Followers

Wednesday, December 19, 2012

Siapa QARIN dan Siapa MAYA KARIN Sebenarnya?

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua, pagi ni cikgu nak share sarapan rohani yang cikgu dengar dari Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, program Tanyalah Ustaz. Di samping tu cikgu tambah sikit dari sumber pembacaan yang lain.

SIAPA QARIN DAN MAYA KARIN SEBENARNYA?



QARIN 





Vs.






MAYA KARIN













Cikgu cite tentang  Qarin dulu lah yer. QARIN ni sebenarnya adalah dari kumpulan JIN sama macam iblis/syaitan/ifrit dsb. Cuma tugasnya menggoda manusia dan juga nabi. Di katakan Qarin ni wujud seiring dengan kelahiran Manusia .  Orang yg  lebih senang mintak tolong dengan jin adalah orang yg berdampingan dengan Qarin. Contohnya kita nak cantik, kita pun mintak tolong dengan jin supaya nampak cantik. Haa tu maknanya orang tu dah buat kawan dengan Qarin lah. Contoh lain plak, kononnya kita nak rumah kita terpelihara dari perbuatan jahat manusia lain, kita pun pi mintak tolong dengan jin, haaaa itu pun sama la jugak bersengkokol dengan Qarin. Macam bomoh yang menurun jadi orang lain dan tetiba jer tau tau jer hasrat kita datang berubat, itu pun dikatakan berdampingan dengan Qarin!

ADA TAK QARIN YG BAIK?
Kalau dah tugasnya memang menggoda dan menghasut, maknanya memang tak der la Qarin yg baik. Allah pun dah kata, Qarin adalah SEJAHAT-JAHAT kawan. So hati-hati, jangan sampai berkawan dengan Qarin plak. Apa2 masalah mintak pertolongan dari Allah atau rujuklah quran dan hadis.




KALAU QARIN TU JIN, ADA TAK JIN ISLAM DAN JIN KAFIR?
Kata ustaz, jin ni dijadikan dari lidah api. Sejak awal dicipta jin adalah jahat. Hinggalah diutuskan nabi Muhammad. Waktu Nabi balik dari taif dan berehat di bawah sepohon pokok. Sambil rehat sambil baca quran. Tiba2 lalu sekumpulan jin ( waktu tu semua jin adalah kafir). Jin terpegun mendengar bacaan nabi (rujuk surah Jin,ayat awal). Lalu jin kata kami dengar sesuatu yg dibaca dan ia sangat menakjubkan. Dipendekkan cerita, jin tersebut terus masuk islam. Bila kembali ke tempatnya, jin tu berdakwah kepada jin2 lain. maka wujudlah jin islam dan jin kafir. Yang kafir itulah syaitan,ifrit,iblis, hantu dsb.


KALAU ADA JIN ISLAM, BOLEH TAK NAK KAWIN DENGAN JIN TU?
Errr ada ke yang teringin? Meh nak tolong habaq. Jawapannya TAK BOLEH. Sebab Allah hanya benarkan setiap makhluk tu berpasang-pasangan dari jenis yang sama. Jin walau pun islam tak boleh kawin dengan manusia sebab ia dari jenis dan alam yg berbeza.

APA BEZA IBLIS DAN QARIN?
Depa berdua tu memang dari jenis yg sama iaitu kumpulan JIN tapi tugas lain-lain. Iblis mmg ada banyak dalam badan manusia dan tugasnya adalah mewas-waskan manusia. Qarin plak tugasnya menggalakkan manusia buat benda yang mungkar.



KENAPA ISLAM LARANG BERKAWAN DGN QARIN?
 Sebenarnya apabila kita berdampingan dengan Qarin, kita diperhambakan oleh jin. If kita nak sesuatu, jin akan mintak macam2 dari kita. Kalau tak bagi mungkin jin akan mengamuk. Maka jadilah kita seperti bertuhankan jin. Memang itu pun yg jin nak. Sebab tu lah Islam melarang kita berdamping dengan jin. 

BOLEHKAH JIN DILIHAT DAN BERKOMUNIKASI DENGAN JIN?
Perbahasan ulamak tauhid mengatakan. manusia dan jin adalah dua kejadian yg berbeza, tak boleh bertemu dan berkomunikasi kecuali berada dalam satu alam (sama ada alam kita atau alam ghaib), contohnya manusia masuk ke alam bunian. manusia tu bleh tengok jin dan kehidupannya. Pd masa yg sama, manusia yg berada di dunia jin tu dianggap hilang kat dunia nyata sehinggalah dia kembali semula ke alam manusia.

SO SIAPA PULAK MAYA KARIN NI? Jeng...jengg....jenggggg

Ada ke yg tak kenal makhluk allah yg bernama Maya Karin ni? Maya Karin ni yg sebenarnya ialahhhhh.............  sape lagi kalau bukan retis Malaysia yg berlakon dalam Ombak Rindu tu ler hehehe. Hak ni tak der kaitan pun dengan Tanyalah Ustaz dan Qarin. Saja suka suka nak buat gempaq. Hohoho................Jangan mareeeee 







7 comments:

Unknown said...

tq berkongsi
p/s..saya xkenal maya karin...:(

syafisyifa' said...

Hihihi...maya karin mustila knai hihi


Dulu pejah pnh gak gugel pl qarin ni...ambik tau sikit2 camtu..
Terima kasih atasvperingatan

Anonymous said...

tq share info yg bagus ni ye

Unknown said...

Anis,
Good one..
Nnt K.Sham nak share la ya..
Back link to Anis semula.
Boleh kan??

kurus said...

TQ dikk

akak punn x kenal kalau x baca sampai habis siapa QARIN nie ! .. ;)

Nurul@km@l said...

baru tahu pasal qarin.. em

Oyis said...

salah pemahaman yih psl qarin sblm ni rupanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...