Followers

Friday, December 7, 2012

Perjalanan Ke Disneyland Paris (day 3)

Assalamualaikum....


Hohoho lama betul baru nak hapdet kisah lenggang kangkung ke Paris ni......dah berbulan-bulan sampai berkulat dah duk dalam kotak draft......harap-harap kali ni siap la jugak entry versi berkulat ni .....

Kalau sape2 dah baca entry Cikgu ke London, cerita cikgu berakhir di Plymouth kan . Dari Plymouth kami ke Paris pulak. Kami ke sana dengan flight Easyjet (ala2 Air Asia) kat Bristol................so dari Plymouth kami naik train ke Bristol...........dah lupa plak berapa jam amik masa nak ke Bristol.....sejam lebih kot.......Kenapa naik kat Bristol? Sebab malas nak balik ke London dan ada la sebab2 lain, tapi cikgu dah lupa la pulak. Tu ler asyik bertangguh nak tulis entry ni..........kan dah tak ingat.....huhuhu

 hari nak balik baru dapat snap gambar stesen plymouth......hehehe


tuan rumah datang mengiringi kami 3 beranak.......terima kasih nooo.....


 dalam train......selesa :)


 breakfast percuma..........tapi tak sesedap breakfast di rumah sepupuku .......nasi goreng yg sedapp


 suka betul dengan view sepanjang perjalanan...........ku lihat hijauuuuuuuuuu......

 view dari dalam train........sib baik tak nampak sotong kering berjemur hehehe


selamat sampai ke stesen keteapi Bristol, bleh tahan sibuk jugak stesen ni


tengah fenin nak naik bas ke cab untuk ke airport...............makanya kita amik gambo dulu hehehe

akhirnya kami naik cab sebab nak selesa skit.......kalau naik bas pun ok jugak sebenarnya, cuma nak kena hangkut 2 beg and stroller tu macam leceh la skit........bas memang akan direct ke airport.........memikirkan kelecehan dan  nak cepat, maka kami naik ler cab.



airport utk flight tambang murah di Bristol.....layann jer la gambar ni.....tak dan nak snap gambar airport dari luar......

en asben tengah check in........

 Dalam flight firas tido jer, mama dia pun teringin gak nak tido, jet lag tak hilang2 lagi. Tapi payah pulak mata ni nak pejam. Akhirnya sampai ke sudah tak tido.

Bila dah sampai, terus pi  amik beg dan kami decide nak jalan kaki je ke  stesen keteapi RER untuk ke Disneyland........tang ni haru biru skit..........suasana kat France tak friendly macam London.........dah la tulisan dalam bahasa ibunda.....idok ler teman paham sepatah haram........sebab tu sesapa yang nak gi France, sila la kaji betul2 nama tempat yang nak pi tu............

Mujur ler airport n stesen keteapi tu bersambung .....so tak perlu berpanas bawah terik mentari....fuhhh ayattt........hehehe......oppss lupa nak bagi tau.......kat sana masa cikgu pergi  agak panas.....suhu 28 darjah celcius......so baju sejuk memang tak pakai langsung waktu siang hari.......malam kekadang pakai kekadang tak pakai.....sekarang dah musim sejuk..........kalau sejuk susah jugak nak jalan2....view pun tak berapa nak cantik...gloomy jer....

ok sambung balik.........rupa-rupanya jauh jugak la nak kena menapak ke stesen keteapi tu............jalan punya jalan tak sampai2 hehe.......tapi sebab berjalan dalam bangunan tak der la nak merungut sangat...... ;p......bila dah sampai kat stesen keteapi.........kami beli tiket kat mesin.....sekali kena pakai coins la plak.......nak pakai kad kredit tak boleh la plak. Pi kat kaunter pertanyaan, depa suh kami pi beli tiket kat kaunter, katanya ada train laju utk ke disneyland.......kiranya train tu akan terus ke disneyland tanpa stop kat mana2 perhentian.......nama train tu SNCF kalau tak silap.

