Assalamualaikum...
Hari ni cikgu nak ceria-ceria.
Tak mo dah pikir yang bukan2....insyaAllah cikgu yakin Allah sentiasa bersama cikgu.
Sakit ke tak sakit ke, susah ke senang ke cikgu yakin Dia akan sentiasa ada untuk bantu cikgu kan kan kan :)
Hari ni saja nak tempek gambar Firas. Best pulak bila tengok semula gambar2 dia dari waktu keluar perut sampai la dah hensem bergaya macam sekarang ni hehehe.......
Tadaaaa ini la rupa putera sulong cikgu waktu baru keluar dari perut. Jam 4.05 pg pada 5.4.2011 keluar la anak soleh ni dengan suara nyaring sekali. Bergema satu Hospital Pakar Perdana. Sesuai betul suara tu untuk azan. Kuat yang amat hehehe. Sampai tok ayah yg tunggu kat luar bilik pun boleh dengar suara dia.
Firas masih belum dimandikan. Muka pun nampak sembab lagi.
Kali pertama tengok Firas menguap...comelnya imam muda mama ni :). Terpaksa bermalam kat hospital sebab cikgu pitam waktu nak discharge.....huhuhu terbang lagi ringgit malaysia. Sib baik company asben tlg bayarkan.
Hari pertama kat rumah tok mi selepas keluar dari hospital. Lentok manja kat bahu tok mi. Nak bodek apa tuuuu? hehehe
Firas yang suka nanges, Bergambar dengan kakak Wafa yang lahir bulan 12. Perasan tak baju Firas besar giler hehehe
Ada rupa doktor muda tak ?kikiki..... waktu ni firas kena jaundice. Mata pun nampak jelas kuning. Alhamdulillah tak perlu masuk ward. Setiap jam cikgu susukan firas dengan susu badan. Ubat Jaundice paling mujarab!
Jom la lawan boxing...hehehe
Alololorrrrr......nasib baik tak masuk lalat
Alahaiii keciknya dia.... pampers lagi besauuu hehe
Seksi! Baru lepas kena cukur. Umur sebulan baru berkesempatan nak cukur huhuhu
Chef Firas....camno nak masak dengan sarung tangan tu sayang oiii :)
Oh nooooooooooooo! Kena buli dengan mama hihi. Kali pertama firas jalan2 selepas mama habis pantang. Lokasi pertama yg dijejak ialah Tesco hahahaha
Payah nak tengok Firas senyum macam ni.... happy dapat pi Tesco kot kih kih kih
Firas makin membesar bagai johan hihi. Waktu ni cikgu bawak Firas ziarah anak2 istimewa cikgu kat sekolah. Lepas tu cikgu dan Firas ikut suami tinggal kat Brunei.
Dan dan tu jugak rasa nak ada anak kecik lagi hehehe..... doa cikgu sape2 yang teringin nak dapat anak tu, lepas tengok gambar Firas ni, keinginan tu makin membuak2 dan seterusnya usaha serta doa makin dipertingkatkan. InsyaAllah moga Allah perkenankan hasrat kita semua. Amin
17 comments:
in Shaa Allah .... paling mahal tang senyum firas ni
Alhamdulillah, hero yg handsome :)
Siapa pun suka tengok baby kan. Apa pun gaya sangat cute dan boleh membuat kita hilang stress...
Semoga membesar jadi anak yang soleh dan berguna.....comel je tengo baby yg baru lahir ni.....hehe
KA: firas ni jenis muka serius...tapi kalau senyum,hati mama cair hehehe
moga membesar dgn sihat ye..
geram tengok gambar2 firas masa kecil2 tu...comel je kan...?
comeinya Firas... kejap je kan... tau2 dah besar dah...
kalau tgk gmbar anak masa kecik mmg rasa nk berank lg...
Comellll nya Firas...membesar dengan sihat dan makin hensem..hehe..
moga jadi anak soleh ya cyg!...
teringin nak baby lg..hehe:)
alahai rugi,..gambar xkeluar pulak dah,,,nnt kena mai lg sekali laa tgk hero cikgu
betul la, saya pun suka tgk gambar anak-anak masa kecil.... Insya Allah, semoga firas cepat2 dapat adik :)
Aisyah pun hari ni minta adik perempuan lagi... adoi la, sabo sabo...
kak zakie: betul tu, hilang stress cikgu tengok gambar firas ni
nur,yan,atie,fieda, nora: terima kasih
nur: agaknya aisyah nak ada pembantu basuh pinggan kot hehe
Bila anak dah besar. Mmg teringin nak pegang baby balik ;) semoga Allah bagi peluang. Amin
Ala-ala tomeinya.... dah lama meninggalkan zaman ni ceqgu...kali terakhir 10 tahun yg lepas hehe... Tambahlah lagi ceqgu sementara masih muda...
ui:amin
okje: memang teringin sangat la okje....tapi nak kena tunggu tubuh badan ni betul2 sihat dulu
Post a Comment