Followers

Friday, February 15, 2013

Sunyinyeee....

Assalamualaikum....

Alahai sunyi betul rumah tok ayah n tok mi Firas ni bila Aqil sekeluarga dah balik ke Pokok Sena pagi tadi. Itu pun dah postpone sehari. Patutnya diaorang balik pagi semalam. Tapi atas permintaan ramai, adik cikgu setuju balik pagi ni.


Yang paling kesian, Firas lah. Selalu kalau bangun tido mesti nampak kelibat sepupu dia yg putih melepak tu . Memang la dia happy sangat sebab ada geng nak main2 dan nak berebut rebut barang. Kali ni bangun tido, Firas bertempek jer dengan mama macam kat Brunei. Merengek jer keja nya. Ayah pun jauh di Brunei huhuhu...


Waktu ada Aqil, rumah tok ayah n tok mi ni selalu la duk dengar suara halus tu nanges2, jerit2 main air waktu nak mandi. Firas suka sangat la mengintai Aqil mandi. Nanti dia pun sibuk nak mandi sama hehehe.

"Hello, Aqil dah sampai Pokok Sena ke? Abang Firas boring la. Dah la ayah kat Brunei huhuhu"

Semalam cikgu bawa Firas pi shopping barang mainan cikit. Ni semata2 tak nak Firas bosan bila Aqil dah balik Pokok Sena. Happy ler sikit rupa anak bujang cikgu ni dapat bola. Kalau ayah Firas ada kat sini, tentu Firas dah ajak ayah main bola macam selalu. Tak sempat ayah nak masuk rumah, Firas dah tarik tangan ayah ajak main tendang2 bola. Haishhh anak teruna ni sorang. Eh eh tetiba cerita Firas dengan Aqil bertukar jadi cerita Firas dengan ayah hehehe....

Gambar kat bawah ni untuk tatapan ayahanda Firas yg teringin nak tengok kemesraan Firas dengan sepupunya Aqil....

Pose lepas 'bbojeng' (gunting) rambut.


Inilah Upin dan Ipin Tok Ayah dan Tok Mi . punya la susah nak amik gambar budak berdua ni. Tok ayah dah ready, cucu-cucunya plak duk main2

 Tok Ayah buka kopiah sebab nak bergambar dengan 'bojeng' seksi. Semalam tiga-tiga ni gunting rambut ala2 skin head hehehe. Tengok tu sempat lagi Upin Ipin ni duk menyembang waktu mamarazzi nak amik gambar ish ish ish.

Akhirnya berjaya juga snap gambar yang elok skit walau pun mata Firas pandang ke lain

Semoga perjalanan adik cikgu sekeluarga selamat, aaminn....dan semoga suami cikgu bergumbira dengan rakan2 kat sana :)

Hurmmm ayah firas buat apa la agaknya hari ni. Selalu weekend kami memang tak lekat kat rumah. Ada saja aktiviti di luar rumah hehehe


10 comments:

wakgelas said...

salam weekend ceqgu yee..eHHHee

Unknown said...

Budak2 pun tau sunyi bila teman bermain nya dah tak ada.hehehe.. mujur ibu ada sedia melayan.

Umialya said...

comelnya firas...

Unknown said...

entry rindu rinduan nih..sedey lak saya baca...huhuhu

ida =) said...

Ermmm... mcm adam la. Sorang aje.... mmg la sunyi

OKje said...

Eh? Balik Malaysia ke ceqgu? nape? Hehe bizi bodi...nape dibotakkan tiga tiga tu?

CeqGu said...

dah masuk minggu kedua kat kg. konon nak balik berubat, tapi sampai ke ari ni lom jumpa doktor.

AtieYusof said...

comell btul upin dan ipin ni..hehe..
kesian ye..dah takde geng nak main..
Firas ajak mama main skali..hehe:)

CeqGu said...

mama dia bizi hahaha

@LeenShamsh said...

hensem dan bergaye! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...