Followers

Friday, December 28, 2012

Puding Roti Koktel Kukus Yang Sedap Dan Senang

Assalamualaikum.



Cikgu tak sangka cikgu akan rajin try macam2 resepi. Dulu tangan cikgu ni keras kejung bab masak memasak ni. Alhamdulillah berkat cuti tak bergaji ni, datang plak angin rajin nak main masak2 hehe. Tapi sebenarnya kerana hero kecik kesayangan hamba tu lah memaksa mamanya rajin ke dapur. Rajin tak semesti hebat dan pandai memasak yer puan-puan.

Itu budak kicik, sangat susah makan la. Rasa dah sedap di mulut mama, tapi belum tentu sedap di mulut Firas. Sudahnya terpaksa la mama try resepi demi resepi utk tambah selera makan Firas yg kurus keding ni.
Rasa2 cam berat badan dia dah makin susut plak. Dua hari makan ciput ajer. Mujur ler menu hari ni Makaroni Sup Ayam jadi pujaan hati si kecik. Legaaa. Sedap wooo

Petang ni cikgu nak makan dessert puding roti koktel kukus plak. Resepi ni cikgu amik kat blog IntanBerlian lip lap lip lap. Resepi asal sebenarnya guna buah laici. Tapi laicinya cikgu tak sempat nak pi petik kat pasaraya. Jadinya cikgu gunalah koktel yg ada dalam gobok tu. Maka namanya juga harus ditukar la kan ngeh ngeh ngeh.

Dengan ini, Cikgu Anis mempersembahkan Puding Roti Koktel Kukus yang sedap dan cun.........jeng jeng jengggg........ Oppsss gambar dah ada kat atas hehehe...............jemput layan gambo yg lain plak......

Sodappppp......makan sejuk2 time tengah berpeluh memang syiok.


Close-up cikit kasi itu mata-mata semua terliur..........................muahahahaha


Ini ler rupa puding laici kukus yang asal. Terima kasih Intan Berlian 


Ini plak yang telah diubah menjadi puding roti koktel kukus hehehe

Dan boleh juga dihidang or masak cenggini....... cute kan ^_^
credit to UmmiZaihadi


Dan resepinya yang sangat mudah dan murah ^_^............ jeng jeng jengggg....

PUDING ROTI KOKTEL KUKUS

Bahan-bahan:
4 keping roti
4 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
isi koktel atau laici- tak amik sirapnya
1 kotak jelly strawberi brand Nona or apa2 lah - semalam cikgu guna jelly mangga. Itu je yg ada dalam gobok

Cara Untuk Bersilat ^_^ :

-panaskan air dalam periuk pengukus
-koyakkan roti kecik2 dan rendam dalam susu cair. Tak kisah ler brapa lama. Agak2 sampai roti dah lembut
-masukkan dalam blender bersama 4 biji telur dan gula. Blend sampai hancusssss.
-Tuang dalam loyang/bekas kaserol kalau nak cantik. Kalau guna bekas kaserol, baru ler nampak lapisan puding ni. 
-kukus selama 30 minit atau hingga masak.
- setelah masak, sejukkan seketika. Nanti puding tu akan tertanggal cikit dari tepi loyang atau bekas. so dont worry. biarkan saja ia begitu. Nanti cik jelly akan tutup rupa yg hodoh itu hohoho
- sebelum masak jelly, susun elok2 koktel/laici atau sebarang buah yg korang suka kat atas puding tu.

- kemudian amik jelly dan masak seperti arahan pada kotak. Cikgu punya style masak air panas dalam kettle pastu tuang ler sekotak jelly tu. kacau sampai jelly hancusss
-bila dah puas hati, tuang jelly pelan-pelan. Dinasihatkan tuang dari tepi bekas supaya buah tak beralih.
-Dah habis tuang, sejukkan dalam peti.
-Siap!!

Komen cikgu : Puding ni tersangat la cantik rupanya. Rasa pun sedap bila dimakan dengan jelly dan buah tu. Puding yg dikukus tu bila dah sejuk rupa dia seakan-akan kek. Rasa puding kukus ni tawar cikit. Untuk rasa sedap, kena makan dengan jelly dan buah tu. Kalau makan puding ajer, cam tawar lerrr. Firas reject puding ni sebab tawar huhuhu. Bila bagi makan dengan jelly, dia geli la pulak..................haduiii keciwa mama. Apa pun cikgu sangat suka dengan puding ni. Mungkin bleh di modified dengan tambahkan sos kastard macam puding roti tu. Selamat mencuba kepada yang nak cuba heeeeeeee.....^_^

Psssssttttt.............. klik SINI kalau nak tengok resepi Makaroni Sup Ayam yg sedap di mulut cikgu ^_^. Firas pun dah iktiraf memang sup tu sedap hehehe

Update: Haritu cikgu makan puding ni dengan kuah/.sos kastard. Tak sangka sedap jugak weh. Kalau nak tengok resepi kuah/sos kastard tu klik SINI

















8 comments:

IntaNBerliaN said...

wah... cantik ugak ye letak koktel... tiba2 rasa nak buat lak.. hihii

*alaa kak, boleh je.... no hal la... saya tak kisah pun.. :)

btw, sorry tau kak, sy sejak ada ank kecik ni mmg dah kurang bw/... ambik masa baru leh terjah umaj kengkawan... hihii

Aisy Nasiha said...

wah rajinnya...masak sdiri puas hati mkn lagi2 di petang mcm ni..
warna puding tu pun menarik....
nape cuti tanpa gaji?

Umialya said...

bak sikit

CeqGu said...

ina : akak tak kisah ina. ada masa singgah ler. utamakan apa yg lebih utama yer tak. yang penting dapat kenal ramai kawan, itu yg seronok berblog ni

aisy: tenkiu atas pujianmu itu aisy nasiha....eh sedap pulak nama ni...panjang ceritanya kenapa amik unpaid leave pada hal dekat ajer dengan mesia kan. hajat di hati nak tulis satu entry tentang amik unpaid leave, tunggu yer:)

CeqGu said...

kak tini: nape la akak mintak cikit jer, anis buat banyak tu, meh meh sini datang amik. ada separuh lagi ni hehehe

OneSimpleMother said...

kalau kat denai ni dengan muka tak malu ku minta sepotong.. hehehe..

CeqGu said...

kak mas: hahaha, belum sempat akak mintak,sudahku poskan ke rumahmu

addinfarhani said...

menarik... thanks kongsi resepi..(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...