangat sweeeeetttttttt kan kan kan.... ^_^
Alhamdulillah....


Sunday, February 17, 2013

Imam Muda Kopiah Besar

Assalamualaikum...


Setiap pagi Firas mesti 'bye bye' ayah dia pi keje. 
Sejak duk kat kg ni, Firas 'bye bye' plak tok ayah n tok mi pi keja. Pagi ni sibuk plak si kecik ni nak 'bye bye' sambil pakai kopiah tok ayah. Cucu punya pasal, tok ayah layan kan ajer....... hehehe. Tengok la tu sambil bye bye sebelah tangan duk pegang kopiah tok ayah hihi ...cumil tauu anak soleh mama n ayah ni. Erkkk sila jangan muntah cikgu puji anak sendiri


 




ish besar pulak kopiah ni.....


Hurm ayah tengah buat apa la waktu ni......erkk best pulak duk atas buai tok mi ni. Rasa macam nak suruh ayah beli jer satu koh koh koh...


Tayang kepala licin skit.......encem tak? encem tak? hehehe















Setia Selamanya

Assalamualaikum...

Bosan pulak teman Firas tengok kartun. Cikgu amik peluang mengimbas masa lalu waktu zaman kiut miut, sekarang anggun bergaya ahakksss bergaya la sangattt hehehe. Masa ayah cikgu mula2 daftar cikgu ke tadika, ada la sorang budak pompuan comel, rambut panjang duk usha2 cikgu ahakkss. Lepas tu sape sangka kami jadi kawan baik hingga ke hari ni :)

Cikgu sebenarnya tak berapa ingat dah kisah kat tadika. Tapi persahabatan kami bersambung di sekolah rendah. Kami satu kelas dari darjah 1 hingga darjah 6 dan WAJIB duduk sebelah menyebelah. Masuk darjah 3 tiba2 sekolah nak wujudkan kelas ketiga. Cikgu sedih sgt bila nama kawan cikgu tu terpilih secara random ke kelas baru. Maknanya kami akan terpisah huwaaaa..... cikgu dengan muka tak malu merayu guling-guling kat cikgu kelas masukkan nama cikgu sekali kat kelas tu keh keh keh........ mujur la cikgu kelas tu memahami kui kui kui...
Maka kami belajar bersama2 sampai la tamat UPSR. Masuk sekolah menengah, kami bawa haluan yg tak sama. Sejak tu jarang sekali kami berhubung, ala2 hampir putus cinta gitu hahaha. Mujur ler mak ayah kami ni pun bersahabat, so tak der la putus terus.

Lepas SPM pun haluan kami tetap tak sama, cikgu ke selatan, dia ke utara. Tapi dia tetap di hati....cewahhh. Kalah surat cinta ni kah kah kah. Akhirnya kami kembali rapat kat FB. Kalau nak tahu kami sama2 jadi CIKGU hihi.

 Ida bersama 3 heroes yg oshem... cikgu pulak baru ada sorang hero oshem.... :)

Sekarang ni kawan cikgu ni pun dah mula jadi blogger. Masih teramat baru. Jom la kita pakat2 terjah blog kawan cikgu ni. Dia memang suka jalan2, shopping2 tau. Banyak tempat yang dia pergi tu cikgu tak pernah tahu pun kewujudannya...... mai la kita pakat memeriahkan blog kawan cikgu ni. Setakat ni baru ada dua followers tau........ ..... jom jom terjah dan follow My first blog . Rupa2nya kan kawan cikgu ni dah lama kenal dengan Nurbijen yang duk kat Bradford tu hehehe. Betapa teknologi sekarang ni membuatkan dunia ni jadi semakin kecik kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...