Tersengih la kami sebab baru tahu ada train laju.....tak sabo ni nak pi hotel......dah ngantuk sangat2......lepas dapat tiket, cik adik kat kaunter tu suh kami cepat2 pi ke platform 11.......tiba2 en asben perasan, train kat pintu 11 ni macam bukan train laju yg kami nak sebabnya tertulis RER........masa tu memang cuak sangat.....dah la tak der guard yg jaga utk kami tanya. Dalam rasa was2 tu kami naik la jugak train tu. Pastu en asben kata.....memang sah kami silap naik train.......elok train tu berenti kat stesen pertama.....kami turun dan balik semula ke stesen utama.......sekali lagi mengadap cik adik kat kaunter tiket tu kot kot dia tersilap cakap pintu 11. Staf tiket tu cakap memang dah betul kami punya train kat platform 11. En asben tak puas hati.......dia pi tanya cik adik yg lain plak.........hurmmm rupa-rupanya memang tiket tu bukan tiket train express.........kot ye pun cakap ler tiket train express tu dah fully booked......ini terus bagi tiket RER......haduihhh....... RER ni akan berenti kat setiap stesen....pastu siap kena tukar train lagi. Bagi kami yg bawak budak kecik, tukar2 train ni sangatlah menyusahkan. So sesapa yang nak naik train laju ke Disneyland, sila tempah tiket SCNF seawal yg mungkin. Kalau bulih  beli tiket online masa kat malaysia lagi.

Pelancong  malaysia yg akhirnya pasrah naik train biasa ke Disneyland........sejam lebih gak ler nak sampai. Kami solat dalam train jer. Ada bagusnya jugak makan angin tempat orang ni. Bleh praktikkan ilmu feqah yang kita belajar masa di sekolah dulu, yer tak? Haaa jangan nak jadikan alasan pulak tak bleh nak solat tau. Nasihat cikgu, kalau kita boleh google tentang tempat yg kita nak pergi, jangan lupa google sekali tentang solat ketika bermusafir dan solat dalam kenderaan. Penting tu!


untuk teruskan perjalanan ke Disneyland, kami kena tukar train ke Marnee la Vallee (err tak berapa sure betul ke tak spelling nya......)

 kali ni merasa naik train dua tingkat.......jakun sekejap sebab kat malaysia tak der train dua tingkat hehehe...............hero kecik dah letih sangat.....lentok aje dalam stroller cap ayam. Mama dia pun ah tak larat sangat2, muka pun dah hilang seri...........ecehhh berseri kerrr? hehe


train dua tingkat




cikgu lagi suka naik train setingkat dari yang dua tingkat macam kat dalam gambar ni sebabnya tak larat nak naik atau turun tangga. Sebenarnya kalau nak selesa, dari airport bleh jer pilih naik bas atau cab. Tapi kami ni sengaja nak merasa naik train kat sini. Bersusah skit tak per lah, baru anak sorang kan.


Alhamdulillah akhirnya dah sampai ke disneyland walaupun hari dah golap........capekkk bangat.
sampai sini duk cari2 plak shuttle bus ke Radisson ....adala dalam 15-20 minit gak menunggu....sampai rasa nak amik cab jer. Tapi bila tengok cab nya kete mercedes la, volvo la......aduii jadi takut la pulak. Bukan takut apa, takut kena bayar mahal huhuh. Akhirnya tunggu la jugak shuttle bus hotel.....hak ni gerenti free hehehe....


 yeayyyy dah sampai hotel.........

Penat tak terkata sampai tak der mood nak amik gambar bilik.......puas hati la biliknya besar dan selesa......berganda2 saiznya dari Radisson London. Firas tido sampai ke pagi........legaa boleh la mama rehat. Tapi kan, mata ni sengaja tau, bila dah sampai kat bilik, susah pulak dia nak tido........eee sakit ati betul. Dah la esoknya pagi-pagi lagi kami nak keluar.....geram! geram!

Cikgu bukak tv, kot kot mata terlelap sendiri bila tengok cerita yang tak bleh nak paham bahasanya. Sekali pompuan dalam cerita tu bukak baju la pulak. Ingatkan macam kat tempat kita la kan........action jer bukak baju tau tau dah pagi hehehe. Kat sini kalau dah bukak baju tu, rupa-rupanya hurmmm pepaham sendiri lah yer..............terus ler tutup tv tu. So hati-hati kalau nak tengok program tv kat sana........lebih baik bukak kartun or sport channel ajer la.
Mujur ler lepas tu mata terus tido, sedar2 dah nak subuh. Ok next entry baru cikgu citer tentang Disney Park. Bye!



3 comments:

Oyis said...

Haha preview je ke.
Ingt kn dah ada citer disney. Xpe kita tggu lg hehe

syafisyifa' said...

Wahh untungnya murh rezeki jln2 tmpt org bes btull

CeqGu said...

noris : hehehe....panjang sangat cerita nya kalau nak tempek sekali gus.....

pejah:alhamdulillah, rezki yang tak selalu datanng bergolek...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...